May 31, 2012

Bukan Mengidam, Teringin Jerrr..

Kali ni cerita pasal mengidam, bukan mengidam jugalah tapi juz macam teringin je. Eh mengidam ngan teringin bukan ke sama maksudnyakan. Apa2 lah tapi bagi pengertian aku mengidam ni benda yang kita nak2 sangat kalau xdapat sangatlah kecewa, dan sampai boleh berkecik hati gitu  ngan orang2 tertentu yang xleh tunaikan permintaan kita.

Dan sepanjang peknen anak kedua ni saya xdelah mengidam macam-macam atau yang pelik-pelik. Selera macam biasa je macam sebelum peknen gak, kalau dah lama xmakan sesatu kadang teringat atau nampak gambar baru rasa nak makan. Xceli bebaru ni saya adalah tersebut kat hubby terasa nak makan udang galah, bukanlah udang galah yang bapak2 besar tu, yang ni pesen anak2 udang galah je. Tapi disebabkan keluar dari mulut orang peknen ni maka dia pun sibuk la coling sana, coling sini tanye kenkawan dia ada x udang galah kat area masing2. Maklumlah kami ni jarang g pasar, rasanya baru sekali je kot g pasar kat area rumah ni tapi bila tengok ramai je tokey2 cina india kami xg dah lepas tu.

Padahal kalau xdapat pon makan udang galah tu saya rasa xkisah sangat sebab keinginan tu bukanlah melampau-lampau sampai teringat dalam tido. Tapi cuti hari buruh ari tu BIL datang rumah bawakkan udang galah, besar2 punya katanya khas tuk bakal anak sedara baru. Alhamdulillah ada rezeki dapatlah makan jugak. Buat masak gulai kuning makan ramai2 rasa xcukup lak, nak beli banyak2 alahai mahal la pulok..makanya berkongsi-kongsilah buat rasa sikit sorang yang penting orang peknen tetap dapat sekor..:p

yang ni beli kali pertama 1/2 kg dapat 4 ekor je..=(

Ingatkan dapat makan sekali tu je lah, tapi lepas 2 minggu BIL datang rumah lagi sekalian diorang adik beradik berjanjian nak tengok Final Piala FA kat rumah, sekali lagi dia bawak udang galah kali ni banyak sikit dari yang pertama, ada yang kecik ada yang besar jugak. Puas hati sikit makan. Ikutkan hati teringin nak makan yang masak sambal tapi ramai peminat masak lemak, so masak lemak lagi lah..

Kali kedua, lebih meriah ada bapak dan anak udang sekali, kotam berlado pon ado....:)
Puas hati dah dapat makan berekor2 sorang gak akhirnya. Budak kecik myra pon exited nampak udang besar-besar tu nak2 makan berebut rebut ngan sepupu2 dia.

Butter Prawn Saya

Ni lak lebihan anak udang galah ngan udang rimau, percubaan nak masak lain sikit buat butter prawn tapi x berapa menjadi lak nak wat telur kuning tu jadi berjurai-jurai. Kena prektis lagi ni..dan en hubby cakap sedap masak gulai lagi..asyik2 gulai kuning je dia tahu..

Oh bukan yang tu je mak yung ni teringin nak makan, masa awal-awal peknen hari tu memang dah teringin tapi macam xberani lagi nak makan, start kandungan nak masuk 5 bulan baru berani bagitau hubby teringin nak makan durian. Merata jugak la cari kat area sini tapi xde jumpa lak, ada pon isi xberapa elok, hubby kureng sikit kalau nak beli ngan orang melayu ni, sebab asyik kena tipu je dah la rugi duit buat sakit hati pulak.

buah yang dulunya geli nak makan sekarang dah jadi febret lak.

Kitoarang kalau nak durian elok selalunya g beli ngan cina yang jual buah ngan lori kat area tol Kajang kalau xsilap. Walaupon mahal tapi puas hati lah makan.Yang ni Rm 32 sebijik. Telan air liur je dengar tapi hubby beli gak la sebijik dah kata bini yang peknen ni nak makan. Tak sempat sampai rumah dalam kete saya dah bedal.

