Jan 3, 2014

Tahun 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru 2014 masih diberi nafas dan kesihatan yang baik oleh Nya. 
Permulaan tahun yang sangat indah untuk dikenang kerana puteri sulung kami mula bersekolah tahun ni.
Kakak dah lama nak sekolah sebenarnya tapi mama dan abah decide nanti masuk 5 tahun baru sekolah sebab memikirkan sapelah yg nak hantar dan ambik dari sekolah nanti. 
Syukur sangat ada simerah mama tu, boleh la diharap untuk mama bawak ambik dan hantar kakak, lagipun pilih sekolah masih lagi dalam kem ni je.

Cerita hari pertama kakak, masa kejutkan bangun pagi xsesusah seperti biasa walaupun ada liat jgk nak bangun tu. Sebelum mandi termenung dalam bilik air dulu kena mama ada baru gerak gosok gigi dan siram badan. Tengah tunggu mama siapkan dia boleh terlelap lagi sambil minum susu..hihi
dan yang paling xmenahan masa mama tengah pakaikan baju boleh pulak dia tanye 
"mama kite nak g mana ni"
hihi semalam bukan main eksaited cakap esok kakak sekolah, esok kakak sekolah tiba hari kejadian blur2 pulak, ish ish.
 Mungkin sebab sebelum ni kami selalu duk bagitahu nanti kakak dah nak sekolah tapi pegi2 nya x jugak hehehe.
Alhamdulillah masa sesi menghantar xde drama-drama dari kakak, mama abah perati dari jauh je nampak dia boleh bawak diri dan dia plok jenis suka berkawan cuma lambat panas je. Masa bagitau mama abah nak balik dia babai sambil senyum je, lega hati kami.

Hari kedua sama gak macam semalam liat sikit nak bangun termenung dulu sebelum mandi tapi nampak lebih bersedia lah, mungkin sebab dah ada kawan kot.
Harapan mama ngan abah semoga kakak sekolah n belajar baik-baik, dengar cakap cikgu, xmo gaduh-gaduh dan kakak lebih pandai berdikari.


1st day dan 2nd day




nota diri : doa mama yang baik-baik je untuk anak mama ni.