Oct 26, 2011

Baju Ajaib.

24/10/2011 finally saya dah dapat BAJU AJAIB saya setelah sekian lama mendambakannya. Ekceli dapat pada 17/10/2011 lagi tapi terpaksa pulangkan balik sebab saiz terbesar sikit. Thanks kepada En Somi coz menjadikan keinginan si isteri terlaksana.

So pada 25/10/2011 saya start pakai baju ajaib saya, adalah sangat tidak selesa macam xcukup napas. Nasib baik ada En Somi yang buleh tulung2..:p
Sepanjang hari adalah sangat tidak selesa gelisah je, kepanasan pun ada gak saya rasa lebih selesa berdiri dari duduk. Nak makan pon sangat xselesa sedikit je leh masuk perut.. :(
Dan saya TAK BERJAYA melalui hari saya selama 8 jam bersama baju ajaib saya. so sad xkuat semangat.

Dan hari ni mengenangkan wang yang telah En Somi laburkan saya teruskan misi pakai baju ajaib tu walaupun tanpa bantuan sebab en Somi kerja, saya berjaya pakai dalam masa 10minit je. Dan hari ni tenang sikit dari semalam mungkin body dah leh accepted. Lagipun saya bebas duduk dan berdiri sesuka hati coz bercuti kat rumah je dan xperlu duduk je di kerusi opis yang buat saya nampak macam robot tuh.  

Opps dah 5 lebih akhirnya BERJAYA gak capai sasaran nak cukupkan 8 JAM hari ni. xsabar nak g buka baju ajaib ni, masih belajar untuk menyesuaikan diri dengannya...harapan untuk hari esok semoga semua berjalan lancar je....amin...

Oct 24, 2011

The Making of Apam Beras.

Semalam yang indah, terus indah sebab ku telah berjaya buat apam beras yang super gebus dan super sedap....peduliklah angkat bakul sendiri hehhee...tapi sumpah sedap kena ngan selera anak tekak ni yang nak mengidam nak makan apam selembut ni. Festime dulu guna resepi yang xbuh Eno, kali ni resepi taruk Eno lak. Menjadi...suka sangat. Buat pun sekejap je lepas perap 3 jam lebih dah boleh kukus. 

 Buat dua kaler je untuk memudahkan dan menjimatkan masa plus kurang sikit membasuh bekas. Taruk pun dalam Jug dan bekas yang ade muncung tu senang nak tuang  dalam acuan lompang nanti xperlu  nak disenduk atau disudu dah... 

Semua jenis acuan yang ada kat dapur tuh ku guna nak cepat katakan... masuk kan semua adunan pastu tunggu untuk kukus je, xsempat ulang guna balik pun acuan tu. Nasib baik la masa tengah menuang dan mengukus benda alah ni budak kecik tu x menyibukkan diri, ralik sangat bertukang ngan abah dia.

Terlampau gebu sampai tersenyum lebar gitu..lain kali harus kurangkan sikit masa isi adunan dalam acuan. xboleh penuh2 3/4 je.

Xsampai sejam pun dah siap kukus sume. Makan ngan kelapa parut yang dicampur ngan sedikit garam dan gula. Makan sampai lebam. Bekpes hari ni pun kukus balik dan makan lagi.. Teringat time berpantang dulu kalau xde kuih ni atau apam bakar kat pasar ku moody sepanjang hari..kesian adik-adikku kena kerah beli kuih tetiap pagi...


p/s ; Oh cam biasa resepi gugel kat tenet dan Myresepi.com. :p



Oct 22, 2011

Nasi Dagang Dirantauan...

Salam..

Alhamdulillah baru pas makan tengah hari, menu special sikit hari ni sebab terlebih rajin. Seperti biasa hari sabtu hari tuk masak-masak maklumlah sehari suntuk dirumah je. Dah lama xbuat nasik dagang hari ni baru berkesempatan, setelah beberapa kali menahan diri, menahan diri dari amik nasi dagang tiap kali bekpes kat luar, hehehe berbaloi tunggu sampai hari ni... buat dalam 1/2 Kg je.

Resepi macam biasalah gugel kat tenet dan xlupa gak menelepon my mum kat Kg. Walaupun dah kali kedua buat tapi masih gak kena rujuk resepi dan rujuk mum takut silap masuk bahan kan rasa nasi beriani lak huhuhu...

Firstly haruslah buat sambal kelapa dia, xsah nasi dage kalu xdop sambal nih... dan rasanya salah satu perbezaan nasi dagang Kelate dan Teganu  ialah sambil ni lah selain beras nasinya. Teganu lebih prefer guna beras pulut putih, kalau kat Klate selalunya beras merah.

Biasanya lauk untuk nasi dagang selalunya ikan aya aka ikan tongkol, saya lebih suka masak gulai ayam je, sebab x tahan bau ikan masa nak siang 2....dan lagi satu ikan tongkol kat sini susah nak cari yang bahagian tengah nya warna hitam, yang tengah putih tu saya xsuka makan.. Kukus pun guna periok letrik je, susah jugak nak agak bila nak masak. Nasi pun xsecantik yang guna periuk kukus biasa..jadilah untuk makan sendiri..

Taraaaa masa tuk makan, huhu setelah lebih kurang pat jam menyepahkan dapur ni lah habuan dia, makan lak ngan telur rebus. Puas hati sebab leh bubuh sambal kelapa banyak-banyak. Bertuah jugak duk di perantauan ni xpasal2 pandai masak sendiri bila  terasa nak makan, kan..kalau la saya masih kat Kelate xde makna nye nak buat sendiri sume ni, tiap2 pagi pegi je pasar cabang 3 PC, macam2 nasi tuk bekpes ada tunggu hulur duit je...xpun cakap kat mum dua tiga kali ulang benda sama mesti dia buatkan :p






Oct 19, 2011

Ada Hati Nak Mengayuh Jugak...

Alahai anak daraku sorang ni, 
kaki baru panjang sejengkal ada hati gak nak mengayuh besikal besar dia..
selalunya naik dalam rumah je, itupun kalau bergerak kedepan xsampai semeter pon.. 
orang sebok berbasikal depan rumah dia pun mengokak nak kuar jugak,
nasib baik ada ayah ngah yang melayan..
kalau mama dia xkuasa nak melayan sangat, sebab mama pun sebok berlatih naik besikal mama gak :p

berhujung minggu dirumah saje :(

walaupun x berapa leh kayuh sampai 360 darjah lagi, tapi bila kat luar rumah laju je dia kayuh naik risau lak takut jatuh. sedang elok je cuaca haru tu xhujan berkesempatan lah nak main2 area rumah, dah lama xbagi dia kuar sebab asal petang je asyik hujan je kat sini.

macam ni la bila dah pandai naik lemak x bagi orang pegang or tolakkan sume nak buat sendiri...


Oct 10, 2011

X Jadian Nak Berjimba-jimba

Salam.

Semalam hari minggu yang diplankan untuk berjimba-jimba sempena besday girl..plan A hajat nak bawak budak kecik ni ke Zoo Negara, tapi kalau hujan ke plan B je ke Aquaria lak...tapi dua2 non hadoooo.. pagi2 weekend tuh en hubby g keja lu, macam besalah hari minggu pon kena gak g jenguk konsikong dia tu kalau tak rindu-rinduan lah kot..kata kejap je dekat kul 12 baru balik. :(

Sudahla abahnya balik lambat tetiba myra merengek-rengek je pagi tuh xtahula pasai pa, nak kuar main kat luar ke atau xsedap badan sebab badan dia rasa suam2 kuku je. Mama dah tawar hati nak g jenjalan sebab fikirkan yang mungkin myra nak demam. So lepas zohor baru kiteorang kuar. Juz kuar makan-makan sebab mama xmasak kata nak kuarkan...hehhe.

Ke the Mall sebab mama request nak makan Kenny Rogers, bukan budak besday girl yang request yee tapi mamanya yang hover, nasib en hubby turutkan je..tapi berbaloi la sebab myra nak juga makan nasi. Kalau x susah nak tengok dia makan nasi...no dessert for myra coz mama dah buatkan cake sendiri. 


Tahun ni xde beli pon kek besday tuk myra sebab mama dah buatkan oreo cheese cake. Tapi yang sedihnya mama xsempat nak deko2 lagi habis kek dikerjakan Myra. budak kecik ni dah pandai bukak peti ais sendiri..hohoho sekarang harus lebih berjaga-jaga.

Beginilah rupa kek yang telah di touch up oleh Myra. Geram sungguh nengoknya, hilang selera nak makan. Tak dapat nak bagi2 kat pengasuh dia, makan sendiri jelah. Inilah akibatnya bila mama baru tidur anak dah bangun...langsung xsedar bila masa dia buka fridge..huhuhu.

As a reward untuk besday girl yang xdapat g zoo dan aquaria...dapatlah main ni jer...tu pon dah suka kemain, tak nak turun lagi..memang hantu bendalah ni betul..asal jumpa mesti nak naik, tapi tengok jugak kalau yang jenis goyang kiri kanan tu memang kompen naik sekejap je, belum habis masa dah turun carik yang lain.. Next time lah kite g zoo ye sayang...


Lingkaran Bulan..

Malam tadi tengah main pusing2 ngan si merah, hubby suruh tengok bulan..lalu ku pon dongak ke atas, xde apa yang pelik ku lihat..then hubby cakap tengok betul-betul. So bila dilihat betul2 baru perasan ada lingkaran besar disekeliling bulan tu. Sangat cantik dan rasa macam seram juga, dalam hati dah pikir macam2..heheh.  
Rupanya itu dipanggil Lingkaran Halo. Terjadi disebabkan gejala alam berupa pembiasan cahaya bulan oleh titik-titik air saat terjadi kelembaban tinggi di langit, sehingga membentuk lingkaran semacam pelangi. 
terkagum2 sekejap sebab festime tgk. Then ku gugel2 la benda alah ni nak tahu cerita lanjut, ada yang cakap sebelum2 ni bila terjadi nya lingkaran halo ni akan ada Tsunami..Wallahuallam..

ni gambar yang di ambik oleh en hubby guna ipong je sebab tu x kejelasan sangat.
ni lak gambar yang berjaya di gugel, macamni la rupa dia bila tengok live...

Sungguh besarkan kejadian tuhan, tak tercapai dek akal fikiran manusia.... 
semoga kita dilindungiNya di dunia dan akhirat..
aminnnn....

Oct 8, 2011

I,m a Big-Big Girl

Syukur Alhamdulillah dah besar rupanya anak mama. Happy 2 years my dear Nur Humaira Qaisara.
Tiada lain doa yang selalu MamAbah panjatkan semoga kamu baik-baik sentiasa sihat sejahtera. 
Di tajamkan akal fikiran dan menjadi anak yang solehah, 
berbakti pada orang tua serta disenangi dunia dan akhirat.

Kamu adalah harta MamAbah dunia akhirat, 
sesungguhnya kehadiranmu adalah hadiah yang terbesar dalam hidup MamAbah, buah cinta kami. 
Terima kasih Ya Allah atas anugerahMu. 
Walaupun takde majlis yea sayang tuk tahun ni, 
tapi InsyaAllah nanti hujung minggu kita berjimba-jimba together2, 
hopefully abah x busy..
Happy 2nd birthday sayangku myra... Love you so much...
be gud gal ya..don noty2..

Oct 3, 2011

Our Third Anniversary..

Alhamdulillah usia pernikahan kami dah menjangkau 3 tahun tanggal 03.10.2011 hari ini...terkenang 3 tahun yang sudah tarikh ini merupakan hari yang paling dinanti-nanti setelah 3 tahun bercintan cintun....tapi macam2 hal la plak yang berlaku sebelum upacara akad nikah tu...huhu. Masih segar di ingatan gitu, hehehe..Apapun syukur semuanya selesai jua dengan izinNya..

Xde celeberate kat mana-mana juz makan-makan kat rumah je, kebetulan ibu dan bapa mertua mau datang bersama BIL sefamily malam ni, harusla tuan rumah yang memasak..xpe mak ok jer..hihihi. Balik dari kerja tadi terpaksa la membanting tulang sikit, masak n mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Kain baju yang bertimbun membukit xberlipat, adoiiila..mengharapkan En Hubby balik kerja awal tapi nan hadoooo...malam jugak sampai rumah..

Sempena ulang tahun yang ketiga ni sangat berharap semoga kasih sayang makin bertambah-tambah, namo gaduh2 dah, gaduh manja2 xpe, semoga kebahagian sentiasa mengiringi kite, dikurniakan anak rezeki dan kesihatan yang baik, n thanks suami untuk segala-galanya, jadi suami dan ayah terbaik buat kami, sayang sangat sama kamu... K meh nak sharekan doa untuk suami isteri. Semoga memberi manfaat buat semua...
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhkan kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan kami teladan yang baik bagi manusia dan zuriat2 kami.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkanlah hati kami, 
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin


p/s : dear hubby...thanks tuk si merah...harap sangat semoga ayang x mengecewakan abang...doakan isterimu...