Assalamualaikum..
Baguskan bulan-bulan pose ni..ramai orang berlumba-lumba nak buat amal ibadat dan sedekah jariah.. Macam tahun lepas selepas raya pun masih banyak pinggan mangkuk jiran-jiran kat rumah yang tak tersempat saya nak balas. Yelah saya kan jarang masak, hari minggu je aktif sikit memasak itupun kalau xde jemputan berbuka la. Tahun ni macam tu jugak walaupun x bertukar pinggan mangkuk tapi tetap bertukar plastik beg pulak..hahaha.
Dan semalam gara-gara bawak Myra jenjalan pasar Ramadhan Abah Kedua Dia (suami pengasuh) kena pawn ngan Myra...huhuhu sekor ayam golek tuh..Masa kat sana Myra duk la jerit nak ayam, nak ayam..so sekor abah dia belikan, nak bayar balik dia xnak la pulak. Yang geramnya mak pak dia la yang kena makan, myra makan sikit je tu pon gigit2 sampai hancur pastu luah balik. Sungguh membazir.... kesudahnya lauk tu sampai ke sahur la. tu pon berbaki lagi...duk pikir2 boleh dibuat apa sayang lak kalau dibuang.
Tahun ni puasa seboleh-bolehnya nak masak atau beli cukup-cukup je nak elakkan dari membazir, tapi tulah tetap ada yang membazir. Kalau pergi pasar ramadhan pun walaupun beli sikit je ada pulak yang datang bagi juadah lain. Kadang-kadang memang xleh nak habiskan kami dua2 tangki kecik. En HB kalau pose tangki dia penuhkan air dulu tu pasal makanan x termakan sangat. Balik terawih mata pon dah xleh nak bukak dah xterjamah makanan yang tersisa waktu berbuka tu.. Sahur lak sah-sah makan sikit je tu pon paksa diri nak habiskan. xde selera makan pagi2 alam tu. Kan x makan terlembik pulak esoknya. Tapi saya ok je kalau x makan punnnn...
Setakat ni Alhamdulillah la tahun ni kami xde sangat nak berbelanja kat pasar ramadhan, kalau pegi pon xhbis la RM 5 juz beli kuih2 je..harap dapat teruskan sampai hujung ramadhan...tapi kalau balik kampung mungkin berganda-ganda kot habis...nafsu xboleh blahh kalau balik kg sume nak makan...xsabar pulak lambatnye nak balik puasa kat Kg...
juadah berbuka pada hari ketiga~made in PARAM.
laksam untuk saya, nasib kerabu untuk En HB..
dan
sira pisang air tangan sendiri
ayam panggang yang di pawn myra dari abah 2nd dia
dah 3 kali makan xhabis2 gak..
dah 3 kali makan xhabis2 gak..
2 comments:
hmm baiknye abah bbsitter myra..
Alhamdulillah setakat ni baik2 lg..hihi
Post a Comment