Apr 27, 2012

Kuih Kasturi, Kek Alunan Kasih dan Makanan Yang Tak Kutahui Nama...:p

Assalamualaikum...

Seriusly sepanjang minggu ni saya xmasak langsung, last masak adalah sabtu lepas, itupun masak nasi dan telur kicap je untuk kami dua beranak....huhuhu terasa diriku isteri yang paling malas didunia...kesian en suami. Tak tahulah kenapa mood nak memasak tu xdatang2 sampai sekarang tapi saya suka nak buat kuih muih pulak. Dalam kepala otak macam-macam nak buat, rindu nak buat apam polka dot, rindu nak buat apam snow white, teringin nak buat cheese tart, kek coklat, pulut pagi dan banyak lagi..

So untuk tidak menampakkan sangat kemalasan saya, hari tu saya ada buat Kuih Kasturi. Kebetulan ada banyak lagi  kacang hijau yang dah direbus lebihan masa buat bubur durian minggu lepas. Dari membazir eloklah buat sesuatu. Resepi macam biasalah gugel kat tenet, dapatlah 2 kali buat. Walaupun rupa tidaklah secantik mana tapi En suami cakap dah lulus, cuma termanis sikit. Haha xsangka saya buleh buat sendiri kuih kasturi ni..huhuhu dulu masa duk kg kalau nak makan xpayah susah2 nak buat beli je. Tapi inilah istimewa kalau duk perantauan kan cehhhh macamla duk luar negara yang xbiasa kita buat xmustahil kite boleh buatkan.
Kuih Kasturiku Yang Comot
Dan semalam pula berjaya buat kek alunan kasih.. Rasanya dah banyak kali kot buat kek ni sebab bahan bahannya senang, sedap dan mudah menjadi. Tapi ntah kenapa semalam agak basah sikit, mungkin sebab lambat sangat kot bakar, yelah lepas siap bancuh boleh pulak pegi pasar malam dulu sampai terlupa kek belum bakar lagi.

Kek Alunan Kasih Yang Xberapa nak beralun...
Oh hari tu xingat dah bila, kawan en Somi ada bagi makanan ala-ala makanan cina tu xtahulah pulak namanya apa. Tanye hubby pon dia xtahu gak nama apa lupa nak tanya katannye. Adalah 3 pax dia bagi lain2 jenis, sebab xthu macamne nak masak so saya agihkan kat jiran2 dan bagi juga kat my sil tinggalkan sedikit untuk kami sekeluarga. Saya agak je benda tu kena kukus so my sil kukus lah. Sedap pulak rasanya makan yang my sil kukus. Rasa ada sayur dan juga ayam dalam tuh, makan ngan pencicah. Tapi saya macam biasalah kalau makanan pelik2 ni xberani nak makan banyak..
X tahu nama dia tapi sedap..:p
Hari ni saya rajin sikit nak memasak sebabnya ada tamu nak datang ke rumah, jadi balik masa rehat tadi sempatla masak simple2, sayur lemak dan ayam masak merah je, ulam dan budu sebagai penambah selera.:) Huhu tetamu pon bukan orang lain pun my sista dan kawannya. Dan yang pasti esok saya akan sibuk memasak kembali, ada orang suruh masakkan nasi kerabu untuk 40 orang makan...hew...hew..hew...mencabar jugak nih. Mungkin saya hanya tolong sikit2 je monitor apa yang patut nanti budak dua orang tu lah yang akan buat sume kerja. Semoga esok semuanya berjalan lancar dan 'menjadi'..

Apr 26, 2012

Masuknye Minggu Ke 20+++

Salam..

Hari ni ada appointment ngan doktor, sebenarnya bukan appointment tapi tetiba di panggil pergi PPAT jumpa doktor. Tapi memang berhajat nak jumpa doktor jugak kalau xdipanggil pon sebab dah 3 hari saya batuk. Sakit sangat dada time batuk tu kadang2 boleh bawak terkucil jugak. Bila cakap kat doktor kite batuk terus dia check rupanya tonsilku juga membengkak. Patutlah rasa keras je kat tekak ni. Makanya dapat ubat sebeban. Berbelah bagi pulak nak makan ke tidak. Alhamdulillah hanya perjumpaan rutin biasa, juz dia nak ekplen pasal result test darah yang ambil 2 minggu sudah. Resultnya pun okey je.
Ubat batuk dan Antibiotik
Antibiotik yang kena dihabiskan semua..T_T
Sehingga hari ni my baby dah masuk 21 week..huhu19 week to go.. dan merupakan kali ketiga lah saya berkunjung ke PPAT untuk bulan ni saja. bos pon dah pelik apasal kerap benar saya g klinik nih. Memang peknen sekarang banyak kena jumpa doktor ekkkk, seingat masa peknen kan myra dulu sekali je jumpa doktor, masa baru-baru peknen, pastu bila dekat-dekat nak bersalin tu pon sebab nak amik MC :p

Tapi sekarang katanye nurse, kena banyak sesi berjumpa doktor.. yang xbestnya jumpa doktor ni punyalah lama menunggu, jumpa doktor xsampai pon 5minitnya...sebelum ni saya pegi kul 8.30 pagi kul 11 lebih baru siap, dan hari ni saya pegi kul 10 pagi dekal kul 12.30 baru siap. Ingatkan pergi lambat sikit xde la orang tapi sama je. hukhukhuk...dahla mak buyung ni xberapa sihat kena lak menungu lama.

2 minggu lapas dah 2 kali jugak saya ke klinik, hari isnin untuk minum air gula dan hari rabu untuk monthly checkup. Festime lah kena minum air gula aka glukose ni. Peknen yang dulu xkena minum pun sebab parents xde kencing manis. Tapi start tahun ni sesiapa yang peknen umur 25 ke atas memang wajib minum 3kali. Redha je lah.

Glukose aka air gula
macam air mirinda dah rupanya




huhu seram jugak bila dengar kena minum air gula ni, sebab dengar macam2 cite dah tentang ketidaksedapan dia tuh. Tapi nasib baik air gula sekarang dah ada perisa dan warna, lalu la skit nak menelannya. Tapi yang xtahannya malam tu kena start puasa, pastu kena amik darah sebelum dan selepas minum glukose tu. Dah la masa minum glukose tu  kena habiskan dalam masa 5-10 minit dan masih xleh makan or minum apa2 sampai ckup 2 jam untuk amik darah kali kedua...seksa jugak la nak tunggu 2 jam tu tekak rasa loya je, hehe saya curi gak minum seteguk dua air masak nak bagi rasa manis tu hilang. So dua kali lagi la saya kena hadap benda ni. Next kena minum air gula adalah 11 jun 2012, lebam lagi la dua2 belah lengan saya...



ps : PPAT means for Pusat Perubatan Angkatan Tentera.

Apr 25, 2012

Ikut Pangai Sape Lah Ni...

Salam....
 
(kejadian beberapa malam yang lepas) 

adoiiiiyaiii anak puan sore ni macam2 pangainye...
tengah khusyuk kami tiga beranak duk makan tetiba dia bangun dan cakap...
"adik xlarat duduklah mama shakit orat"
hahahaha kelakar tergelak kami laki bini...
duduk makan pon boleh letih ke...aptb....
sudahnya makan sambil meniarap :p
lantak kamu lah anak weh asal kamu nak makan je....



Apr 5, 2012

Senyum Sampai Telinga :)

Salam.

 Senyum xperlu kata apa-apa...senyum...
lalalala hati gumbira xterkata bila hajat hati diperkenankan dan jadi reality pulak..
senyum samapai telinga gitu..
dalam entry lepas duk ngiyau-ngiyau nak kamera baru macam tu,
alih-alih tak disangka dapat lak masa jalan2 cuci mata weekend baru ni,
walaupun xde warne pink rembat jugaklah time orang nak bagi ni...hehehe
tujuan ronda-ronda Pertama Comp nak servey benda lain samsung galaxy note tapi dapat benda lain...:p
thanks hubby cayang, i lep u veri muc laaa...
nampaknya bulan depan mama dah xdapatla hadiah birthday kan..kan...
xpelah dapat yang ni pun mama dan puas hati syukur + happy sangat..
tapi kalau nak bagi lagi pon apa salahnye..
( masih duk teringat-ringat lagi ni galaxy note putih tu....hihihi )

muka happy dapat apa yang dihajati...


Apr 4, 2012

Selalu Sakit Sakit :(

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni mama selalu je tak sihat, ade je rasa yang xsedap badan..
orang peknen selalunya macam tu lah kott..
sakit dada la, susah nak bernapas la, tensen sikit mesti sakit kepala, 
sekarang dah batuk-batuk lak..:(
kalau bab makan lak
salah makan sikit or kurang minum air lak mesti masa nak 'uk-uk' jadi sembelit seksa nau....
kadang-kadang kencing macam x lawas jek..:(
lau lambat makan pun masalah jugak satu hari tu mesti ada adegen muntah-muntah bila masuk makanan.
masalah geli tekak pun menjadi-jadi time peknen nih, 
pun leh buat mama muntah-muntah gak, walaupun sekarang dah nak masuk 5 bulan.
alahan macam xleh bau, xleh makan apa2 tu xde masalah lah pulak...
kalau ada pun selalunya boleh ditahan lagi
ni belum masuk bab sakit-sakit urat, kekejangan yang datang tetiba tu...
mungkin hujung-hujung peknen baru ada kot, kalau xde Alhamdulillah..
sesetengah orang peknen tu sihat je xde apa2 masalah, makan pon berselera je untungla dia..
tapi Alhamdulillah walaupun sakit-sakit masih boleh pergi kerja, masih boleh buat kerja rumah...
takdelah sampai kene warded or melembik je sehari suntuk,
sesetengah orang tu sampai xleh bangun berhari-hari, xleh nak makan nasi...mintak jauh lah....
walauapapun sakit tu kadang-kadang ada hikmatnya lebih buat kite mengingatiNya.. 
sakit itu kifarah, penghapus dosa-dosa kecil
harus sentiasa redha dan bersabar atas ujiaNya. (ingatan untuk diri sendiri ni)

petikan dari iluvislam.com
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya. "Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.