Oct 6, 2012

Cukur Jambul, Tahnik dan Botak

Assalamualaikum...

Lama sungguh blog ni xberupdate.. mood sudah kelaut daa kembali membusy jadi mama kepada baby kecil =)
Tok Ayah dan Waida yg ditahnikkan oleh TGNA
Isnin 1 hb 10 aritu baru berkesempatan bawak Waida cukur jambul, umur dah sebulan lebih dah masa tu, lewat sikit sebab kekangan masa tunggu time abahnya ada.
Sama macam kakak myra dulu, bawak waida ke Masjid Tok Guru jugak di Pulau Melaka tuk cukur jambul, kali ni dah xbuat selawat dah kat rumah kira yang tu je lagipon insyaallah raya haji akan buat majlis akikah dia lak. Ambik yang sunat jelah. 
 Yelah nak tunggu masa ngam2 ngan abahnya balik ngan orang2 dalam rumah ni free xtahulah bila xkan nak buat tanpa kehadiran en somi plak xbest la disitu. Dua minggu sebelum tu dah plan nak pegi segala persiapan pon dah siap tapi TGNA ada kat KL la pulak.
Bertolak dari rumah kul 5.15 pagi lagi 4.30 dah bangun semangat gile sebab selalunya lepas subuh camtu baru TGNA ada masa terluang sikit. Mama tunggu dalam kete je ngan waida sementara yang lelaki semayang subuh jemaah kat sana terus. Lepas subuh dan tazkirah pendek barulah beliau luangkan masa untuk acara-acara macam ni, sebab kul 8 pagi beliau dah nak kna masuk opis jugak kan.  Ingatkan xramai rupanya ada lagi 6 baby yang tunggu untuk di cukur dan ditahnikkan beliau pada hari tu.
Alhamdulillah lega settle dah bab ni. Nak cepat2 kan botak rambut dia biar cepat tumbuh balik :p

si booolatt mama =)
Taraaa Waida lepas dah di botakkan, terus macam baby boy dan nampak makin booolat. Hari khamis baru kitorang cukur licin rambut dia. Cukur sendiri xde suruh sape2. Mama, Nek Ma dan Ayah Chik je tukang botakkan rambut waida. Bolehla janji licin dan x mendatangkan luka...