Sempena cuti krismas lepas kami balik kampung without En Hubby. Huhuhu cian Abah selalu je kena tinggal ngan mama dan adik, bab balik kg laju je bini dia. Dah nak buat macamne hubby kerja sokmo orang public holiday pon dia kerja gak. So xnak anak isteri bosan kat rumah terpaksa rela la melepaskan kami balik kg. Walaupun tanpa hubby tetap gak seronok cuma yang xseronoknya nak g mana-mana dah tak de driver..hihihi
Kami balik naik bas je, festime myra naik bas, dah alang-alang ateh ngan ayah nik myra aka adik-adik saya pun nak balik Kelate saya pon join lah sekali. Allhamdulillah Myra sangat behave dalam bas cuma mulut dia je xreti duk diam sikit. Sume bunyi dia dengar nak ajuk sampaikan bunyi viper bas pun dia duk ajuk gak.
festaim balik kelete naik bas sejak ada myra.. |
nasib ada adik-adik, boleh begilir2 pegangkan myra dan layan budak kecik ni menyanyi | .. |
bertolak dari stesen bas putra kul 9.30 pagi dan selamat sampai PC kul 6.30 petang. Sementara tunggu tok ayah myra datang amik sempat beli nasi Kukus Haikal yang asyik la duk teringat2 je nak makan. Hihihi terbalas sudah..
Tiap kali nak balik kampung dalam kepala xde benda lain pk nak makan je, diet pon sanggup tolak tepi. Walaupun xkesemua dapat di makan tapi yang penting balik ari tu sempat gak merasa bubur asyura daging. huhuhu susah tul nak jumpa makanan ni dalam setahun nasib balik time balik tul still bulan Muharram ada lagi la orang buat bubur Asyura ni, rezeki la tu..
daging dia banyak...sedapp.. |
Ni pulak aktiviti adik beradik, ajak diaorang buat apam polka dot. Gigih bawak alat dan bahan dari KL..hihihi xsempat masak sume adik bongsu dan angkut bagi kekawan dia..
pewarna warna ni je yang ada kat rumah ma... |
Dah alang-alang bawak balik acuan lompang tu, saya buat jugak apam tepung beras my feberet ever.. konon-konon nak ajar ma la manatau esok2 saya bersalin lagi buleh wat sendri bukan payah pun xpayah la susah payah nak cari kat pasar makanan dalam pantang saya ni. Tapi hampeh dia xmasuk dapur pon time saya buat ni ralik duk menjahit. So yang jadi mangsa ayah nik myra la yang kena belajar, walaupun lelaki tapi suka na menyibuk time orang buat kuih. Lepas tu dia lak yang g terangkan kat ma cara-cara macamne nak buat..lawak lak.
yang ni buat kat rumah KL time buat kat rumah pc lupa lak nak berposing..;p lebih kurang je pun.. |
Dan yang paling best aktibiti anak beranak ni...pakai inai daun siap balut ngan plastik lagi xnak bagi tercabut. Myra pon sporting je bagi tangan dia pakai jugak. langsung dia x mintak cabut. Tapi mama cabutkan jugak lak takut nanti kecut lak jari jemari dia, kite yang tua ni xpe lah. time cabut tu pon dah kul 3 pagi tapi mujur merah jugak.
ramai betul yang nak tolong pakaikan kat budak kecik ni.. |
ibu dan anak - mengalahkan orang nak kawen |
yea dah siap.. |
nak mengusik orang konon... |
Tiap-tiap pagi dan petang aktiviti mama masa balik kampung lak main badminton konon nak pecahkan lemak sebab makan x hengat. Tengah-tengah sakit pinggang pon belasah maih jugak, ingatkan sakit biasa je. Myra lak sibuk duk kejar arnab jiran, bagi makan la, nasib xdapat kat dia kalau x rasa kene penyet dek myra la arnab tu.
Sempat gak balik rumah tok abah aka FIL semalaman, bagi tok abah dan tok ma jumpa cucu dia. nak duk lama-lama pon mama xde kawan lak kat sana, myra xpelah geng ramai. Sempat gak mama g jenjalan KB makan mihun sup, cuci-cuci mata kat pasar malam cabang tiga..Yang bestnya balik sendirik tanpa hubby ni leh duk rumah PC lama-lama, kalau balik sesama haruslah gilir2. Masa pun banyak gak habis kat jalan raya je..
Balik kl kami berdua je, hubby suh naik flight xdelah lama sangat perjalanan nanti. Flight kul 10.10 mlm sekali di tunda 11.40 mlm. memcabar ok balik flight lewat dengan anak mengantuk. Ni festime myra fly ngn seat sendiri, memula nak pakaikan belt dia dah meraung dan meragam sebab dan ngantuk sudahnya tido kat riba je, terasa kerugian kat situ. Sampai LCCT dak myra xnak bangun lak terpaksa kejutkan ngan lap muka dia guna wet tissue. Apalagi start la dia meragam lak, meragam dan xnak berjalan. Seksa mama ok, dah la beg segala dah hampir 15 kg, campur awak lak lebih kurang 10 kg. hazab sangat mama dengan sakit pinggang lagi jauh nak jalan lagi rasa nak menangis kat situ jugak. Serik rasanya, better naik bas lagi kot kalau macam ni...
sekian saja catatan balik kampung saya..harap2 CNY en hubby dapat cuti, nak balik kampung lagi...
x bole blah main pakai jubah..hahahha |

p/s ; putu halba dan meggi ketam xsempat g nak makan...:(
No comments:
Post a Comment