alang-alang hubby ajak masuk bandar, saya pun usulkan lah apa kata makan nasi ikan singgang...
terus perut rasa makin lapar teringat ikan rebus goreng, nasi panas dan budu...
nasib baik hubby on je, sebab dia pun dah lama tak makan...
datang awal malam tadi dapat parking dekat. suka xpayah jalan jauh.
Kat sini semua kedai menu utama diorang ikan singgang, tapi kedai yang ni lah paling ramai customer.
kebanyakan customer tentulah ore kelate nama dah makane ore kelate.
walaupun kedai macam gerai tepi jalan je, tengok customer yang datang macam orang2 korporat, kadang2 artis pon ada. Nama kedai pon dah suka ramai tentulah ramai yang suka kot...
kedai lain yang sebelah-sebelah dia cian lak tengok staff dia leh duk relek tengok tb lagi.
tapi kalu nak makan mihun celup saya suka g kedai sebelah, sebab somtan pon ada.
Ni je yang kami order, cukuplah makan dua orang. Myra lak tido je kejut pon xnak bangun.
ikan singgang dan ayam goreng kunyit siap boleh bungkus bawak balik lagi sebab x luak pun.
Hubby je makan ikan singgang saya makan kuah je sebab ikan kembung saya kureng sikit.
Kalau ikan aya aka ikan tongkol haruslah saya makan banyak.
Berselera betul kami makan, lama dah xmakan macam ni macam makan kat rumah mak kite je.
lagi-lagi ada budu ngan ikan rebus goreng. Pergghhhh telan liur pulak teringat...
Hubby cakap nanti nak ajak kengkawan dia lak makan kongsi rezeki CNY katanya....
p/s : xsabar tunggu esok balik kampung lagi...
Jan 20, 2012
Kek Pisang Ekpress
ni buat petang kelmarin tengok ada pisang banyak lagi,
sebelum balik kampung marilah kite clearkan stock
maka jadilah kek pisang..
ketung ketang ketung ketang lepas maghrib, dah siap dibakar..
bila rajin sikit, letih2 balik kerja pun semangat lagi nak buat kek..hihihi
cuba time malas....
nak masak nasi pon mak aihhhhh malaihhh sangat nak gerak..
lately saya sangat malas nak masak, asal balik opis je rasa nak melepek.
sambil tengok channel 393..
hari ni ada running man maka mengadap tv lagilah jawabnye.
>_<
Jan 17, 2012
Diary 2012
Salam...
yeaaa hari ni dapat diary yang gomen bagi kat stafff dia...
sepanjang keja gomen baru 2x dapat..
2009 dapat..
2010 x dapat..
2011 pon x dapat..
2012...dapat pulak...
thank u gomen....
(kesukaan padahal xtahu nak tulis pebenda)
Jan 13, 2012
Balek Kampung
Sempena cuti krismas lepas kami balik kampung without En Hubby. Huhuhu cian Abah selalu je kena tinggal ngan mama dan adik, bab balik kg laju je bini dia. Dah nak buat macamne hubby kerja sokmo orang public holiday pon dia kerja gak. So xnak anak isteri bosan kat rumah terpaksa rela la melepaskan kami balik kg. Walaupun tanpa hubby tetap gak seronok cuma yang xseronoknya nak g mana-mana dah tak de driver..hihihi
Kami balik naik bas je, festime myra naik bas, dah alang-alang ateh ngan ayah nik myra aka adik-adik saya pun nak balik Kelate saya pon join lah sekali. Allhamdulillah Myra sangat behave dalam bas cuma mulut dia je xreti duk diam sikit. Sume bunyi dia dengar nak ajuk sampaikan bunyi viper bas pun dia duk ajuk gak.
festaim balik kelete naik bas sejak ada myra.. |
nasib ada adik-adik, boleh begilir2 pegangkan myra dan layan budak kecik ni menyanyi | .. |
bertolak dari stesen bas putra kul 9.30 pagi dan selamat sampai PC kul 6.30 petang. Sementara tunggu tok ayah myra datang amik sempat beli nasi Kukus Haikal yang asyik la duk teringat2 je nak makan. Hihihi terbalas sudah..
Tiap kali nak balik kampung dalam kepala xde benda lain pk nak makan je, diet pon sanggup tolak tepi. Walaupun xkesemua dapat di makan tapi yang penting balik ari tu sempat gak merasa bubur asyura daging. huhuhu susah tul nak jumpa makanan ni dalam setahun nasib balik time balik tul still bulan Muharram ada lagi la orang buat bubur Asyura ni, rezeki la tu..
daging dia banyak...sedapp.. |
Ni pulak aktiviti adik beradik, ajak diaorang buat apam polka dot. Gigih bawak alat dan bahan dari KL..hihihi xsempat masak sume adik bongsu dan angkut bagi kekawan dia..
pewarna warna ni je yang ada kat rumah ma... |
Dah alang-alang bawak balik acuan lompang tu, saya buat jugak apam tepung beras my feberet ever.. konon-konon nak ajar ma la manatau esok2 saya bersalin lagi buleh wat sendri bukan payah pun xpayah la susah payah nak cari kat pasar makanan dalam pantang saya ni. Tapi hampeh dia xmasuk dapur pon time saya buat ni ralik duk menjahit. So yang jadi mangsa ayah nik myra la yang kena belajar, walaupun lelaki tapi suka na menyibuk time orang buat kuih. Lepas tu dia lak yang g terangkan kat ma cara-cara macamne nak buat..lawak lak.
yang ni buat kat rumah KL time buat kat rumah pc lupa lak nak berposing..;p lebih kurang je pun.. |
Dan yang paling best aktibiti anak beranak ni...pakai inai daun siap balut ngan plastik lagi xnak bagi tercabut. Myra pon sporting je bagi tangan dia pakai jugak. langsung dia x mintak cabut. Tapi mama cabutkan jugak lak takut nanti kecut lak jari jemari dia, kite yang tua ni xpe lah. time cabut tu pon dah kul 3 pagi tapi mujur merah jugak.
ramai betul yang nak tolong pakaikan kat budak kecik ni.. |
ibu dan anak - mengalahkan orang nak kawen |
yea dah siap.. |
nak mengusik orang konon... |
Tiap-tiap pagi dan petang aktiviti mama masa balik kampung lak main badminton konon nak pecahkan lemak sebab makan x hengat. Tengah-tengah sakit pinggang pon belasah maih jugak, ingatkan sakit biasa je. Myra lak sibuk duk kejar arnab jiran, bagi makan la, nasib xdapat kat dia kalau x rasa kene penyet dek myra la arnab tu.
Sempat gak balik rumah tok abah aka FIL semalaman, bagi tok abah dan tok ma jumpa cucu dia. nak duk lama-lama pon mama xde kawan lak kat sana, myra xpelah geng ramai. Sempat gak mama g jenjalan KB makan mihun sup, cuci-cuci mata kat pasar malam cabang tiga..Yang bestnya balik sendirik tanpa hubby ni leh duk rumah PC lama-lama, kalau balik sesama haruslah gilir2. Masa pun banyak gak habis kat jalan raya je..
Balik kl kami berdua je, hubby suh naik flight xdelah lama sangat perjalanan nanti. Flight kul 10.10 mlm sekali di tunda 11.40 mlm. memcabar ok balik flight lewat dengan anak mengantuk. Ni festime myra fly ngn seat sendiri, memula nak pakaikan belt dia dah meraung dan meragam sebab dan ngantuk sudahnya tido kat riba je, terasa kerugian kat situ. Sampai LCCT dak myra xnak bangun lak terpaksa kejutkan ngan lap muka dia guna wet tissue. Apalagi start la dia meragam lak, meragam dan xnak berjalan. Seksa mama ok, dah la beg segala dah hampir 15 kg, campur awak lak lebih kurang 10 kg. hazab sangat mama dengan sakit pinggang lagi jauh nak jalan lagi rasa nak menangis kat situ jugak. Serik rasanya, better naik bas lagi kot kalau macam ni...
sekian saja catatan balik kampung saya..harap2 CNY en hubby dapat cuti, nak balik kampung lagi...
x bole blah main pakai jubah..hahahha |
Balik kl kami berdua je, hubby suh naik flight xdelah lama sangat perjalanan nanti. Flight kul 10.10 mlm sekali di tunda 11.40 mlm. memcabar ok balik flight lewat dengan anak mengantuk. Ni festime myra fly ngn seat sendiri, memula nak pakaikan belt dia dah meraung dan meragam sebab dan ngantuk sudahnya tido kat riba je, terasa kerugian kat situ. Sampai LCCT dak myra xnak bangun lak terpaksa kejutkan ngan lap muka dia guna wet tissue. Apalagi start la dia meragam lak, meragam dan xnak berjalan. Seksa mama ok, dah la beg segala dah hampir 15 kg, campur awak lak lebih kurang 10 kg. hazab sangat mama dengan sakit pinggang lagi jauh nak jalan lagi rasa nak menangis kat situ jugak. Serik rasanya, better naik bas lagi kot kalau macam ni...
sekian saja catatan balik kampung saya..harap2 CNY en hubby dapat cuti, nak balik kampung lagi...
p/s ; putu halba dan meggi ketam xsempat g nak makan...:(
Jan 6, 2012
I'm Sick
Yup saya yang sakit bukan myra dan bukan juga abah myra...semalam MC hari ni ambil Cuti Rehat lak.
Huhuhu awal tahun dah ada MC dan Cuti, rekod buruk nih.
Dah lama xsakit macam ni, dugaan betul.
xtahulah nape boleh sakit. sakit pinggang, belakang dan pinggul yang amat.
seingat saya xde pon terjatuh sejak dua menjak ni.
xleh nak bergerak sangat, nak duduk sakit, bangun lagi la sakit.
time tido nak pusing kiri kanan punyalah seksa.
sembahyang pon duduk je, yelah nak rukuk pon xdaya.
Menangis sensorang dan2 tu jugak rasa nak balik kampung ingatkan ma.
Cengen lagi walau dah anak sorang :p
Pegi jumpa doktor, makan ubat xde perubahan apa-apa pon.
Memang nak kena mengurut jugak.
Nasib baik ada orang indon yang kerja ngan hubby ada yang pandai mengurut.
Lepas mengurut alhamdulillah, esokknya makin sihat tapi pinggul still sakit...
ingat kena mengurut lagi sekali lah besok.
Sebenarnya sakit pinggang dan belakang ni dah lama sebelum krismas lagi
tapi buat tak tahu je la ingatkan sakit biasa, tapi melarat2 lak sampai xleh nak gerak.
seksa sungguh dengan myra lak yang nak merengek-rengek lompat2 atas perut, nak itu nak ini.
sabar tul.
Tapi sekarang syukur ku makin sihat dah boleh buat kerja rumah sendiri sikit2 kalau x terpaksa
nyusahkan En Hubby lagi...hihihi
p /s : Terima kasih ya Allah andai Kau duga aku begini untuk memiliki rezekiMu yang lebih hebat..
aku redha...
Jan 4, 2012
Bersteamboat Secara Berjemaah
Ini adalah siaran tertunda tahun lepas (17/12/11).
Kami beramai-ramai makan steamboat kat Flaming Steamboat Sunway Branch.
Dan ini adalah FREE ditaja sepenuhnya oleh opismate HB..sempena apa ntah tak ku ingat tapi semoga bertambah lagi rejeki dia. Amin...
Disebabkan kami sesat maka agak terlewat sikit sesampainya terus melantak, yang lain-lain dah selamat 2,3 round kot.
Best sangat macam2 ada, binatang yang xku kenal dan xpernah ku tahu wujud pon ada, walaupun saya bukanla penggemar seafood tapi tatap la best tengok diaorang makan.
3,4 kali duk ulang amik binantang2 dalam peti..sampai ngan bekas pon bawak ke meja.
Hehehe saya makan sikit je takut pening lak lepas tu nak-nak kalau makan sotong.
Hubby...
: : orang yang xleh makan seafood tapi makan sampai x hingat : :
: : ateh dan ayah nik Myra yang kebetulan datang KL : :
: : myra makan aiskrim jelah dia tahu : :
wajah -wajah yang hadir pada malam tersebut..dan saya adalah makan paling sikit. Hubby cakap rugi bawak saya. Haha boley dikira berapa ekor je yang saya makan selebihnya makan buah je, tembikai dan nenas, air je bertambah 3, 4 kali...
: : dan ini adalah aiskrim saya : :
walaupun x sesedap mana tapi yang ni je boleh masuk tekak tanpa rasa was-was. c( :
dan ini budak hujung2 baru nak berkawan, bila dah jumpa kawan semua makanan tolak tepi..
aisshhh bila la nak berubah dak myra ni susah betul nak bagi makan dia
jeles tengok budak sebelah dia yang chubby tu comel....
Lepas makan terus balik rumah xde singgah mana-mana ater perut kenyang mata pon mulalah ngantuk.
Insyaallah nanti akan terjah lagi mungkin kat branch laik pulak dan dengan orang lain lak..
Lepas makan terus balik rumah xde singgah mana-mana ater perut kenyang mata pon mulalah ngantuk.
Insyaallah nanti akan terjah lagi mungkin kat branch laik pulak dan dengan orang lain lak..
Jan 3, 2012
Entry 1st (2012)
Assalam...
uwarghhhh lama gila x apdet blog, saya sangat busy pada minggu2 terakhir 2011...nak nagadap blog pon hati talak senang ingat kerja je...(adehh koya banyak kerja la plk) Tapi terjah blog orang boleh plak kan..emang dasar aku yang malas sebenarnya...hihihi
Sebelum semangat tahun baru dah suam-suam kuku, ku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua...semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya, dan segala memori xkira pahit or manis di 2011 tersemat kemas dingatan..Dan ku doakan juga semoga tahun 2012 kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, menjadi insan yang lebih soleh dan solehah serta di berkatiNya sepanjang masa.
uwarghhhh lama gila x apdet blog, saya sangat busy pada minggu2 terakhir 2011...nak nagadap blog pon hati talak senang ingat kerja je...
Sebelum semangat tahun baru dah suam-suam kuku, ku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua...semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya, dan segala memori xkira pahit or manis di 2011 tersemat kemas dingatan..Dan ku doakan juga semoga tahun 2012 kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, menjadi insan yang lebih soleh dan solehah serta di berkatiNya sepanjang masa.
~pix disponser en google~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)