Feb 29, 2012

29.02.2012

Setelah hampir 3 tahun x amik darah...hari ni buat pertama kali kena amik darah lagi...kenalir xsoh kate lah, lagi2 tengok staff2 (tukang amik darah) elok je cucuk orang sambil berborak hilang terus konfidemku ngan dorang. Tapi Alhamdulillah bila time saya akak nurse yang lain tulung amikkan..my ex jiran lak tu..kusss semangat. Hehehe
See banyak jugak sisa-sisa darah kat kapas tu kan. Sebelum2 ni xde pon macam ni nak tengok darah yang lekat kat tisu pon payah. Dalam 5ml kot diorang amik, eww darah sangat pekat cam kaler hitam dah. Harap2 result makmal yang kuar nanti sume ok. Dan hari isnin yang lepas saya dah berkunjung ke klinik buat buku baru. Buku kaler PINK itu.. ye buku untuk ibu-ibu mengandung. :)

Syukur Alhamdulillah dikurniakan  rezeki lagi di tahun 2012. Sangat gembira sebab dimakbulkanNya untuk menambah ahli baru tahun ni, paling gembira mestilah en hubby. Dan peknen kali ni sangat lain dari peknen kan myra. Selalu muntah2, sakit dada, sakit kepala tapi lega jugak la sebab xde masalah bab makan-makan ni, dalam xde selera pon boleh masuk lagi. Cer masa myra dulu alahai xlalu nak makan, makan sikit je dah xleh nak masuk tekak selalu je membazir.

Sekarang dah masuk 2nd trimester. Semoga makin kuranglah loya-loya tu xbest sangat kalau dia buat hal muntah2 kat opis. Almaklumlah semua yang kat opis ni lelaki malu hokkey bila diorang tegur. Doakan kami semua sihat dan selamat sampai bersalin ya..


Feb 27, 2012

Ketupat Sotong..Nyumm2

Hari tu terbuat ketupat sotong bila tertengok ada 3 ekor sotong tergolek lam peti ais dah macam nak kuar bau yang x best. Angkara si isteri yang malas masak asyik nak makan kat luar je. Makanya saya pun mencari la daun-daun lidi dan daun pisang di sekitar opis. ater opis dah macam dusun kan.

Daun pisang tuk bungkus lebihan beras pulut sebab saya suka makan pulut dia, nak makan sotong takut mabuk. Lidi pulak untuk mengunci pulut yang dimasukkan dalam badan sotong. Boleh juga untuk sambungkan kepala dan badan sotong tu balik :p

Balik dari opis selepas amik si kecik tu terus mama mulakan operasi. Dan terhasil la ketupat sotong, jadi santapan minum petang kami anak beranak hari tu.

Sekor untuk mama, dua ekor untuk abah :p si anak sume tanak makan. Hishhh apapun tak boleh. Ni lah salah satu punca mama malas masak ni.

Alhamdulillah alah terhadap sotong dah berkurang sikit. Time makan ni xde rasa pening2 dan loya pun. Bukan alah time peknen ye tapi saya alah sotong ni since time belajar dulu. Asal makan sotong je mesti pening loya then muntah2. Masa kecik2 ma masak okey je makannya, sangat 'berehi' siap berebut2 ngan adik beradik lagi.

Next time leh la wat banyak sikit...;p

Feb 23, 2012

Myra dah Bertindik :)

Salam...
Wahhh agak kelamaan juga saya xmenulis disinikan, hampir sebulan kot.
Ni semua gara-gara sifat malas yang tak terbendung lagi. Walhal banyak je benda nak di abadikan kat sini. Hihi...
Ini kejadian masa awal bulan hari tu jalan2 masa cuti hari wilayah.
Alololo ciannye anak mama menangis kena tindik telinga kan. Memula kan main exsaited lagi, bila dah siap tembak sebelah terus menangis. So yang sebelah lagi terpaksa la mama dan abah 'khejung' huhu..tak kan nak tembak sebelah je kot..Dah la datang jauh lagi kat kedai sepupu abahnya nun di Melakau. Tengs Cik Beba tolong tindikkan, FOC lagi.. kalau yang mas boleh FOC jugak tak???? hehehehe..

Tak de lama pun dia menangis lepas tu elok je pergi telek telinga dia kat cermin pastu senyum kelakar pulak. Menangis mungkin sebab terkejut je sakitnya sikit je, time mama dulu rasa macam kena cubit je terkejut je lebih. Sehari dua lepas tu asal jumpa orang yang dia kenal mesti tunjuk subang dia tuh, time pak sedara mak sedara atau tok nenek dia kol mesti xlupa nak cerita dia dah bertindik..huhuhu

Tapi yang paling ketara bila dah bertindik ni nampak myra macam matang dan feminim sikit. Haruslah kena matang sebab dah nak jadi kakak pun...

p/s : dear abah agak2 raya puasa nanti bolehla belikan subang mas pulekk yea..