Jul 4, 2011

Kami Ke Bukit Tinggi..

Assalamualaikum...

Dah lama x kuar jenjalan hari minggu...selain disebabkan hujung bulan, poket pon dah menipis adalah sgt tidak digalakkan kuar berjimba2, weekend yang lepas2 asyiklah hujan..kalau keluar pon ke Carefour beli barang2 dapur je. Minggu ni En Somi ajak ke Bukit Tinggi, xthu pon apa yang menarik kat sana tapi ikut jugalah orang dah ajakkan.. Bagun pagi2 lagi kul 8.30 dah gerak...semangat seyhhh...pegi dua buah kete je...
bekpes dulu kat R&R Genting Sempah...perasaan macam nak balik Kg lak bila lalu jalan ni...hihihi..



yeeey dah sampai...sign board tempat2 yang bakal kami lawati bila naik ikut jalan belakang gambat tuh..kena naik jalan kaki ye.. Penat gilerrr ater naik bukit kan...saya lah yang berjalan paling lambat sekali antara kami berlima...nasib x mengandung kalau tak terberanak dah kat situ...baru perasan stamina tersangatlah lemah sebab x pernah bersenam kot...

Jengah2 sikit je kat Taman Botanical ni malas nak turun ke bawah takut letih nak naik pulak..lagipun pokok-pokok je kat situ.. memula tgk macam xde orang je datang sini...sekali kat atas ramai jugak pelancong yang datang...tapi tak sejuk ponnnn, nyesal bawak sweater myra, xpakai pun..

Myra sangat berlagak, nak berjalan sendiri xnak didukung...senanglah dia nak main batu-batu kecil, nak petik daun2 kat situ. Setiap kali nak ambik gambar dia pun dia x layan syok tgk persekitaran dia...tgk orang lalu lalang...

binatang yang satu-satunya boleh nampak kat sini ikan je lah..ada jugak terdengar bunyik kera2 sumbang tapi xnampak pulak batang hidung...Sangat eksaited bila nampak fish...xnak bergerak ke lain....panggil pun dia xpandang dah..

Asal jumpa tempat berair mesti xnak bergerak budak kecik ni...boleh sentuh sikit pun xpe..jadilah...

Depan rumah Jepun...kecik je mungkin rumah Tradisional diorang kot...tapi hairan jugak kenapa ada rumah Jepun je...Rumah Melayu xde pulak...ke Rumah melayu kat Muzium je tempat dia.. Kat sini boleh je nak sewa Kimono RM 20..

Ni orang bangsa apa ntah x sure..dia mintak pinjam Myra jap nak ambik gambar. Kimono tu dia sewa kat situ lah, baju asal dia seksi sangat pakai kimono baru nampak sopan sikit..Yang gambar sebelah tu Myra ngan budak tu boleh duk gurau2, bila dekat dua-dua larik malu konon...paksa suruh salam, ater dah lepas salam tersengih masing2 lari ke mak pak..

Yang ni pulak kat Bukit Tinggi jugak tapi kena turun sikit, turun ngan kereta la..apa ntah nama tempat ni Colmar Tropicale kot..macam kat luar negara dah tapi panas daaaa...sape2 nak stay sini pon boleh banyak hotel..ada gak mainan2 untuk kanak dan bukan kanak-kanak ;p...  
dalam separuh hari je lawatan kami ni, disebabkan awal lg yang lelaki2 nya plan nak ke Bukit Fraser pulak..last2 xjadi sebab dah keletihan, lepas makan bertambah lak ngantuk canerr nak drive...



No comments: