Aug 15, 2012

Berdebar dan Takut Sangat.

Assalamualaikum...

Lama x berupdate..hehehe...hari ni dah masuk 26 Ramadhan dan kandungan saya pon dah masuk 37 minggu. Isnin bebaru ni adalah last check up perut kat PPAT nanti akan sambung check up kat kampung pulak. 

Pagi2 isnin tu saya adalah rasa xsedap perut 2,3 kali jugak ke tandas. Teringat time sampai masa nak bersalin kat Myra dulu begitulah awal-awalnya. Cuak dah rasa macam tu. Masa check up tu saya tanye bidan baby dah "turun" dan "masuk" ke dalamkah sarangnya. Bidan cakap sudah turun tapi belum masuk lagi lega sikit. Hari sabtu sebelum tu sebenarnya saya ada pergi scan, saya pon tanye jugak kat doktor soalan sama dan sempat ke nak balik beraya kat kampung. Doktor cakap sempat, lambat lagi baby nak kuar....tapi walaupon doktor cakap macam tu masih xtenteram sebab itu kerja Allah kan.

Tapi sebabkan rasa lain macam je hari isnin tu saya jadi xkeruan takut baby yang xsabar nak keluar, huhu x mau la beranak dan terpaksa beraya kat sini. SMS hubby cakap kat dia, perut rasa keras sangat, baby pon dah xaktif sangat bergerak walaupon memang perut saya keras je time peknen kali ni, doktor cakap padat. Apa yang padat saya pon xtahulah. So hubby cancel dia punya iftar bersama kompeni dia sebab risau takut saya betul2 nak bersalin. Kesian dia...dan malam tu selamba je saya buat biskut raya. hehehe.
Tapi alhamdulillah sampai hari ni baby xkar lagi. Sabar ye baby sayang jangan kuar lagi kite balik kampung dulu ek... 

Tapi tanda-tanda bersalin tu saya masih rasa sampai ke hari ni. Sakit bahagian pinggul rasa macam senggugut, sakit bahagian kelangkang jugak, pastu baby kurang aktif dah bergerak, malam je galak sikit. Perut manjang je keras dan menegang tapi time2 dia kendur jugak. Tapi tang sakit perut dan sakit belakang tu xde terasa sangat. Mungkin ni yang dikatakan braxton hicks or false labor. Bila cakap kat jiran dia pon cakap time dia pon masa 36 minggu ke atas memang akan rasa sakit2 macam nak bersalin jugak. Kira seminggu dua sebelum bersalin tu memang dah ada tanda-tanda la. Baru lega hati ni. Harap2nya macam tu la bab kata orang tua-tua dia ajar-ajar sakit dulu. 

Ok lah baby sila jangan kuar lagi tau kite balik kampung dulu, kalau boleh lepas raya baru kuar ek. Esok kita dah nak balik kampung semoga jalan tak jem dan kamu pon behave n gud-gud je kat dalam tau.
walaupon mama dan abah dah xsabar dah sebenarnya nak tengok kamu..
Ya Allah lindungilah perjalanan kami esok semoga baik-baik sahaja dan selamat sampai.

No comments: