Aug 28, 2011

Salam Lebaran 1432H...

Hari kedua berada di kampung halaman....seronok dapat berkumpul ramai-ramai... ;)
Selamat hari raya aidilfitri buat semua....
ampun maaf diminta diatas segala kekhilafan dan kekurangan samada sedar atau tanpa sedar...
semoga ceria di hari raya bersama insan tersayang x kira dimana kita berada...

Aug 26, 2011

Majlis Penutupan Dapur Kecik Zailieysara

Sebelum Dapur Kecil Zailieysara bercoti2 lebih kurang seminggu ni untuk beraya di kampung harus masak yang special sikit. Sikit je pun. Masa kejadian adalah pagi tadi lepas waktu sahur, walaupun sahur minum nescaffe panas je sebab kul 2 pagi dah belasah nasi, rela bangun gak demi puding triffle. Sesubuh hari gigih masak walhal mata ngantuk gile....huhuhu orang lain lena diulit mimpi lagi. Buat ni untuk dibuat bekal ater katanya hari ni berbuka dalam kete...

Buat dalam bekas kecik2 senang nak agihkan tuk jiran2 sekali...buah tangan terakhir Ramadhan ini... Rasa apa ntahla sebab xsempat nak rasa dah dengar azan subuh...Harap2 sedap la ea...Ini resepi yang simple je guna buah-buah dalam tin...teringin nak buat triffle strawberry yang guna fresh cream dan strawberry x kesampaian lagi...hukhuk..

Sesi Berbuka Puasa Versi Duniaku Zailieysara De Last Day..

Juadah berbuka hari yang ke 25...
ikutkan hati memang dah malas nak masak tapi terpaksa sebab nak habiskan stok dalam peti ais, masih ada sedikit ayam dan sayur..

Ayam goreng seri wangi..sedap walaupun xbuh mayonis seperti yang disarankan...pasti akan diulang buat lagi. Hubby pon cakap sedap..resepi asal dari Chef Wan, sila gugel pasti jumpa...hehhe

Ada nasi goreng juga menghabiskan nasi lebihan sahur. Nasi putih pon masak gak tapi sume pakat nak makan nasi goreng...Myra pon siap berebut2 makan dalam pinggan abahnye...


Hidangan yang mesti ada sejak dua menjak ni murtabak daging...tekak dah boleh terima rasa murtabak sini...yuhhhu esok dah boleh makan murtabak yang best...


p/s : sedang menunggu hubby ngan adik ipar untuk balik ke Kg...geram pon ada ni sebab semalam kata nak balik awal sampai sekarang dah kul 4 lebih dua2 batang hidung xnampak. saya balik ofis awal cakap kat bos nak balik lepas jumaat...rasa macam menipu lak...hukhukhuk...

Aug 24, 2011

Plan Nak Cuci Mata Je Tapi.... Tercuci Poket Sekali..

Semalam pergi Danau Kota memenuhi permintaan kawan lama yang duk kat PD yang terpaksa berTransit dulu di KL sebelum naik flight nak balik beraya di Sarawak pagi ni. Lepas isyak kiteorang kuar amik diorang berhampiran Kem Kementah, terus menuju danau kota...berpusing 3,4 pusingan baru la jumpa parking, udah la jauh..ramai bebenor rakyat Malaysia nak perabih duit kat situ.. 

 kawan masa sekolah rendah saya wif hubbynye

Mungkin sebab dah dekat nak raya tukang berniaga pun makin ramai jek nampak...makin meriah..tapi nak kata murah macam kat Jalan Tar tu xdenya kat sini. Plan sebenar bawak my pren ni yang nak berbelanja kat sini kami cuma menemankan sambil jalan2 cuci mata je kat situ tapi diri ini selalu xmenahan kalau g tempat shopping ni rembat lah jugak 2 helai baju tuk Myra, dan 2 helai alas meja. Hukhuk..habis duit poket den...En Hubby terpaksa g cari mesin ATM sebab kami memang bawak duit cukup2 je xnak bagi terlebih budget kononnnya...

Yang paling tak menahan ku tersopping benda alah ni sampai 10 hengget...murah gile 2 hengget je satu...dulu pernah beli kat KB 6 hennget satu masa mula2 kuar kot. Padahal kakak ipar cakap dia ada jual gak kerongsang macamni...dasar x menyabar..hihihi


My pren pon shopping benda alah ni banyak gak, nak bagi2 kat adik badik katanya...kitorang jugak beli jeruk sampai 10 hengget...adoi dah tau bendaa tu x baik tuk kesihatan banyak jugak belinya. Makan sambil berjalan x senonoh tengok2 dah tinggal separuh..

Budak yang kehausan.. kaki seluar pon dah tersenteng sebelah. Tak larat nak mengkontrol Myra sekarang kalau datang tempat macam ni, asyik nak bergurau, melompat berlari je..paling x menahan suka sangat main menyorok. Semput di buatnya takut TERHILANG dalam lautan orang je..
sampai rumah hampir ku 1 pagi terus pengsan...:p

Aug 23, 2011

Makin Hujung Pose Makin Malas Masak


Rendang ayam ku...
nanti raya harus buat lagi makan ngan ketupat tawar.

Bubur pulut itam segera...beli dalam peket siap2, cuma panaskan je.
nasib ada lagi bubur ni menambah seri meja makan ku pada hari semalam..kalau idok suram je...

Betul-betul malas nak masak dah sekarang ni, nak bangun sahur pun macam liat sangat tapi gagahkan diri jugak demi perut suami terchenta. Tapi tu lah nak kejutkan beliau bangun sahur punya lah liat sampai kadang2 rasa nak merajuk xnak kejutkan, tapi manala isteri sampai hatikan, hujung2 baru terhegeh2 nak bangun.

Puasa hari 22 semalam masak lauk berbuka sejenis je..masak dengan kadar banyak untuk sahur sekali, nasi pon dah siap2 tanak tuk sahur...gila malas punya bini. Masak awal2 nanti bangun panaskan je...hekhek.. walaupun 1 jenis tetap spesel tetap mendapat kritikan baik punya dari suami terchenta...bagi semangat suruh rajin memasak lah tu.

Memandangkan lagi seminggu nak raya, aura dia dah datang, so semalam ku masak rendang ayam, bahan2 sume ada kat peti ais..ingat nak makan ngan nasi impit tapi takut Hubby xmakan sangat gitu masak nasi jugek lah...hari ni pulak rasa macam nak cuti masak je beli kat bazar sudeh...boleyyy. mau kemas rumah sebelum balik kg...hohoho balik kg....xsabar dah ni...

Aug 22, 2011

3 Hari Yang Membusy/Semput

Peringatan : Ini adalah karangan x bergambar...mungkin sangat boring untuk di baca

Yeahhh hari ni dah masuk minggu last berpuasa disini, 4 days to go balik kg... Lepas habis kerja Jumaat ni zasss terus balik Kelate...insyaallah sempat berpuasa 3 hari di Kg... hari jumaat tu mungkin berbuka di tepi jalan lah seperti tahun2 sebelum ni.

Persiapan raya Alhamdulillah hampir siap, langsir baru yang di hantar jahit sejak tahun lepas pun dah siap, tunggu nak gantung2 je :) persiapan baju raya pun hampir settle, cuma tang biskut raya je x mencapai matlamat.. sepatutnya minggu ni harus complete 5 jenis biskut tapi xsempat siap pun..walaupun dah lari dari perancangan untuk rehat saje pada waktu malam tapi terpaksa gak mengukis tapi masih xmencapai sasaran, buat untuk 3 keluarga haruslah banyak...erm xpelah bawak balik sume bahan2 yang dah beli tu ke Kg...akan diproses bersama pembantu2 yang setia nanti..hehhehe

Sepanjang 3 hari ni saya betul2 sibuk, mata perlukan tidow badan perlukan rehat tapi terpaksa gagahkan diri..bermula ngan kedatangan my SIL dan hubbynye pada petang khamis tu sebab ada urusan kat KL ni. Petang khamis tu masak ala kadar je sebab dapat lauk free dari pengasuh. Malam kuar lak ke pantai dalam suami SIL nak jumpa kawan dia, hampir kul 1 pagi baru kitaorang balik rumah, saya sambung masak tuk sahur lak.

Hari juamat lak lepas habis kerja hubby datang amik kat ofis terus ke Shah Alam, berbuka dirumah mak sedara abang, xcadang pun nak tido sana sebab hubby kerja esoknya tapi dipaksa gak tido sana memandangkan lepas ni xkan berpeluang nak kesana lagi. Mak sedara hubby tu akan pindah balik kemaman. kul 7.30 pagi baru bertolak balik rumah. Dah sampai rumah xbuang masa sambung mengukis dihujung minggu tapi xdapat nak buat sangat coz ada pengacau...hukhuk..

Petang sabtu lak sibuk lagi memasak coz ada acara berbuka pose ramai2 kat rumah kitaorang, memandangkan kak ipar dah nak balik dan xsempat nak mengunjungi rumah adik badik lain so diorang2 je datang rumah kite. Walaupun yang masak adalah kak ipar, saya juz buat kuih onde2 dan tolong2 sikit je..huhu... menu hari tu bermacam2 ada tom yam putih, kerabu kaki ayam, ikan kerapu 3 rasa, daging goreng, onde2, kuih sanggupal dan kuih Akok from Kelate xamik gambar pon malulah ngan diorang..hihi lagi pon saya sibuk melayan tetamu ai kan tuan rumah. Meriah rumah sekejap lagi meriah sebab budak 3 orang tu menyelerakkan rumah dan bergaduh sesama dia. :p

Malam tu kak ipar dah balik klate, adik badik Hubby yang lain sume bermalam kat rumah kami. Kebetulan adik saya pun datang jugak dari Perak penuh satu rumah. So waktu sahur adalah sangat mencabar sebab kena masak sensorang untuk kuantiti yang banyak risau takut xcukup je. Alhamdulillah cukup2 je. Pagi ahad lepas subuh saya sambung dengan mengukis lagi..terpaksa buat sebelum budak2 bangun nanti bertambah haru..sempat la buat dua adunan biskut mazola.

Petang lak kuar shopping lagi tapi yang ingin dibeli xjugak jumpa...selalu macamtu kan..kali ni turn kiteorang lak berbuka di rumah abang hubby di Kajang, sume juadah beli kat bazar je sebab dah xsempat nk masak. Lega para isteri sebab xperlu masak. hehehe. Sebelum balik rumah sempat lagi kiteorang g uptown jalan Reko, ramai gile manusia berpeluh2 ketiak dibuatnye. Tapi x shopping sangat pon kat sana rembat anak tudung nga cadar murahan je... sebabnya sejak dua menjak ni Myra selalu batuk2 sampai muntah. Habis tilam dan cadar. Minggu ni dah 3 kali tukar cadar...

K itu saja babai, dah nak buat kerja ni. Tapi mood nak berkerja xmai2 lagi ni, apa kes...


Aug 18, 2011

Roti Jala Yang Macam Lempeng Lagi

Assalamualaikum..

Semalam yang semalam kan kite ada masak gulai ayam, nampak sangat menyelerakan kalau dibuat cicah ngan roti  canai...roti gardenia pon dah ok sebenarnya. 
So sebab mulut nak makan lagipun gulai semalam ada lagi, search la kat tenet resepi yang paling simple..
finaly jumpa kat blog Mat Gebu, sukatan dia pon sesuai untuk yang x ramai ahli keluarga cam kami ni..
adunan dia pun ngam2 menjadik...
tapi sedih kite x pandai nak menjala..hukhuk...

Tapi bila diteliti balik bukan sebab xreti menjala sebab kite xguna kuali ceper..
pasai tu jadi lagu tu...macam lempeng dah...ada kali non stick murahan pun xmemberi jasa langsung...
sudahnye guna kuali biasa je lah...so ni lah hasil dia...

Yee memang rupanya buruk sangat tapi pedulikkk kan ajew sebab rasanya memang best...
balik Kg nanti nak kena cari ceper la, baru senang nak mengirai jala ni...
ohhh lagi 8 hari nak balik kampung xsabau2 dah rasanya...

Sambung lagi...
disebabkan buat roti jala jadi lempeng mood nak masak dah kelaut...
jadi xde mood dah nak masak nasi dan lauk pauk bagai nih..
hajat nak buat mihun sup sayur xde plok, ada tiok jagung muda ngan kacang botol je, 
so ada mihun goreng lagi lah minggu ni..

Asalnye nak goreng mihun merah tapi bila masuk telur dah xjadi kaler merah dah..
layankan je lah...
cian Hubby sebab berbuka ngan mihun goreng,  kul 10 dah mintak nasi lapar katanye..
nasib baik dah masak lauk sahur siap2 makan lah ngan nasi sejuk semalam. 
Mamat ni xleh kalau buka pose xjamah nasi...
saya lak sejak kawen ni kena biasakan diri berbuka ngan nasi lah sebelum ni ngan family biasanya berbuka ngan kuih muih, dan juadah ringan macam mihun atau mee goreng je...

p/s : Alamak petang ni my SIL n husband datang rumah, nak masak apa ni....
huhu segan la nak masak kat depa sebab dia suami isteri memang jagoooan masak..




Aug 17, 2011

Juadah Hari Ke 16

Assalamualaikum..

Semalam dah bertekad nak masak, so kena masak lah walaupun banyak halangan.. Halangan2 ni kalau x berjaya di tempis alamak mkn makanan Bazar lagi lah. Walaupun berjaya ditempis tapi natijahnya nak masak pun xsenang. Halangan ni xlain xbukan apa lagi budak cinonet Myra ni nak kuar bermain-main kat luar rumah. dia dengar suara jiran2 main kat luar dia pun sibuk nak kuar jugaklah..

Dah bagi kuar setengah jam lebih x reti2 puas jugak, dah kul 6 xstart masak lagi, alahai terbakar rasa. So terpaksa gak angkut bawak masuk rumah, dia lak yang terbakar..huhu. Si abahnya pulak lambat bebenor balik kerja...sudahnya buatlah kerja sambil bersilat berperang ngan Myra. Nasib baik sempat gak siap on time.

Gulai ayam.. bestnya kalau dapat makan ngan roti jala, x pon cicah roti..

Brokoli + Baby Kailan + Udang Kering
masak sos tiram lagi

ikan kerisi goreng...
first time lauk ikan home made..sebab saya kurang suka makan  ikan...

Lompat tikam dan onde2 yang hubby beli kat Pasar Ramadhan..
nasib baik sedap...


Simple Tapi Cantik.

Dah terberkenan baju ni..cantik sangat bling2 kat baju ni simple tapi menarik...
Beli???? idok la saya sanggup nak berhabis RM229 hanya untuk sehelai baju...
tetapkan azam nanti nak jahit sendiri, tapi bukanlah untuk pakai raya ni tahun2 depan kot..

Aug 16, 2011

Puasa Ke 15 : Semua Made in PARAM Termasuk Lauk Sahur Sekali

Assalamualaikum..

Day 15 semua berbuka ngan juadah dari PAsar RAMadhan jer. Pertama kali berbelanja lebih dari RM5 di pasar ramadhan, sebabnya semua lauk mentah dah xde stok kat peti. Balik dari kerja xboleh nak masuk dalam rumah lak, kunci lupa nak amik ngan Hubby... kunci kepunyaan saya xtahu hilang ke mana, lupa letak ke atau dibuat main Myra tak pasti lah..dah cari merata-rata xjugak jumpa. So hari minggu ni aktiviti geladah rumah la jawabnye..misi mencari kunci kena buat time Hubby ada gak senang nak suruh alih-alih sofa...hehhehe

Balik kerja semalam xleh nak masuk rumah nasib baik ada netbook penghilang boring. Berkampung la kami anak beranak kat luar dah la hujan, kilat lagi. Tunggu punya tunggu 6.00 lebih baru hubby balik, zassss terus ke kedai beli lauk pauk mentah, tapi dah 6 lebih mana sempat nak masak kan...singgah bazar terus, dah xbanyak choice masa tu agak lewat sampai. Beli sekali lauk pauk untuk sahur, maknanye malam tu saya dah xperlu masak, tanak nasi jer senang kerjakan..

Juadah utama Nasi Ayam yang kureng...
terpaksa gak beli sebab nasi kegemaran lain dah habis..

Mutrabak yang beshhhh...
yeaaa dah jumpa murtabak yang boleh masuk tekak kat sini, xde rasa kari...
Selalu beli xmenepati citarasa~banyak kentang n rasa kari je lebih...

Jagung Cameron rebus yang manis
jiran sebelah bagi..saya makan dua..hihihi

Lauk sahur juga di beli kat PARAM, Gulai daging dan Hati Lembu + Ayam Madu Bakar...Dua2 sangat sedap. Hari ni saya bertekad nak masak lak...dah lama xmemasak, cian en Hubby sakit perut makan lauk Bazar..


Aug 15, 2011

Weekend : Gantung Kuali Lagi..

Salam Pagi Isnin...Say no to Mondays Blues..

Cuti hujung minggu ni saya kembali cuti masak gantung kuali terus, sebabnya dari pagi sampai tengah hari, (hari sabtu sampai petang) duk mengadap oven dan segala tepung. Semangat gile buat biskut sampai anak pon terabai, habis rumah tangga bersepah2 berkecah2, tumpah air, tepung sana-sini dikerjakan Myra. Tunjuk perasaan kot mama dia xlayan dia...suruh tidur xjugak dia pejam mata.

Hari sabtu tu malas sangat nak masak sebab dah sehari suntuk kat dapur, ingat nak beli kat bazar je lah lagipun teringin nak makan laksa. Tunggu punya tunggu dekat 6.30 lebih Hubby xbalik lagi...rupa-rupanya terpaksa balik lambat may be lepas berbuka..sedih disitu xtercapai hasrat anak tekak nak mkn laksa....berbuka ngan apa yang ada je, hubby balik baru g dinner..

Hari ahad lak Hubby bawak Myra g opis dia...Mama leh buat kerja tanpa gangguan dengan senang hati. Petang kami keluar lagi nak g sopping kat The Mall..alang2 dah sampai situ singgah kat Matta Fair...ramai gile manusia2 kat situ..Opps terjumpa Johan Raja Lawak ngan bini dia Ozlynnwati. Diaorang pon holiday beli kat Matta Fair jugak ke..hihihi

Selesai kat Matta Fair dan the Mall terus ke Sogo, nak berbuka kat sana. En Hubby turutkan permintaan hati isteri dia nak merealisasikan hasrat anak tekak..sampai sana terserempak ngan geng2 opismate abang..so same2 la berbuka kiteorang. Sekali lagi terpaksa menghadapi suasana orang ramai gile..Food court Sogo penuh xde meja kosng, terpaksa naik ke tingkat atas berkongsi meja ngan orang lain...xkisah la asal boleh berbuka je kan. Nak beratur beli makanan punya lah panjang, so standby sandwich ngan air je la dulu...lepas azan baru Mama turun...

dan inilah yang diidam2kan assam laksa...dapat gak makan..
rasa macam nak g makan pulak lah...

Oh ya semalam juga saya dah beli baju raya...malas dah nak pilih2 tengok muka Hubby pun muka tensen je meneman bini dia cari baju raya, xjumpa2 yang berkenan dihati..Myra pulak buat perangai bukan main lasak lagi. Nak dukung la, nak naik eskalator sendiri la, main sorok2 celah baju, meniarap merangkak...penat sangat melayan dia kat tempat2 macam ni...haishhh tu baru sorang kan...





Aug 13, 2011

The Journey is Begin

Setelah 3 kali shopping baru complete cam gini..
Harap-harap xdelah pengacau time buat biskut ni..
Myra sayang sila behave urs okey...mama ada 4 hari je nak buat sume ni..
udah le tahun ni xde pembantu..huk...huk..

Aug 12, 2011

Selesai Hari Ke 12 - Lagi 18 Hari Nak Raya

Selamat Malam...

Selesai sudah 12 hari perjuangan kite, sekejap je rasa. 
Tadi waktu lunch x balik rumah pon g merendek ngan opismate cari kedai bake supplier kat Sri Gombak, nasib baik jumpe walaupun dah makan langsat sikit...hihi
Dah  bersemangat nak buat biskut ni, yelah cuma ada 2kali weekend je lagi sebelum raya. Sementara menunggu kacang almond masak kat dalam oven tu, kite tayang gambar juadah berbuka hari ni yek..
masih simple mimple lagi..kue pon xde hubby malas nak kuar..

  1.  Asam pedas ikan kembung, pemberian mak pengasuh Myra, pakej sekali ngan sambal tempoyak.
  2.  Air asam perut lembu, perut import beli kat Giant je..Kureng sikit x sesedap lembu kampung...
  3. Air Cincau susu dan air tembikai..
  4. Brokoli dan Kailan masak sos tiram..
Alhamdulillah rezeki hari ni licin lincau...ok babai nak siap2 masak tuk sahur lak..huhuhu
Almond i pon dah masak, esok dah boleh start wat cookies raya...

Puasa Ke-11 Berbuka Sendirian

Hurm merasa jugak berbuka sensorang tahun ni. Ingatkan tahun ni Hubby kerja dekat hari2 leh berbuka sesama lah, tapi apakan daya panggilan berbuka diluar bersama staff Company beliau terpaksa di sambut juga. Walaupon beliau macam berat hati nak g si isteri suruh gak pegi tapi bersyrat lah balik awal tapi lambat gak balik, yelah bila lagi nak merasa dokkk nak2 tahun ni diadakan di Palace of  The Golden Horse. Kedek betul kan Company dia x jemput pun pasangan masing2 berbuka sekali..;(

Walaupun bertiga di rumah wif myra n cik langnye berbuka adalah sendirian sahaja. Layangkan lah bufett di dapur Mama Myra semalam..tetap berselera walaupun En Hubby xde disisi sebab dah tahu dia makan lagi sedap pada kite yang kat umah ni...huhuhu
puding caramel yang semalam punyer
cocktail sumi dan nata manggo
Hidangan utama..sebab Hubby xde mihun goreng sajork lah..

Aug 11, 2011

Cuti Untuk Sopim..

Assalamualaikum..

Sungguh x sangka aku tergamak buat kerja macam ni...ni semua demi mencari baju raya lah ni. Kebetulan My sista datang...cadangnye nak g hari jumaat tapi macam xcukup masa je sebab dia nak balik Shah Alam lak hari tu. Hari khamis lak macam xboleh je sebab ada kerja nak kena siapkan. So nekad hari rabu amik cuti, pergi ngan dia je gigih naik KTM...merasalah jugak naik KTM nak tunggu pegi ngan Hubby alamak berjanggut la jawabnye. Humaira tetap dihantar ke rumah pengasuh macam hari biasa kite bayar kan...

Memula kitaorang pergi ke Sogo..seronok je pergi time hari bekerja nak membeli belah pon senang tak ramai orang. Selesai kat sogo naik LRT ke masjid jamek..padahal boleh je jalan kaki ke Jalan Tar tu. Tapi bulan puasakan..hehhe. Tapi yang xbest hujan la pulak nak berjalan pon pun susah walaupun orang xramai. Puas dan jenuh memusing xjumpe pon baju yang berkenan di hati...huk-huk-huk.. 
Lain yang dicari lain yang dibeli...cakap kat HB xjumpe pon baju raya yang berkenan di hati..dia boleh cakap kalau xde episod 2, episod 3 xsah...nak kena pegi lagi lah tu..hahhaha...paham pon bini dia macamne..

So misi mencari baju raya yang berkenan dihati belum habis lagi lah...agak tak berbaloi lah cuti semalam....
Hairan betul, dengar cite dari orang lain, banyak je baju ready made kat Jalan Tar yang cantik n murah..tapi kenapa saya xjumpa2 jugak idaman hati..atau saya memang xpandai nak pusing2 kat situ maklumlah setahun berapa kali je saya pergi..


Aug 9, 2011

Dah Masuk Minggu Ke2 dah..

Assalamualaikum.

Baru sekejapan terasa masuk awal ramadhan rupanya dah lebih seminggu kite berpuasa. Kejap je rasa nye. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadat dibulan mulia ini. Hujung minggu yang lalu dua-dua hari tersebut saya gantung kuali je..xde ektibiti masak memasak dari hari jemaat lagi, sukerrrnye....cuma panaskan lauk je tapi tetaplah masak secara ala kadar untuk sahur...

Hari sabtu dapat jemputan berbuka di rumah pengasuh myra, tapi xsenang duduk dan xsenang hati nak makan sebab Myra terlampau aktif berlari kesana kesini, suruh makan tak mau..tapi bila di suap orang lain elok je dia makan kecik hati mama. masuklah jugak dua tiga suap. Almaklumlah acara makan di luar rumah beramai2 budak2 kesukaan lah. Tapi time makan orang lain duduk je dia lak kesana kesini kesinun sampai terjatuh nasib baik baik xtergolek je. Sekarang pun memang susah nak makan kat luar Myra xnak duduk kat baby chair dah.

Hari ahad lak BIL ajak berbuka kat rumah dia di Kajang. Alhamdulillah rezeki lagi..Hubby juz beli kuih2 je kat Bazar Ramadhan buat pelengkap. First time tengok Hubby makan bertambah2 time berbukak sebab ada ulam-ulaman pastu makan lak beramai2. Selalu makan berdua je secara ala kadar.

Dan semalam dapur rumah kembali berasap. Masak simple-simple apa yang ada kat dapur je. Ayam masak black pepper, telur dadar dan sambal belacan + mangga. Fuhhh bertambah sebab ada sambal belacan tu. Kawenkan pulak ngan air cincau susu ngan jus delima manggis. Tapi sayang sempat minum segelas je cincau susu tu, tgk2 myra dah campur ngan jus delima manggis tu. Alahai myra kamu selalu bikin onar ngan mama la... sudahnye buang je air tu anak tekak ni xleh nak terima rasa yang pelik itu...

Aug 5, 2011

Datang Penyakit Lupa

Salam..

Bila masuk petang je mesti otak berputar2 nak masak apa petang ini kan. Tapi hari  ni saya xpayah pening2 pikir nak masa apa. Sebabnya lauk semalam untuk sahur xterjamah lagi. Kan main gigih saya masak tom yam kul 11 malam, masak nasi sebelum tido alih2 x bangun sahur. So berbuka ngan lauk semalam je lah.

Sejak masuk bulan puasa ni datang pulak penyakit keLUPAan yang menjadi-jadi. Mula-mula puasa saya ada beli bunga kobis, time nak buat paprik xjumpa bunga kobis tu letak kat mana, beli lagi sekali. Esoknya buka peti ais ada pulak. Pastu  boleh lupa nak semayang maghrib lak padahal saya dah bersuci. Lupa yang saya dah mandi wajib..alamak terkantoi awal2 dah x puasa.

Esoknya g ofis tertinggal henset kat rumah itupon dah separuh hari baru sedar sebab nak call orang cari dalam henbeg takde. Dan hari tu gak bawak netbook ke office siap2 nak balik boleh pulak saya tertinggal kat ofis sampai rumah baru sedar. Nak pegi amik gate dah kunci. Nasib baik xhilang. Hubby dah geleng kepala naik hairan ada2 je yang saya lupa..

Dan semalam cari broadband dalam henbeg xde..argghhh lupa lagi letak kat mana, tertinggal kat opis kah...datang opis pagi-pagi cari kat meja n PC nan hado..Hilangkah???? try lagi cari lam henbeg selerak sume barang2...aikkk ada la pulak. Geram je rasa sebab semalam dah terpaksa nyusah kan  orang lain suruh topup kan prepaid Digi Internet gara2 nak bertenet. 
  

p/s: Ggrrrrrr apa yang kena tidak ngan diri ku ni...adakah tension sebab memikirkan baju raya yang tak beli2 lagi?????

Hari ke 4 Yang Simple bangat

Selamat Pagi.. ^0^...

Ohhh demmm...malam tadi tersalah kunci jam 5.00PM, bukan 5.00AM...hahaha alamaknye xberbunyi la. Sedar2 dah kul 6.30 pagi, itupon sebab Myra mintak nenen. Kejut En HB cakap alamak kite dah terlepas sahur la...dia boleh cakap xpelah dengan selamba dan teruskan tidur.. ye dia memang suka tidur. Yang si isteri risaukan dia je takut terlembik..saya ok je kalau x sahur ponnn..harap2 cuaca hari ni x panas sangat sebab En HB kite kerja tengah panas, cian dia dah la xsahur balik terawikh pun xmkn apa2 terus tido.

Dan semalam juadah berbuka kami simple sangat, xpergi pasar ramadhan pun. Nak masak pun xde mood ada kejadian tumpahan air mata pada petang tu..Air mata si ibu dan anak bergabung. Oh tuhan bila la sume ni nak berlalu xsanggup dah lihat dia terseksa tiap kali BAB...kalau boleh Kau pindahkan derita itu kepada kami Ya Allah...oh dah lari tajuk dah sebenarnye..tapi saya benar2 maksudkannya benar2 memohon kepada Dia...

 dalam-dalam xde mood tapi sempat buat onde2 jugak.

nasi goreng dua minit aka nasik goreng bodo

 nescaffe for me n vico for En HB
festime berbuka ngan air panas sebab hari adalah hujan melebat
dan
wajah sugul anakanda tercinta saat2 nak BAB...
sampai ketiduran.



Aug 4, 2011

Rezki Murah Bila Ramadhan

Assalamualaikum..

Baguskan bulan-bulan pose ni..ramai orang berlumba-lumba nak buat amal ibadat dan sedekah jariah.. Macam tahun lepas selepas raya pun masih banyak pinggan mangkuk jiran-jiran kat rumah yang tak tersempat saya nak balas. Yelah saya kan jarang masak, hari minggu je aktif sikit memasak itupun kalau xde jemputan berbuka la. Tahun ni macam tu jugak walaupun x bertukar pinggan mangkuk tapi tetap bertukar plastik beg pulak..hahaha.

Dan semalam gara-gara bawak Myra jenjalan pasar Ramadhan Abah Kedua Dia (suami pengasuh) kena pawn ngan Myra...huhuhu sekor ayam golek tuh..Masa kat sana Myra duk la jerit nak ayam, nak ayam..so sekor abah dia belikan, nak bayar balik dia xnak la pulak. Yang geramnya mak pak dia la yang kena makan, myra makan sikit je tu pon gigit2 sampai hancur pastu luah balik. Sungguh membazir.... kesudahnya lauk tu sampai ke sahur la. tu pon berbaki lagi...duk pikir2 boleh dibuat apa sayang lak kalau dibuang.

Tahun ni puasa seboleh-bolehnya nak masak atau beli cukup-cukup je nak elakkan dari membazir, tapi tulah tetap ada yang membazir. Kalau pergi pasar ramadhan pun walaupun beli sikit je ada pulak yang datang bagi juadah lain. Kadang-kadang memang xleh nak habiskan kami dua2 tangki kecik. En HB kalau pose tangki dia penuhkan air dulu tu pasal makanan x termakan sangat. Balik terawih mata pon dah xleh nak bukak dah xterjamah makanan yang tersisa waktu berbuka tu.. Sahur lak sah-sah makan sikit je tu pon paksa diri nak habiskan. xde selera makan pagi2 alam tu. Kan x makan terlembik pulak esoknya. Tapi saya ok je kalau x makan punnnn...

Setakat ni Alhamdulillah la tahun ni kami xde sangat nak berbelanja kat pasar ramadhan, kalau pegi pon xhbis la RM 5 juz beli kuih2 je..harap dapat teruskan sampai hujung ramadhan...tapi kalau balik kampung mungkin berganda-ganda kot habis...nafsu xboleh blahh kalau balik kg sume nak makan...xsabar pulak lambatnye nak balik puasa kat Kg...

 juadah berbuka pada hari ketiga~made in PARAM.
laksam untuk saya, nasib kerabu untuk En HB..
dan
sira pisang air tangan sendiri
ayam panggang yang di pawn myra dari abah 2nd dia
dah 3 kali makan xhabis2 gak..

Puasa Kini Lebih Meriah..

Yer puasa tahun ni memang lebih meriah xseperti tahun lepas. 
Tahun lepas berbuka berdua je sebab selalunya budak kecik tu tido time berbuka..
Tahun ni memang cukup meriahlah, meriah ngan suara mama dan suara Myra. 
Apa xnya tiap kali berbuka mesti bersilat berperang ngan Myra, xreti dok diam, dia lak yang lebih-lebih dari orang pose. 
Selagi air dalam jug x habis selagi tu lah duk ulang mintak air..minum sikit yang selebih curah kat lantai, xpun pinggan mama or pinggan abah. 
Makan pulak main2 je sikit je masuk mulut. Bila lah nak besar kalu cenggini sokmo...umur nak masuk 2 tahun tapi berat xsampai 10Kg lagi..alahai Myra...

 (hari kedua berbuka puasa)
semua benda dia nak wat sendiri, macam la tahu sangat..



Aug 1, 2011

Hari Pertama Puasa..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selasai sudah menjalani ibadat puasa buat hari pertama..perjalanan masih panjang, semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kite semua terus menjalani ibadat dengan sempurna.. Hari ini saya kerja separuh hari je, mintak balik awal nak bawak myra jumpa pakar kulit. En HB pon half day jugak. 

Lama betul kat klinik tadi orang pon ramai la jugak. Ekceli myra dah lama dapat gatal2 kat kaki tu dah berapa kali g jumpa doktor xhilang2 jugak makin besar adalah. So kali ni bawak g jumpa pakar la pulak kat Jln Ipoh, tapi doktor cakap Allergik je, allergik kepada apa xpulak di bg tahu. Semoga anak mama cepat sembuh tau, jangan malas makan ubat, sian abah awak bayar ubat awak mahal tau, skip baju raya mama tahun ni...:(


abah kepenatan...macam biasala fes day puasa macam ni lah tiap2 tahun..
macam biasalah tiap kali jumpe doktor budak kecik ni menangis..xmo disentuh...
Hampir kul 5.00 baru balik dari klinik singgah kedai runcit beli bahan basah sikit harus masak di hari pertama.. Sempat juga singgah kedai Proton Servis baiki suis kereta En HB..dan sempat juga singgah di pasar mini Ramadhan tempat mak Myra berniaga..beli sedikit kuih muih....dan terus balik rumah masak laju-laju..masak simple2 je untuk En HB yang xboleh kalau xde nasi nak2 kalau hari pertama puasa. Nanti lepas2 ni boleh lah cuba masak yang ringan2 sikit macam mee or mihun. Kalau saya prefer makan macam tu je untuk berbuka, sebab cepat rasa kenyang kalu makan nasi, nanti xleh nk mkn kuih lak...:p

juz masak gulai lemak ketam dan sayur goreng je...side dish main tunjuk2 jer..


Budak Kemaruk Besikal..

Budak ini sudah lama kemaruk basikal...asal bebudak lalu depan rumah main besikal je mesti dia panggil.
cer kalau bawak dia membonceng pon dah tersengih2 suka hati..
dan tiap kali ke carrefour xsah kalu xsinggah tempat basikal2 ni..dapat try duduk atas 2,3 buah besikal dah seronok kan main. time nak blahhh dari tempat basikal tu mesti meraung2 xmo..
selalu macam tu lah..tapi abahnya xbeli2 jugak sebab budak ini kecik lagi...
perasaan betul nak naik besikal dah...
Abah please...saya nak besikal ni...
Dan semalam mood abah baik kot sebab dah nak sambut bulan pose abah nak lebihkan amal jariah, 
dapatla budak ni besikal..mungkin sebab murah kot xsampai 100 tu pasal abah belikan.
Apalagi bila dah dapat besikal budak ini dah xmelasak atas supermarket duduk je kat atas tu..abah lah yang terpaksa menolak al kisahkan budak ini xpandai kayuh, kaki pun xsampai lagi nak kayuh...huhuhu
sakit belakang abah...mama lak sakit lengan2 menggagahkan diri menolak troli barang yang tayarnye sinting...
yelah tu selalunye keja abahkan mama mana bese tolak sendiri...:p

kesukaan dapat besikal eksen je lebih  
 Akhirnya dapat gak budak ni besikal yang di idam2kan..walaupun xpandai nak kayuh even nak tolak pun menjerit2 panggil mama dan abah...puaas hati dapat gak merasa ada besikal sendiri..hihihi
xtahulah bila baru leh kayuh sendiri nih...