Sejak makan pertama kali ari tu rasa xde apa2 masalah pada kandungan so kalau nampak durian selalu je terliur. Dah xtakut2 dah nak makan, rasanya dalam bulan ni dah 3, 4 kali kami makan durian, malam kelmarin pon makan pulut durian gak sebab dah xtahu nak makan apa. Pelik jugak masa kecik2 dulu aku lah orang yang paling xmakan durian, sekarang dah jadi peberet lak.
Dak kecik Myra pon pantang nampak durian mesti suh abahnya beli..
Pulut durian kat atas ni makan masa BIL n family datang bawak udang galah hari tu, tengah hari makan nasi malam lak makan pulut durian je. Cara saya makan pulut durian ngan hubby xsama ye..Hubby makan pulut durian ngan santan je dah cukup, saya lak durian makan asing2 makan durian siap-siap baru makan pulut ngan santan, dan mesti buh gula dan nise sekali..diorang selalu ejek saya xperlu tunggu ada durian lah kalau makan macam tu. Hehehe tapi xboleh lak nak kena ada gak durian walaupon x digaul sekali, baru ada feel...

Ada satu lagi yang teringin sangat nak makan, lauk serati masak kerutuk, tapi xdapat2 sampai sekarang, balik kg hari tu bapa mertua dah belikan serati tapi hubby lak xsampai hati nak sembelih sebab serati tu macam nak bertelur je. Sudahnya makan gulai serati je lah..Dua hari berturut FIL beli gulai serati takut menantu xlepas mengidam kot..

Hari ni kami balik kg lagi, sepupu hubby kahwin..so harus amik kesempatan makan puas2 apa yang teringin nak makan, tapi masalah sekarang makan sikit dah se'eh. Pah nak wak gano...hehehhe 
Semoga perjalanan pergi dan balik kami selamat...




May 30, 2012

Ma Ayah Dan Adik-adik Mai Kolumpo..

Salam...

Baru-baru ni, xdelah baru sangat awal bulan ritu masa cuti Hari Wesak 04/05-07/05, My big family dari KB berkumpul kat rumah kecik kami, sume ada kecuali my bro dua beradik lagi yang xdatang. Diorang datang ngan flite yang di book setahun yang lalu , tket promosi 10sen/seat tu pon nak bagitau kerr dan xsangka jatuh hari wesak lak, so adik2 saya ponteng sekolah sehari je la..:p

Kelam kabut jugak masa diorang nak datang 2 memandangkan nak g ambik kat lcct adalah xdapat sebab kete hubby je yang ada sebijik dan diorang datang 7 beranak.  So perancangan awal nak g la jemput ngan bus with my sis sebab diaorang xbiasa lagi datang sini sendiri2 gitu. Tapi tup2 saya kena g kursus lak kat MARDI area UPM pulak tuh, walaupun hari diorang sampai tu sama waktu ngan saya tamat kursus tapi lari lah sikit perancangan, terpaksa la ma ayah dan adik-adik naik bus dari LCCT ke KL Sentral. Hubby pikup ma dan ayah ngan kete dari KL sentral dan my sis g amik adik2 balik rumah nek tren. Kesian pulak...

Alhamdulillah selamat sampai sume, saya pon selamat sampai gak walaupun terpaksa balik kursus sendiri, selalunya hubby jemput. Demi ma dan ayah rela memberanikan diri amik teksi ke stesen KTM Serdang dan balik ke rumah naik tren..first time naik teksi dan tren bersendirian. biar hubby g jemput ma dan ayah lak.

Empat hari diorang datang sini hari ahad baru berkesempatan bawak g jenjalan, sebab my bro yang kat Perak pun dah sampai so cukup la 2 buah kete tuk g mana-mana...Hari sabtu tu sempat la bawak ayah n ma g rumah sedara dia kat Selayang. Pergi kenal rumah je orang kata. Walaupun hujan renyai2 pagi ahad tu tetap teruskan niat g Zoo negara, harap2 sampai sana hujan dah berenti lah best sikit jalan2 dalam cuaca mendung gitu. Bawak bekal nasi lemak dan roti canai siap2 xmo beli makanan dalam sana yang harganya mak aiiiih...

Sampai2 hubby beli tiket tren takut xlarat nak tawaf jalan kaki dalam tuh, perihatin jugak ye awak dekat mak buyung nih. Orang yang paling seronok of cos la Myra walaupun malam sebelum tu demam panas sampai 39 darjah sampai muntah2 lagi. Rupanya demam nak berjalan-jalan kot, heheh ni la first time dia sampai zoo negara sama ngan pak dan mak sedara dia.. Sepanjang jalan2 tu dia xcara pon kat mama dan abah dia ni, nak buat camne ramai sangat orang rajin duk melayan dia, sekejap berdukung ngan ateh , pastu ngan ayah nik lak, boring ngan ayah nik ude lak...

Tempek gambar2 banyak2 terus malas nak upload satu2...
Lama gak la round dalam ni dekat kul 4 lebih baru kuar, nasib baik cuaca mendung je hari tuh xde lah terasa sangat keletihan tuh. tapi bila dah sampai rumah sume pakat tergolek baru terasa letih kot. Lega dapat gak bawak budak2 ni kesini sebab dah xde idea lak nak bawak g mana. Nak bawak g mandi manda kat desa waterpark sian lak kat ma nga ayah nanti, mesti diorang xmandi manda pun kat situ, cuaca ari tu  pun xsesuai je untuk nak g mandi manda.

Happy Moment
Malam lak teruskan aktiviti jalan-jalan ke I-city lak. Kira marathon lah jalan-jalan dalam sehari je ni.. Dah lama kami x g I-city macam-macam dah berubah, permainan pun makin banyak sekarang nih. Tunggu hulur duit je. Terkagum-kagum diaorang nengok lampu-lampu kat sini. Lama gak pusing2 sini hampir kul 1 kot baru balik, Ma ngan ayah pon cerdas lagi walaupun dah lewat malam sangat rasanya time tuh, senang hati kot sekali sekala berpoya-poya ngan anak-anak..hihihi. Katanya ayah semangat tul ma jenjalan malam ni... Budak tecik Myra pun luas lagi biji mata time ni sebab awal2 dah tido dalam kete.

I- City Shah Alam
Dua tempat ni je sempat bawak diorang jenjalan kali ni, Putrajaya dan dataran merdeka dah penah bawak dah. Datang lain kali kena bawak tempat lain lak. Tapi bila pulak xthu diorang ni akan sampai Kolumpo lagi. Semoga ada rezeki lagi ma ngan ayah datang KL. Konvo adik-adik bakal menjengah nanti harap ma ngan ayah sihat je masa tu leh datang rumah cucu-cucu lagi..

Isnin esoknya diorang dah nak balik KB, kul 3 lebih bertolak ke LCCT flite kul 5.30, huhu hampir tertinggal flite xsangka jalan jem lak hari tu, nak peluk2 cium semua pon xsempat lagi 3 minit gate nak tutup. Makanya kena bayar penalti Rm10/person masa check-in tu..cian ayah saye...Semoga ayah xserik datang sini lagi...hihihi

~My Big Family~
adik badik yang ke 3 dan Ke 5 je xde dalam ni..



p/s : Oh my..gemoknya saya sekarang. Buruknya nampak aku gtu..huhu

May 28, 2012

Rentetan Peristiwa Berair Itu...

Salam Isnin..

Hewhewhew tajuk x agak-agak rentetan peristiwa berair bagai konon...hehehe padahal nak cakap hensetku masuk air je...T__T

pemberian en suami tahun lepas...:(
Kejadian berlaku sabtu malam ahad lepas, bukan xsengaja TERmasuk dalam air ye, ini kerja anak dara sorang  tu.. Pandai pulak dia buat kerja ni time mama tengah tido dan abah kat dalam toilet, mama terlelep awal sb perut meragam malam tu sampai muntah2. Exceli dah beberapa kali dia amik henset mama dia ni bawak g bilik air, then sapu2 air kat henset tu, tapi sebelum ni selalunya berigak aka tertangkap, bila tanye kenapa buat camtu mesti dia jawab adik nak amik air semayang...agaknya malam tu pon macam tu lah...

Sedar henset ni masuk air bila saya bangun nak semayang isyak, pelik lak knapa tengok cover luar plastik dia macam ada wap air, (masa tu anak dara ni dah tido) tanye abahnya kenapa ngan henset tu ada tertumpah air ke.. husben cakap xde usik pon tetiba baru husben teringat masa dia kat toilet dengar la myra ni kat bilik air sebelah main air, tetiba lepas dia flush dengar myra dah kuar cepat2 siap buka baju n seluar ngadu ngan abah dia, baju dia basah...pastu tetiba dia cakap kat abah dia henset mama kat atas kusi. Husben masa tu xde la syak apa2 juz biarkan je la xg tengok pon... haish rupa-rupanya nak bagi clue henset mama dah tinggal nyawa2 ikan dah masa tu...

So amik bukak segala part yang boleh buka mama jemur je la bagi kering air nak tengok boleh pakai lagi ke tak, ada gak orang syorkan letak dalam beras bagi kering, tapi dah tertulis buat macamne pon xde rezeki walaupon henpon tu hidup balik tapi dia macam xleh nak kesan coverage, makanya pakai la henset cikai sekerat hari. Then husben2 duk hasut2 suh beli henpon baru, tapi isteri buat2 xreti sebab sayang nak pakai duit sendiri...Boleh????

Hahaha suami tengok isteri buat donno dia pun ajak g cari henpon baru sambil bebel2 isteri sebab isteri sayang sangat ngan duit sendiri dia offer la nak belikan, katanya dah lama dia duk perati walaupun henset nokiaku ni dah lama wat hal tapi xreti2 gak tukar nak gak dia tunggu belikan...hihihi sangat mengerti kamu wahai suami...

Tapi nasib baiklah isteri ni baik hati dengar husben cakap macam tu terus cakap "xpela bang ayang beli sendiri jelah..."  sebab aku tahu henpon dia pon dah tunggu masa je nak "pergi" gak tu, dah berapa kali jatuh, bertukar skrin entah seminggu dua lagi kuar cari henset dia lak..

Makanya malam tadi agenda jalan2 kompleks Pertama la..huhuhu menyusut lagi duit simpanan aku, asyik susut je ni bertambahnya tidak..Husben cakap nanti dia syer2 la bayar separuh tapi tunggu gaji dulu, harap2 betul lah ye.. Ok bulan ni xde dah shopping2....Huhuhu sedih dah la hujung minggu ni balik kg lak, xbestnya kalu balik kg xleh shopim2...

Finnaly i get my "note"...hihihi berterima kasihlah kat anak dara sorang ni rentetan peristiwa berair ni merasalah mama pakai henpon baru yang diidam2 kan selama ni...kat en hubby gak sebab dah bebel2 + perli2 mama sampai berjaya hasut mama beli yg baru ni... huhuhu

p/s : hubby cakap beli ngan duit sendiri mungkin aku akan lebih menghargai, xde la letak merata2 seperti sebelom ni..hope so lah :)

May 26, 2012

Pavlova First Trial..

Assalamualaikum..

Hewhew lama dah xmasuk sini agak kemalasan sekarang nak menulis sebab b.band kat opis slow gile, balik rumah langsung xde line, kena tunggu eb asben balik dulu kalau nak beronline pun. Ambik henset dia jadikan b.band. Tapi sekarang setiap hari sabtu dia tinggalkan henset suh bini main tenet takut bini bosan katanya. padahal xsempat nak bosan punnn keja berlambak lambak dan ralik duk layan cite korea sokmo2.

Hari ni dalam sibuk2 berjaya gak try buat pavlova. Ingatkan susah rupanya senang je, tapi xtahu kat mana silapnya pavlovaku kureng menjadi, mungkin terlebey gula kot.. hukhuk..nasib baik sedap je. Akan di try cuba lagi lain kali sampai puas hati...


Gara2 nak makan jugak pavlova ni my sis sampai sesat2 nak g beli buah-buahan dan whipping cream. Dari nak g giant batu caves, tapi sampai ke Tesco Selayang pulak, nak balik rumah sesat2 lagi. Nasib baik sampai gak ngan selamat.  Kira beranilah jugak tu g sensorang walaupun xtahu mana kawasan ni..hikhik..

Yang ni pulak saya panggil kuih siput buat isnin lepas, amik EL sebab penat malas sangat nak g keja, ngan kain baju dan pinggan mangkuk bertimbun2 x basuh  jadi xde mood nak siap2 g keja, maklumlah ramai tetamu berkumpul kat rumah sabtu ahad tu gara-gara nak tengok Piala FA aritu. Nasib baik Kelate menang berbaloi2 la walaupun penat sikit nak kena layan tetamu.

Best buat kuih siput ni sebab laku, sekali hadap susah nak berenti. Tapi bab nak menggotel tu yang sakit sikit, sibuk ngan myra dia pun sibuk nak gotel jugak. Tapi kelakarnya dia x panggil gotel tapi nak tepek jugak katanya, kadang tersasul sebut adik nak lipat jugak, dia ingat lipat kain ke apa..haish macam2 la dia sekarang nih...

ok sampai sini dulu buat hari ni..cehhh macam tulis surat lak..dadaaaa...







May 14, 2012

Hepi Besday To Me!!!

Salam..
tengs suami...susah2 je kamu ni..:p
Hari ni genaplah usia saya 29 tahun, dah tua rupanya...
Syukur padaMu ya Allah masih memberi ruang untuk hambaMu ini bernafas dibumi Mu 
dan melayari hari2 indah bersama-sama insan tersayang.. 
Semoga sentiasa diberi keberkatan dan kerahmatan dariNya..
Terima kasih juga buat Ma dan Ayah sebab melahirkan dan membesarkan saya selama ni..
Tanpa mereka tiadalah saya.. 

Ni pulak aksi dak kecik yang kempunan nak tiup lilin kek hari jadi, siap nyanyi sendiri lagi..
bila hubby nyanyikan lagu happy birthday to mama, dia boleh cakap salah la abah... 
then dia nyanyikan sendiri
"happy behdey to yu mere..."
hahaha....
apa-apa jelah myra weh..
budak xsabar nak hari jadi..