Aug 26, 2011

Sesi Berbuka Puasa Versi Duniaku Zailieysara De Last Day..

Juadah berbuka hari yang ke 25...
ikutkan hati memang dah malas nak masak tapi terpaksa sebab nak habiskan stok dalam peti ais, masih ada sedikit ayam dan sayur..

Ayam goreng seri wangi..sedap walaupun xbuh mayonis seperti yang disarankan...pasti akan diulang buat lagi. Hubby pon cakap sedap..resepi asal dari Chef Wan, sila gugel pasti jumpa...hehhe

Ada nasi goreng juga menghabiskan nasi lebihan sahur. Nasi putih pon masak gak tapi sume pakat nak makan nasi goreng...Myra pon siap berebut2 makan dalam pinggan abahnye...


Hidangan yang mesti ada sejak dua menjak ni murtabak daging...tekak dah boleh terima rasa murtabak sini...yuhhhu esok dah boleh makan murtabak yang best...


p/s : sedang menunggu hubby ngan adik ipar untuk balik ke Kg...geram pon ada ni sebab semalam kata nak balik awal sampai sekarang dah kul 4 lebih dua2 batang hidung xnampak. saya balik ofis awal cakap kat bos nak balik lepas jumaat...rasa macam menipu lak...hukhukhuk...

No comments: