Nov 9, 2011

Salam Idul Adha Versi Ketinggalan Ketapi..

~Salam~
Walaupun hari ni dah 13 Zulhijjah harap masih tak keterlambatan untukku mengucapkan Selamat Hari Raya Haji aka Selamat Hari Raya Korban.
Alhamdulillah seperti tahun2 lepas kami tetap balik kg beraya bersama family terchenta, tahun ni xde acara koban oleh kami suami isteri tapi kami memutuskan mengakikahkan adik bungsuku memandangkan dia belum lg, myra pon dah akikah. 
Sangat meriah dari tahun sebelumnya cuaca pon elok juga seolah2 diberi peluang olehNya untuk menjalankan acara sembelihan dengan lancar tapi FIL dah pasang khemah besar gedabak depan rumah stanby kot2 hujan, dah macam kendurik kawen pulak. 
Walaupun tahun ni turn raya rumah saya tapi lepas semayang raya tetap berkumpul di rumah FIL kerana acara sembelihan kat sana. 4 ekor lembu berjaya ditumbangkan.. 
Tahun ni juga sangat bermakna sebab ku berkesempatan menunaikan solat sunat Iduladha di Masjig Teluk Kitang, semenjak bergelar ibu nilah festime. Hope tahun depan boleh bawak myra pulak...
 
bersama budak yang jatuh tersembam ditangga
hampir terkorban bibir di pagi raya...

No comments: