Aug 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam 10 Syawal 1433 H....

 Andai jemari xsempat berjabat
Andai raga xsempat bertatap
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang
Ku utuskan salam idulfitri
Jika ada kata serta khilafku yang membekas lara
Ampun dan maaf dipinta.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
 with  
♥♥♥
last raya sebagai anak tunggal...next raya insyaallah dah bertitle kakak...


 

Aug 16, 2012

Masak-Masak Sepanjang Ramadhan 2012

Hewhew...Tajuk macam la saya memasak beria sangat kan sepanjang ramadhan ni. Idok la saya serajin tahun lepas untuk memasak ye. Kebanyakan beli kat PARAM je. Dalam keadaan macam ni manalah larat nak masak sangat cuma hari cuti je sempatla buat kuih sikit2. Kalau masak pon satu dua lauk je, tu pon sekali terus ngan lauk sahur. Tapi kalau xmasak untuk berbuka lauk sahur tetap kena masak. Lainla kalau ada rezeki jiran2 bagi lauk suka xpayah susah nak masak dah..:p

So ni saje je nak tempek gambar apa yang saya masak sepanjang Ramadhan tahun ni..sebagai kenangan tahun depan leh belek lagi. Kebanyakannya kuih muih je, sebab bab-bab ni saya rajin dan suka buat. Lauk pauk saya xsuka sangat nak masak maklumlah jenis xpemakan dan xpandai masak.

Kuih Seri Muka
Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Dua-dua kuih ni peberet sebab ada pulut. Tapi Kuih Pulut Sekaya tu x berapa nak menjadi terlembik sikit. Mungkin kurang telur atau santan terlalu cair.

Egg Tart

Tart Telur aka Egg Tart....buat sebab nak habiskan crust.. Crust lebihan buat Blueberry cheese tart sebelum puasa hari tu. Argggg teringinnya nak makan mini cheese tart lagi..

Sagupal
Orang kelate panggil sagupal or sanggupal pon ada jugak orang panggil. Sedap makan panas-panas ni lebih2 lagi kalau sagu dia x berapa besar. Buat biji kecik-kecik baru senang nak makan. Ada jugak orang buat taruk kacang tanah dalam sagu dan gumpal bulat2 baru masak. Saya suka yang kosong je.

Popia inti udang dan ayam.
Popia Inti Crab Stick
Dua kali buat popia goreng ni. First buat inti udang campur ayam. Kali kedua buat inti crabstick lak. Buat banyak2 sebab nak habiskan kulit popia. Alhamdulillah dapat gak bagi jiran-jiran balas pinggan diaorang. Nanti lain kali buat nak try buat sos dia jugak..

Mee Kari
Teringat kat mee kari buatan ma. Nak tunggu raya lambat sangat terpaksa la buat sendiri. Menjadi lah untuk memenuhi hasrat anak tekak walaupon xsesedap yang ma buat. Sampai sahur pon saya makan mee kari lagi.

Puding Gula Hangus.
Yang menjadi peberet ever en somi. Buat sampai 3 kali bulan puasa ni. Suka buat puding ni sebab mudah dan laku sangat dalam rumah ni. Lagipon selalunya lebihan telur putih or telur kuning dari buat biskut memang akan simpan untuk buat puding ni.

Kuih onde2 pon sempat buat dua kali. Tak sempat nak snap pon sebab selalu buat time orang datang berbuka kat rumah. Kuih yang paling mudah dan senang nak buat selalunya buat warna-warni. konon nak bagi myra berminat sikit nak makan, tapi hampeh budak ni makan sebiji dua je.

Tu jelah kuih2 yang sempat masak sepanjang Ramadhan tahun ni. Hasrat nak buat apam beras dan apam polka dot x tercapai gak. Cian Myra suka sangat makan apam polka dot tapi mama xsempat nak buat. Beli kat bazar xcomel pon dah la buat saiz2 besar tapi kalau xbeli ngamuk2 lak dia buat drama air mata duk ulang cakap adik lapar2. Ohh ada lagi teringin sangat nak makan pengat pisang ngan sira pisang tapi susah sangat nak jumpa pisang yang sesuai. Pernah sekali hubby buat sira pisang guna pisang berangan leka sikit je habis lembik xlalu saya nak makan. Kali kedua dia buat guna pisang berangan gak baru menjadi. Tapi kalau dapat pisang batu lagi best kot.

Hari ni langsung tutup dapur..jap lagi dah nak bertolak balik kg...berbuka  ngan apa dan kat mana lah agaknya nanti...K selamat balik kampung buat semua yang balik kampung..hati-hati di jalan raya. Doakan kami sekeluarga selamatdalam perjalanan jugak.






Aug 15, 2012

Berdebar dan Takut Sangat.

Assalamualaikum...

Lama x berupdate..hehehe...hari ni dah masuk 26 Ramadhan dan kandungan saya pon dah masuk 37 minggu. Isnin bebaru ni adalah last check up perut kat PPAT nanti akan sambung check up kat kampung pulak. 

Pagi2 isnin tu saya adalah rasa xsedap perut 2,3 kali jugak ke tandas. Teringat time sampai masa nak bersalin kat Myra dulu begitulah awal-awalnya. Cuak dah rasa macam tu. Masa check up tu saya tanye bidan baby dah "turun" dan "masuk" ke dalamkah sarangnya. Bidan cakap sudah turun tapi belum masuk lagi lega sikit. Hari sabtu sebelum tu sebenarnya saya ada pergi scan, saya pon tanye jugak kat doktor soalan sama dan sempat ke nak balik beraya kat kampung. Doktor cakap sempat, lambat lagi baby nak kuar....tapi walaupon doktor cakap macam tu masih xtenteram sebab itu kerja Allah kan.

Tapi sebabkan rasa lain macam je hari isnin tu saya jadi xkeruan takut baby yang xsabar nak keluar, huhu x mau la beranak dan terpaksa beraya kat sini. SMS hubby cakap kat dia, perut rasa keras sangat, baby pon dah xaktif sangat bergerak walaupon memang perut saya keras je time peknen kali ni, doktor cakap padat. Apa yang padat saya pon xtahulah. So hubby cancel dia punya iftar bersama kompeni dia sebab risau takut saya betul2 nak bersalin. Kesian dia...dan malam tu selamba je saya buat biskut raya. hehehe.
Tapi alhamdulillah sampai hari ni baby xkar lagi. Sabar ye baby sayang jangan kuar lagi kite balik kampung dulu ek... 

Tapi tanda-tanda bersalin tu saya masih rasa sampai ke hari ni. Sakit bahagian pinggul rasa macam senggugut, sakit bahagian kelangkang jugak, pastu baby kurang aktif dah bergerak, malam je galak sikit. Perut manjang je keras dan menegang tapi time2 dia kendur jugak. Tapi tang sakit perut dan sakit belakang tu xde terasa sangat. Mungkin ni yang dikatakan braxton hicks or false labor. Bila cakap kat jiran dia pon cakap time dia pon masa 36 minggu ke atas memang akan rasa sakit2 macam nak bersalin jugak. Kira seminggu dua sebelum bersalin tu memang dah ada tanda-tanda la. Baru lega hati ni. Harap2nya macam tu la bab kata orang tua-tua dia ajar-ajar sakit dulu. 

Ok lah baby sila jangan kuar lagi tau kite balik kampung dulu, kalau boleh lepas raya baru kuar ek. Esok kita dah nak balik kampung semoga jalan tak jem dan kamu pon behave n gud-gud je kat dalam tau.
walaupon mama dan abah dah xsabar dah sebenarnya nak tengok kamu..
Ya Allah lindungilah perjalanan kami esok semoga baik-baik sahaja dan selamat sampai.