Jan 27, 2011

Cukur Jambul & Ukir Inai

Assalamualaikum..

Juz nak share yang apa yang saya dapat dari email kawan lama aini..dia pun dapat dr orang lain jgk kot tapi yang pasti pernah keluar dalam majalah AL ISLAM 2008. Sebagai ingatan untuk diri sendiri sebab sekarang ramai yang terikut-ikut akan trend ini...

Tokoh ulama terkenal, Datuk Haji Abu Hassan Din Al Hafiz menegaskan, istiadat cukur jambul anak adalah biadaah dan khurafat. Sementara mengukir inai di tangan ala2 tatu adalah dikutuk dan dilaknat Allah s.w.t. 
Seluruh umat islam yang pernah terlanjur melakukan perbuatan itu perlu merenung pendapat beliau, sorang bekas  Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Dalam satu majlis ceramah perdananya di Masjid al Khairiah, Medan Keramat K.L, beliau menganggap amalan mencukur jambul adalah mengarut. Istilah amalan tersebut tidak terdapat dalam islam, ia adalah ikutan agama lain. Menurut beliau amalan tersebut adalah bidaah dan khurafat yang sepatutnya ditinggalkan. Mana-mana adat dan tradisi yang bercanggah dengan islam perlu ditinggalkan. Bayi yang dilahirkan adalah tercagar dengan akikahnya bermaksud sembelihkan seekor kambing untuk anaknya, dan jika nak cukur rambut anak yang baru lahir itu cukurlah sampai botak, bukan hanya cukur jambulnya sahaja atau gunting sikit-sikit.

Antara hadis yang melarang cukur sebahgian rambut adalah dari Kitab Terjemahan  Hadis Muslim, bilangan 1999, 
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullallah melarang melakukan qaza. Kemudian Abdullah bertanya kepada Nafi~ "apa itu qaza?"
Jawab Nafi ~ Mencukur sebahagian rambut kepala anak dan membiarkannya sebahagian. Maksudnya cukur sebahagian rambut adalah dilarangi.

Berhubung mengukir inai ditangan pula yang biasanya dilakukan olen para pengantin perempuan sekarang, beliaun menegaskan inai berukir ala tatu tidak dibolehkan dalam islam, ia dilaknat oleh Allah. Inai yang berukir bentuk awan larat atau berbentuk gambar dikategorikan sebagai tatu. Kalau nak pakai inai pakailah betul2 dihujung jari. 

Antara hadis yang di temui dalam Terjemahan Hadis Muslim, bilangan 2003 yang bermaksud
Dari Ibnu Umar r.a katanya "bahawasanya rasulullah s.a.w. mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan dan rasulullah s.a.w juga mengutuk pembuat tatu dan yang meminta tatu.

Antara hadis lain ialah dari Kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari, bilangan 1685 menyebut maksudnya
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda " Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan(alat pengukir). 

Untuk renungan dan ingatan bersama...
Sharing Is Caring =)






Jan 26, 2011

Myra Oh Myra

Assalamualaikum...

Myra ooo Myra... masuk hari ni dah 3 hari berturut-turut dia menangis masa hantar ke rumah mak pengasuh, bukan nangis macam biasa tapi meraung-raung jugalah x padan ngan kecik tp suara kuat lorrr, kecik2 dulu nak dengar suara pun susah...kitaorang terus tinggalkan je xnak tunggu lama-lama makin menangis adalah..dah makin menangis mak pak xsampai hati la pulak nak tinggal..even dia nangis pun, lepas kitaorang pegi dia senyap la kata maknyerlah, sekejap je nangisnye nak tarik perhatian parents dia kot...hehehe pandai anak mama...tapi time ambik xnak balik pulak..

Malam tadi kami ke Sogo kot2 ada sale gile2 ke, tapi kuciwa sgt coz barang yang saya nak xde dah, xbyk yang sale best lagi masa YES, rugi xbli masa tuh, kan dah nyesal..pastu kitaorang p dinner kat kedai mkn yang slalu pegi tuh kedai pebret kerabu kaki ayam, dah siap order dah tunggu pun lama dah nak sampai giliran pun tp terpaksa suh diorang bungkuskan sebab xtahan nak melayan kerenah si kecil sayang tuh...xble nak duduk diam, dah la menjerit-jerit mintak air sampai sume orang pandang....adoi itu air batu la sayang not good for you hokay...sikit2 xpelah, ini sampai separuh gelas dah melampaui la tu..igt sikit kite ni bkn sihat sgt yek...senang dapat demam..

So apakah kami dah susah nak mkn kat luar sekarang????
hadoi penatla mama hari2 nak kena masak ni =(
   
Myra, sejak dah pandai bertatih 2,3 hari nih lain sikit perangai dia, bukan kami mak pak nye je yang perasaan tau.. dah makin manja, makin garang, makin xnak makan nasi, makin aktif..yang makin aktif paling xtahan sebab kna lebih awasi dia sebab suka sangat panjat sofa then duduk melunjurkan kaki kat tempat letak tangan tepi sofa tu.. nak luruh jantung kalau tetiba tgk dia dah tercongok kat situ...mamanya yang kecut perut dia steady je, kalau jatuh menangis berlagu pilu la jawabnya..huhuhu

myra oh myra...





Jan 18, 2011

Retak Seribu...

Assalamualaikum...

Huk huk...huk...alkisahnye kesedihan pasal my hanphone jatuh terhempas ke batu,disebabkan kecuaian sendiri, bkn disebabkan myra baling2 ye..padahal hp tu selalu je jadi mangsa balingan dan ketukan dia samapai sume lagu-lagu dan nada dering habis ilang. Tp rosak kt tgn sendiri jgk..
Huhu skrinnye retak berketak-ketak..itu la br je bercerita nak beli hp baru  kn dah rosak betul...uwaaaa
Harus bersabar tunggu chinese nu year kot2 ada org kesiankan nk tulung belikan yang baru..hehe mintak2 en hubby baca nih..
Anyway hr ni saya gumbira dah dapat confirmation letter walaupun lambat sikit dari kengkawan yg masuk sama batch..udah kalih sebab staff kat kem ni macam tu lah selalu dapat info lambat macam dianak tirikan plk...mision pasni mau bli ruma...still thinking qlate or kuala lumpur...deep in my heart nak blik berumahtangga klate je dkat ngan parents, gapo2 hal sene...

Jan 6, 2011

My 2nd Date....( harap2 inilah yang terakhir )

Assalamualaikum...

Yeay......selesai dah date2ku bersama si doktor gigi hensem tuh...hari ni temujanji buat filling lak..Alhamdulillah xsakit n sekejap je selesai..tp lenguh jugalah duk menganga dkt 1/2 jam tuh, tangan pn naik cramp sb lenguh kna pegang sendiri mesin tuk mengeringkan air liur tu, nak gerak2kan sndiri tkut mengganggu doktor nk buat kerja lak..canggih dah alat-alat yg diaorang guna skrang ni tak macam dolo2..naik seram plk tgk. Ha..haa..haa...
So sekarang memula ni kena berpantang-pantang xmo mkn benda2 keras nanti xpasal2 patah lak gigiku xsantek lak, dah la gigi depan tau...klu doktor xpandai2 buat appoinment ntuk aku rasa-rasenye aku x pg buat treatment lg kot yelah xrasa skit n xnmpak pn dia berlubang...aku biasalah time xsakit mana nak caro...orang kata dah terhantuk baru nak terngadah...
Opps!!! Tadi ada orang cakap "Why u xpg je klinik swasta, klinik gomen buat xcantik n xseelok klinik swasta... Adehhh klu aku gaji n main saham macam ko boleh la wei...ini skali treatment 300, 3 kali pg dah dkat seribu...makkk aiii... Walaupun org kata xperlu nak berkira bab2 kesihatan ni tp skali fikir berbaloi ke hanya untuk gigi yang kalau dah rosak, baiki macamne pn dah hilang originality nye, dah xlasak seperti yang asal...tetap kna jga nak2 time mkn bnda2 keraskan...nway seronok lubang2 sume dah ditampal balik...hehe mintak2 dah xkn sakit lg...
Thank you doktor Mong...baik bangat kamooo....

Jan 1, 2011

Hepi Nu Yer 2011

Assalamualaikum..

Alahai pejam celik-pejam celik hr ni dah masuk 2011...pantas sungguh masa berlalu...serasa sekejap je berada di tahun 2010..teringat lagi macam baru je masuk kerja, baru je bersalin kat myra...apapun selamat tinggal 2010 dan selamat menjadi sejarah dah pun...doaku semoga sejarah yg bakal tercipta di tahun baru ini segala-galanya akan lebih baik dari sebelumnya.
Semoga aku juga menjadi, isteri, ibu dan juga insan yang lebih baik dan hamba yang lebih bertakwa kepadaNya..

Amin...