Mar 26, 2012

Jalan-Jalan Time - Aquaria KLCC

Salam..

Semalam adalah hari berjimba-jimba untuk keluarga kecik kami setelah hampir 2 bulan en hubby xleh cuti di hari minggu. Walaupun semalam (ahad) beliau kerja tapi diheret jugak kami ke opis beliau, katanya nak tunjuk projek dia yang dah siap, sekalian ajak berphotoshoot gitu hihihi. Tengah harinya balik rumah sekejap untuk sembahyang dan tukar baju terus shoot ke Stesen LRT Sentul, park kete dan naik LRT ke KLCC nak g Aquaria... Naik LRT je hubby cakap xpayahlah pening cari parking nanti sebab beliau adalah tidak tahu dan dah berjaman kot x pg sana. Mama pun pegi 12 tahun yang lalu naik bas rombongan sekolah je :p

Dari Sentul tukar aliran kat Stesen Masjid Jamek, sama-sama menjakun ater xpenah g KLCC kan, letih sebab jauh kena berjalan pon ye jugak. Sabau je la ater nak pegi sangatkan. Berpusing-pusing cari, pas tanye 2,3 orang baru jumpa. Kena bayar 60 hengget je kami suami isteri sebab ada kad promo, myra bawah 3 tahun FOC. Hehe gagahkan pegi jugak Aquaria ni sebab ada kad promo ni lah, last date sampai hujung bulan ni. Ada dua lagi kad promo untuk ke Zoo Negara nampaknye macam xsempat berkunjung je burn macam tu je lah.

Beberapa keping gambar untuk kenangan diri sendiri, walaupun kelabu asap baiklah ada daripada xde kan kan... Pakai henset cokia ngan ipong je ponggg... :( 
Bawak kamera pon x berani nak guna sebab xreti nak setting untuk offkan flash dia. Dilarang guna kamera berflash ye kat sana, derang takut ikan2 terkezut kot..

walaupun dah x semulajadi macam kat laut nun tatap la kamu cantik2..

selar kuning yang besar2 gabak..
Comel...pari senyum kat myra..:p
jerung yang x berapa nak besau..
arowana fish...xsangka boleh membesar sebesar ini..
mama pon xsangka mama leh jadi sebesar ini...:p

obor-obor yang cantik..
agak2 muat tak kami bertiga kalau yg kat belakang tu telan..
sesudah kenyang, sesudah puas berjalan...zzzz atas dukungang abah...
puas cuci mata kat KLCC marilah pulang ke pangkal jalan...
Puas hati dapat bawak Myra jalan-jalan since dah lama x jalan-jalan macam ni tengok macam-macam ikan, tapi binatang lain pun ada jugak, like memerang, ular sawa, kura-kura, berbagai jenis cicak pokke. Kira ni sesi qhada balik masa2 yang terlepas la. Tapi budak kecik ni punyalah penakut xnak jalan sendiri masa tengah2 tengok ikan tu terpaksa gilir2 ngan hubby dukung dia. Nak suruh letak tangan kat cermin akuarium tu pon dia xnak, yang paling tension mulut dia la paling riuh kat situ, menjerit2 nampak ikan lalu dekat ngan dia. Semua orang pakat dok kelih2 then senyum je nengok gelagat dia.

Tengoklah gambar dia satu pon xde yang jadi sebab dok kalut tengok kiri kanan, nak letak bawah sekejap pon xnak. Lenguh tangan abahnye dukung dia sampai kesudah, mama ganti kejap2 je sebab mama kan dah bawak sorang..hihihi. Kuar je dari aquaria terus makan kat food court situ, lapar dah xleh tahan. Elok je siap makan budak kecik ni tido la pulak. So masa cuci-cuci mata kat KLCC tu sambil berdukung la jawabnya. Harap2 next week boleh berjalan-jalan lagi...:p

p/s : bila tengok gambar2 ni sume macam x berbaloi lak pegi tempat camtu tapi gambar x cantik makanya mama telah request kat abah nak kamera baru....huhuhu
Dear en suami sila take note bulan 5 is coming....
ayang xnak pon DSLR..yang ni pun dah cukup...:p

tak ponnn yang ni pon okey...c( :







Mar 13, 2012

Dinner Simple Sebab Teringin

Salam..

Gara-gara tengok member post gambar lunch yang dia masak kat FB, ada ikan rebus goreng dan budu, mak buyung yang tak berapa nak buyung lagi nih apa lagi kecur liur lah weh..2,3 hari duk teringat je kat ikan rebus tuh.... dah la lama xmakan macam tu, ajak en somi g beli ikan sokmo xsempat, balik keja asyik lewat je kul 9 lebih br sampai rumah..Ahad tu baru berkesempatan tu pon dah petang so masak untuk esokknya la (isnin).
 Ikan rebus goreng + budu + celur bendi + Sayur lemak bayam + nasik Panas2 = gandingan mantop :)

Balik kerja terus buat projek kat dapur. Nasib baik budak kecik tu tido lepas menangis dan meraung jatuh besikal. Huhuhu 1/2 jam dah selesai masak, tapi yang lamanye nunggu En Somi balik kerja lah pulak. Alhamdulillah berselera tul makan macam ni, sampai En Somi cakap rasa macam xcukup nasi je. Haha kesian suami sebab isteri masak nasik cukup2 untuk sekali tambah je..elakkan dari membazir..:p


Mar 12, 2012

Lesap 30 Hengget :''(

Salam..

Isnin yang blues...bertambah spoil bila tergerak hati check envelope berisi duit kat bawah meja PC kurang 30...:(
wuwuwu duit kutipan untuk membeli hadiah perkahwinan untuk bos saya lesap..nasib baikla walaupun xde yang baik sebenarnya lesap 30 hengget je kalau semua RM120 jenuh mak nak mengganti..menangis la jawab koo....
Mungkin sebab silap saya juga yang CUAI atau mungkin kerana SIDIA yang mengambil terdesak...
Sangat kesian pada SIDIA yang mengambil  sebab dah ambik hak orang lain, dan kalau dibuat beli makanan, maka makan yang haramlah jawabnya. Semoga SIDIA di beri keampunan dan kesedaran hendaknya.
Tak nak menuduh sape2 dan xnak buruk sangka kat sape2, jadikan peringatan kat diri sendiri, moga masa2 depan lebih berhati2 dan lebih menjaga amanah orang.


Note ; Patutla semalam duk teringat2 je duit yang ditinggal kat opis ni, rasa nak datang amik je...

Mar 8, 2012

Buah Tangan dari Cameron :)

Salam..
Last week my adik @ ayah ngoh myra outstation kat Cameron Highlands, so dapatlah buah tangan dari beliau, stoberi, stoberi kering, eskrem stobery, jem, biskut dan jambu pon ada. Banyak juga buah stoberi dia bagi tapi yang fresh ini je tinggal. Yang lain-lain  dah terlembik sikit mungkin sebab letak kat freeze tinggi bebenor suhunya, hampir beku. Bawak dari Ipoh, sampai sini dah terlembik dah..
Yang rosak tu sayang pulak nak buang, nak makan x lalu pulak lembik2 gitu, makanya buat jus je lah selebihnya masuk lam plastik aiskrim malaysia, banyak gak dapat leh bagi kat anak pengasuh 5, 6 batang.
Teringat zaman budak-budak lak makan eskrim ni. kalu ma buat blum kul 10 dah makan, selagi x habis dalam peti selagi tu duk ulang, bila kena marah ngan ayah baru reti berenti. kalu ayah xde buat pulak..hikhik
Baki stoberi yang still fresh terpaksa buat ala2 datuk K, Ct nurhalizalah lah, nak makan gitu je mashamlah pulak, tapi mama yang habiskan sume sebab dak Myra mkn coklat luar je, abahnye pulak makan dua bijik je kena paksa dek isteri ngan anak. Abah Myra ni kalau benda masam2 dia xsuka sgt padahal  benda x masam  lah mana pun tp mimik muka macam kena hirup cuka dahhhh...over tul.
Dapat jambu juga comel warna hijau dia. Tapi nama dia dah di upgred sikit Jambu Batu Jeruk Berperisa Epal. Rasa dia manis2 sikit tapi suka lagi jambu batu yang ori...hihihi. Tapi dah orang bagi makan je lah..


note: En Hubby bila la kite berpeluang nak bawak myra jalan2 CH ni petik stoberi fresh dari ladang, mesti suka sangat budak kecik tu...


Mar 7, 2012

Pixce Snap By Myra :)

Salam...
Beberapa keping gambar 'menjadi' yang di ambil myra...
Guna kamera digital dan ipong..
Hihi nak jadi photographer ke anak aku nih...
Time orang nak amik gambar dia kan main payah lak...

biskut pon biskut lah jadi modalnya..
terbahekkk la yang ni..=D
@RnR Genting Sempah
mama jadi model
mama lagikkk...
nice pix...
ada bakat nk jadi photographer la anak mama ni :p
x berapa okey tapi still nampak muka mama-abah :p






Mar 6, 2012

Jalan-jalan Melaka

Salam..
Adapun kisah ni dah berlalu sebulan yang lalu tapi tempek jugak lah gambar  kat sini untuk kenang-kenangan diri sendiri. Kami jenjalan Melaka sempena cuti hari wilayah ritu. Stay satu malan je kat Klebang Beach Resort.
Dapat gak try coconut shake kelebang dan nasi lemak yang disebut-sebut ramai tuh. Tapi tapau makan kat bilik je sebab budak kicik ni tido..2kali repeat..hehehe
Alahai anak kesiannye kamu nak main pantai tapi xboleh. Boleh tengok jelah. Time ni kami dinasihatkan xmain or mandi pantai sebab ada kerja korek pasir. Di khuatiri boleh jerlus kawasan-kawasan sekitarnya. Salah timing kot.
usha dari jauh pun jadilah.
Bagi peluang budak kecik ni melenjan main air, sampai xnak naik. Yang jadi mangsa abahnye la tukang melayan, 'agah' pulak tu xnak main kat kolam budak2 nak main tempat orang besar. Petangnya kami ronda-ronda bandar Melaka lah pulak.
@kincir air kesultanan Melayu Melaka
jalan-jalan naik beca
wif abang beca yang xpandai kayuh beca:p
bedil meriam zaman dolu-dolu kotttt..
hampir dimakan gajah
Malamnye balik berehat kat bilik je, penat jalan-jalan. Yang kesiannya kiteorang pegi Melaka langsung xtry makan asam pedas @ ikan bakar. Ater si isteri tgh mabuk weng2 selera makan pon dah kelaut..
Esoknya tepat kul 12 kami pon chow dari situ, g bandar Melaka lagi. Shopping sikit-sikit and mama nak tukar barang sebab semalamnya beli baju couple, tapi dapat dua2 yang girl.
tgk fish lagikk
gong xi fa cai
Puas jalan-jalan cuci mata kat Melaka Mall dan Dataran Pahlawan sebelum balik ke KL singgah kedai n rumah cousin hubby di mana ntah sudah ku lupa..hehe tapi sempat menindik telinga myra dikedai beliau. Pas makan terus gerak balik KL. Singkat dan memenatkan, tapi paling penting  dapat togeder2 sudah memadai.


note: sudah 4 minggu berturut en hubby kerja di hari minggu...makanya tiap2 minggu jugaklah kami melepek je kat rumah...si isteri ngan anak dah kemaruk nak jenjalan ni..