Hari ni ada appointment ngan doktor, sebenarnya bukan appointment tapi tetiba di panggil pergi PPAT jumpa doktor. Tapi memang berhajat nak jumpa doktor jugak kalau xdipanggil pon sebab dah 3 hari saya batuk. Sakit sangat dada time batuk tu kadang2 boleh bawak terkucil jugak. Bila cakap kat doktor kite batuk terus dia check rupanya tonsilku juga membengkak. Patutlah rasa keras je kat tekak ni. Makanya dapat ubat sebeban. Berbelah bagi pulak nak makan ke tidak. Alhamdulillah hanya perjumpaan rutin biasa, juz dia nak ekplen pasal result test darah yang ambil 2 minggu sudah. Resultnya pun okey je.
Ubat batuk dan Antibiotik Antibiotik yang kena dihabiskan semua..T_T |
Sehingga hari ni my baby dah masuk 21 week..huhu19 week to go.. dan
merupakan kali ketiga lah saya berkunjung ke PPAT untuk bulan ni saja.
bos pon dah pelik apasal kerap benar saya g klinik nih. Memang peknen sekarang banyak kena jumpa doktor ekkkk, seingat masa peknen kan myra dulu sekali je jumpa doktor, masa baru-baru peknen, pastu bila dekat-dekat nak bersalin tu pon sebab nak amik MC :p
Tapi sekarang katanye nurse, kena banyak sesi berjumpa doktor.. yang xbestnya jumpa doktor ni punyalah lama menunggu, jumpa doktor xsampai pon 5minitnya...sebelum ni saya pegi kul 8.30 pagi kul 11 lebih baru siap, dan hari ni saya pegi kul 10 pagi dekal kul 12.30 baru siap. Ingatkan pergi lambat sikit xde la orang tapi sama je. hukhukhuk...dahla mak buyung ni xberapa sihat kena lak menungu lama.
2 minggu lapas dah 2 kali jugak saya ke klinik, hari isnin untuk minum air gula dan hari rabu untuk monthly checkup. Festime lah kena minum air gula aka glukose ni. Peknen yang dulu xkena minum pun sebab parents xde kencing manis. Tapi start tahun ni sesiapa yang peknen umur 25 ke atas memang wajib minum 3kali. Redha je lah.
Glukose aka air gula macam air mirinda dah rupanya |
huhu seram jugak bila dengar kena minum air gula ni, sebab dengar macam2 cite dah tentang ketidaksedapan dia tuh. Tapi nasib baik air gula sekarang dah ada perisa dan warna, lalu la skit nak menelannya. Tapi yang xtahannya malam tu kena start puasa, pastu kena amik darah sebelum dan selepas minum glukose tu. Dah la masa minum glukose tu kena habiskan dalam masa 5-10 minit dan masih xleh makan or minum apa2 sampai ckup 2 jam untuk amik darah kali kedua...seksa jugak la nak tunggu 2 jam tu tekak rasa loya je, hehe saya curi gak minum seteguk dua air masak nak bagi rasa manis tu hilang. So dua kali lagi la saya kena hadap benda ni. Next kena minum air gula adalah 11 jun 2012, lebam lagi la dua2 belah lengan saya...
ps : PPAT means for Pusat Perubatan Angkatan Tentera.
No comments:
Post a Comment