Mar 13, 2012

Dinner Simple Sebab Teringin

Salam..

Gara-gara tengok member post gambar lunch yang dia masak kat FB, ada ikan rebus goreng dan budu, mak buyung yang tak berapa nak buyung lagi nih apa lagi kecur liur lah weh..2,3 hari duk teringat je kat ikan rebus tuh.... dah la lama xmakan macam tu, ajak en somi g beli ikan sokmo xsempat, balik keja asyik lewat je kul 9 lebih br sampai rumah..Ahad tu baru berkesempatan tu pon dah petang so masak untuk esokknya la (isnin).
 Ikan rebus goreng + budu + celur bendi + Sayur lemak bayam + nasik Panas2 = gandingan mantop :)

Balik kerja terus buat projek kat dapur. Nasib baik budak kecik tu tido lepas menangis dan meraung jatuh besikal. Huhuhu 1/2 jam dah selesai masak, tapi yang lamanye nunggu En Somi balik kerja lah pulak. Alhamdulillah berselera tul makan macam ni, sampai En Somi cakap rasa macam xcukup nasi je. Haha kesian suami sebab isteri masak nasik cukup2 untuk sekali tambah je..elakkan dari membazir..:p


No comments: