Nov 29, 2011

Corat Coret Aidiladha 2011

Huhuhu walaupun ku sedar dah masuk tahun baru 1433 hijrah, tapi sebab xnak bazirkan gambar jom layan...sekurang2nya kalau hilang kat memori kad masih ada kenang-kenangan disini...
semua gambar adalah berkisarkan masa raya haji aritu..
akibat sampai lambat rumah mertua xsempat nak tengok acara sembelihan...
sampai2 je semua lembu korban dah selamat ditumbangkan...
1 daripada 4 ekor
En Hubby menunjukkan bakat...
ayah chik myra turun padang jugak..
ayah ngah myra pon turut membantu...wakil tok ayah myra...
gegel-gegel tukang perati jer...
Tok ayah myra duduk relek2 je wakil kat anak menantu, ater ramai anak laki kann....:p
2 anak dara mengediks dalam bilik...

ada kejadian sadis pagi raya aritu...naufal dan myra jatuh tangga...
first...budak myra yang tergedik-gedik sebelah abahnya yang tengah makan tetiba terjatuh nasib baik sempat disambar oleh hubby kalau x lagi parah agaknya. 
hidung tergesel kat simen adalah berdarah sikit...
(raya haji tahun lepas pon myra jatuh tangga gak tersumbing gigi sikit)
xsampai setengah jam budak nakal si naufal lak jatuh tempat yang sama...
gara-gara nak tunjuk hero sangat...hihihi
nasib baik xde apa-apa.....
~apa-apa pon sangat seronok beraya kat kampung halaman semoga berpeluang menyambut aidiladha lagi ditahun hadapan~

Nov 9, 2011

Salam Idul Adha Versi Ketinggalan Ketapi..

~Salam~
Walaupun hari ni dah 13 Zulhijjah harap masih tak keterlambatan untukku mengucapkan Selamat Hari Raya Haji aka Selamat Hari Raya Korban.
Alhamdulillah seperti tahun2 lepas kami tetap balik kg beraya bersama family terchenta, tahun ni xde acara koban oleh kami suami isteri tapi kami memutuskan mengakikahkan adik bungsuku memandangkan dia belum lg, myra pon dah akikah. 
Sangat meriah dari tahun sebelumnya cuaca pon elok juga seolah2 diberi peluang olehNya untuk menjalankan acara sembelihan dengan lancar tapi FIL dah pasang khemah besar gedabak depan rumah stanby kot2 hujan, dah macam kendurik kawen pulak. 
Walaupun tahun ni turn raya rumah saya tapi lepas semayang raya tetap berkumpul di rumah FIL kerana acara sembelihan kat sana. 4 ekor lembu berjaya ditumbangkan.. 
Tahun ni juga sangat bermakna sebab ku berkesempatan menunaikan solat sunat Iduladha di Masjig Teluk Kitang, semenjak bergelar ibu nilah festime. Hope tahun depan boleh bawak myra pulak...
 
bersama budak yang jatuh tersembam ditangga
hampir terkorban bibir di pagi raya...

Nov 1, 2011

Jom Tengok Birds.

Agenda hari minggu yang lepas visit tawan-tawan Myra kat Bird Parks KL. Myra dah masuk dua tahun baru nak sampai sini padahal dekat ngan rumah je. Tiket masuk tuk dewasa RM 20 per kepala, dan standardlah  free tuk kanak bawah 3 tahun, pastu dapat lak kad promo tuk visit  Zoo Negara dan Aquaria. Nanti2 insyaallah kesana lah kite pulak. 

Malas nak cite panjang2 tatap lah gambar yang xberapo nak hadooo ni..pakai camera enset je, boleh plak bawak kamera tapi bateri low...

Budak ni pantang nampak ikan mesti meleat lama punya, lagi syok tengok fish kot dari bird yang colourful tu.

Mama suka tengok burung-burung ni sebab warni-warni dan comel lak tu... Parrot yang putih tu namanya coco tapi hari tu dia sombong malas bercakap.
 spesies ikan dan spesies makan ikan pun banyak kat sini, tapi sayang flaminggo merah kelihatan 2 eko je..
budak fish...belajar bagi ikan makan, nasib baik x masuk mulut sendiri.
satu-satunya gambar family..jadilah ada jugak dari xde...:p
makan tengah hari pakej sekali minum petang. Assam laksa food court sogo terbaiklah... 
Dan ABC tuk myra, tapi mama myra yang makan lebih.

~setelah sekian lama xde ektibiti jalan-jalan dihari minggu~
next week cuti-cuti balik kampung...yiehaaaa...