Ini adalah siaran tertunda tahun lepas (17/12/11).
Kami beramai-ramai makan steamboat kat Flaming Steamboat Sunway Branch.
Dan ini adalah FREE ditaja sepenuhnya oleh opismate HB..sempena apa ntah tak ku ingat tapi semoga bertambah lagi rejeki dia. Amin...
Disebabkan kami sesat maka agak terlewat sikit sesampainya terus melantak, yang lain-lain dah selamat 2,3 round kot.
Best sangat macam2 ada, binatang yang xku kenal dan xpernah ku tahu wujud pon ada, walaupun saya bukanla penggemar seafood tapi tatap la best tengok diaorang makan.
3,4 kali duk ulang amik binantang2 dalam peti..sampai ngan bekas pon bawak ke meja.
Hehehe saya makan sikit je takut pening lak lepas tu nak-nak kalau makan sotong.
Hubby...
: : orang yang xleh makan seafood tapi makan sampai x hingat : :
: : ateh dan ayah nik Myra yang kebetulan datang KL : :
: : myra makan aiskrim jelah dia tahu : :
wajah -wajah yang hadir pada malam tersebut..dan saya adalah makan paling sikit. Hubby cakap rugi bawak saya. Haha boley dikira berapa ekor je yang saya makan selebihnya makan buah je, tembikai dan nenas, air je bertambah 3, 4 kali...
: : dan ini adalah aiskrim saya : :
walaupun x sesedap mana tapi yang ni je boleh masuk tekak tanpa rasa was-was. c( :
dan ini budak hujung2 baru nak berkawan, bila dah jumpa kawan semua makanan tolak tepi..
aisshhh bila la nak berubah dak myra ni susah betul nak bagi makan dia
jeles tengok budak sebelah dia yang chubby tu comel....
Lepas makan terus balik rumah xde singgah mana-mana ater perut kenyang mata pon mulalah ngantuk.
Insyaallah nanti akan terjah lagi mungkin kat branch laik pulak dan dengan orang lain lak..
Lepas makan terus balik rumah xde singgah mana-mana ater perut kenyang mata pon mulalah ngantuk.
Insyaallah nanti akan terjah lagi mungkin kat branch laik pulak dan dengan orang lain lak..
No comments:
Post a Comment