Apr 4, 2012

Selalu Sakit Sakit :(

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni mama selalu je tak sihat, ade je rasa yang xsedap badan..
orang peknen selalunya macam tu lah kott..
sakit dada la, susah nak bernapas la, tensen sikit mesti sakit kepala, 
sekarang dah batuk-batuk lak..:(
kalau bab makan lak
salah makan sikit or kurang minum air lak mesti masa nak 'uk-uk' jadi sembelit seksa nau....
kadang-kadang kencing macam x lawas jek..:(
lau lambat makan pun masalah jugak satu hari tu mesti ada adegen muntah-muntah bila masuk makanan.
masalah geli tekak pun menjadi-jadi time peknen nih, 
pun leh buat mama muntah-muntah gak, walaupun sekarang dah nak masuk 5 bulan.
alahan macam xleh bau, xleh makan apa2 tu xde masalah lah pulak...
kalau ada pun selalunya boleh ditahan lagi
ni belum masuk bab sakit-sakit urat, kekejangan yang datang tetiba tu...
mungkin hujung-hujung peknen baru ada kot, kalau xde Alhamdulillah..
sesetengah orang peknen tu sihat je xde apa2 masalah, makan pon berselera je untungla dia..
tapi Alhamdulillah walaupun sakit-sakit masih boleh pergi kerja, masih boleh buat kerja rumah...
takdelah sampai kene warded or melembik je sehari suntuk,
sesetengah orang tu sampai xleh bangun berhari-hari, xleh nak makan nasi...mintak jauh lah....
walauapapun sakit tu kadang-kadang ada hikmatnya lebih buat kite mengingatiNya.. 
sakit itu kifarah, penghapus dosa-dosa kecil
harus sentiasa redha dan bersabar atas ujiaNya. (ingatan untuk diri sendiri ni)

petikan dari iluvislam.com
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya. "Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

No comments: