Nov 19, 2013
Macam behabuk je... Macam besawang je... Macam lame je.... xberhapdate!!!
Hehehe gatal pulak tangan membuka belog hari ni... meh la merajinkan diri sikit mencoret disini..
Tajuk pon nak jugek ngikut tren terkini...hihihi macam comel je..
Hari ni i is sangat tensen..macam2 hal paling sakit hati nak ngisi HRMIS tuk semua staff sini...
berjiwa je nak buat nak duk opis pon rasa malas je...
xpelah ada masa lg 10 hari sebelum tarikh tutup :p
satu hal lagi...ni haaaaa (memo kat kertas kuning) xboleh ke ko buat sendiri bukan kerja aku sorang je pon....
bukan payah pon bagi arahan kat orang lain... lain la kalo ko kena turun buat sendri apapunxboleh..
Mode : xberapa puas hati dan makin meluat....
Ehhh macam entry luah perasaan je ni..hihi kesian diriku ini tiada tempat nak mengadu dan berkongsi rasa kat opis ni, belog lak jadi mangsa..sob sob..
May 27, 2013
Aktiviti Wajib Pagi Hari Minggu ;)
Salam n gud monim..
Sempena keja dh siap, untuk pg ni la...mari la melayan blog sekejap. Sb perut pon ngah lapo skrang meh la kite skodeng semalam kiteorang punya bekfes.
Nasi dagang untuk isteri comel nasi kerabu untuk encik suami dan teh beng yg paling sedap kt kl hahahaha. Semuanya made in TU DOK KO 1488.. aktiviti wajib setiap pagi hujung minggu. Kalau nk mkn kt kedai ni kena bangun awal ye sb klu sampai kul 10.00 selalunya sume dah habis,kadang2 diorang tgh kemas kusi meja dah..
Isteri selalunya akan sentap kalau sampai2 nasi dah habis mulalah nk salahkan suami bangun lambat, terhegeh2 bersiap, tp marah dalam hati jelah kn marah betul2 langsung xleh bekfes br padan muka.
Selalunya kalau kt situ dh habis kite g mkn kat kedai area situ jgk..kedai tepi jalan je nama kedai pon x agak2...kedai gomo klate gomo ado..ado..ado...(lbh kurang camtulah nama kedai).
Tapi kat sini slalu mkn nasi berlauk gulai ayam je...ok lah untuk isi perut drpd xde langsung tp xleh lawan kedai tu dokko lah ye.. yg bestnya kat kdai ni macam2 ada, bubur, kuih,mihun, laksam,goreng pisang..ko ado goreng pisang pepagi alam camni..kikiki
K..skrang memang kna g cr mknan mulut dah berair perut dh berbunyik..layan je lah gambar bekfest semalam..terapi ubat rindu kampung halaman katenya...
May 23, 2013
Di hari itu..
Salam..
Tanggal 14 mei 2013 ritu im officially dah masuk fasa 3 serries.. Alhamdulillah masih dipinjamkanNya nafas ini sehingga hari ni..syukur sgt masih lg berpeluang bersama kekasih2 hati disekelilingku..
Thanks to incik hubby sudi menggembirakan isteri nga mensuprise kan sebiji cissskek..hehhe konon balik kerja xde blikan pape sentap dh tau hehhe rupa2nya sorok kek lam kete ye.. terharu sgt sebab dalam dia xshat usahakan jgk nk surprisekan binik dia ni..
Plan nak dinner kat luar pon xkesampaian sb lps magrib tgk dia dh dibuai mimpi kat sofa siap berselimut lagi..hukhuk xpelah.. sampai hari ni incik hubby xbrapa nak sihat lagi..kakak dan adik gilir lak demamnya...batuk ngan selsema still ada..(ya Allah kau berila kesihatan yang baik buat orang2 yang kukasihi ni)
Sejak dah jadi mak mak jgk ni tiapkali besday xberapa nk happy sgt dh maklumlah dh berpengalaman mengingatkn tarikh ni lah satu waktu dulu mak kite bertarung nyawa melahirkan kite.
owh miss u ma, terima kasih sb lahirkan orang.^_^
Tima kasih ayah sb besarkan orang...*-*
Thanks incik hubby sb menjadi sebahagian drku..
Thanks anak2 sebab melengkapkan hidup mama..
Thanks to Allah atas semua kurniaan ini..
*peringatan tuk diri sendiri (xsoh la dk happy sgt sbt besday) semakin meningkat umur kite semakin dekatla jua kite untuk kembali padaNya*
May 10, 2013
Demam lagi..
Demam masuk 8 bulan.. Alhamdulillah xlama. Masa ni kat kampung sehari sebelum balik KL. Syukur sgt walaupun bertolak dr KB sejak kul 4 ptg sampai KL 9.30 pg esokknya (jem gile) dia xmeragam sgt demam pon dh okey sejuk kot kna ekon kete..
Now dah pandai duduk, dah pandai merangkak dan mengesot sekali..huh lama tul nak tunggu dia leh ngensot ni, selama ni klu nak bgerak dia golekkan badan dia je tetiba dah kat hujung dinding..sejak leh merangkak ni semua tempat dia nk explore..pantang mama gerak sikit nak membontot je..hehehe
Dan yg terbaru plk dan pandai nak memanjat dan dah jadi perbandaran lak sume bnda nak masuk mulut..huhhhh berapa kali dah makan kertas dan tisu. bila kite korek marah mengamuk2..paling teruk kat kampung hari tu dia mkan penutup air vitagen, dah la penutup vitagen tu jenis macam aluminium..nasib xtertelan..alahai anak..
Mar 26, 2013
DEMAM Pertama Kali Selepas Enam Bulan.
Mar 21, 2013
Balik Kampung #Tunang#Kahwen#
Lama sungguh x menceceh kat sini, dah xde modal agaknya hehe. Last week hari khamis keluarga kecik kami balik kampung, adik ipar sorang nak bertunang, sorang lagi nak menikah. Mama
is semangat berkobar tul kalau bab balik kampung. Masuk opis half day je aritu pastu balik packing baju bajan. En Hubby cakap tgh hari nak bertolak tapi alih2 kul 5.00 petang jugak baru gerak. Erm selalu macam tu, kerana orang lain terpaksalah isteri dia menunggu... xsuka betul aku tapi nak buat macamne simpan dalam hati jelah pekara yang xbest tuh.
Malam lak majlis akad nikah adik ipar yang sorang lagi adik kepada adik ipar yang bertunang. Berkovoi lagi sekali kami sedara mara lebih kurang 30 orang kot ke Masjid Keputeraan Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Besar jugak masjidnya, myra punya la suka hati duk main lari-lari ngan sepupu sepapat dia. xkuasa dah nak melarang. Lepas selesai majlis akad nikah, ke rumah pengantin perempuan pulak tuk jamu selera. Lepas tu terus balik xkuasa nak tunggu lama2 ngan anak-anak kecik. Waida dah stress nak tido. hehehe.
Esoknya hari sabtu majlis resepsi kat rumah pengantin perempuan, huhu hujan pulak so xde la nak berarak sangat sebab masing2 terus masuk khemah berteduh dan makan. Kesian kat pengantin lelaki lari segala perancangan awal tapi nak buat macamne kita hanya merancang Dia juga yang menentukan. Hujan itu kan rahmat, janji majlis lancar dan yang penting sudah sah menjadi suami isteri gitu =).
Huhu petangnya baru berkesempatan balik rumah ayah bondaku. Sempatlah pergi pasar malam sekejap. Keesokkannya hari ahad dah nak balik KL. Gerak awal sikit dari kebiasan sebab ayah su Myra nak kena masuk kolej sebelum kul 10.00 malam tapi sampai lewat gak lebih kurang kul 11.00 malam nasib xkena denda ke apa. See sangat pack kan schedule balik kampung kali ni. Argghhhh memang xpuas je balik macam ni. So far syukur sebab semua majlis berjalan lancar. Alhamdulillah.
Hihihih x sabar tunggu tarikh mengundi lak sebab nak balik kampung lagi ^,^.
p/s : Tahun ni in shaa Allah mentua terima dua menantu perempuan baru makin meriahlah keluarga.
Feb 4, 2013
Panik !!!
5 bulan = 7.6 Kg. |
Jan 24, 2013
Salam Maulidurrasul
24.01.2013 bersamaan 12 rabiul awal 1434. Selamat meraikan hari keputeraan baginda nabi muhammad s.a.w. Banyakkan selawat dan zikir, xsemestinya hari ni je tapi hari-hari lain juga (lebih kepada ingatan utk diri sendiri).
Hurm teringat lak zaman kecik-kecik dulu tiap kali bulan maulud time orang panggil ayah g selawat, bila ayah balik mesti berebut nak bunga rampai. Kalau yang bau wangi xkuat sangat mesti letak dalam bantal tido, kalau dah banyak sangat letak atas kelambu pulak.. rindunya bau bunga rampai.
Sejak duk kat kolumpo ni dh xrasa sume 2 dah. Kadang2 bln islam pon lupa, yang x lupa bulan ramadhan dan syawal je :p
Seronoknya kat kampung tiap kali bulan maulud mesti ada orang buat majlis kesyukuran buat selawat pastu bg bunga rampai. Kalau awal muharram gotong royong buat majlis asyura. Sedapnya surgho daging...hoi igt makan je aku ni..
bunga rampai dr en g. |
Jan 9, 2013
Semoga Ada Rezeki Untuk Dia..
Kenangan Kumpul EBM .:( |
Nipple yang mesra sikit ngan Waida ;) |
So decided nak try bagi nestum lah dulu untuk permulaan ni. Hihi sebenarnya rusing sebab semalam BS dia cakap nak blend nasi kalau dia still merengek. Rasanya untuk permulaan better bagi nestum masukkan dalam susu je dulu buat cair2 sikit, mama xsempat lagi nak prepared puree untuk awak ye waida. Lagipun biarlah mama jadi orang pertama suap awak mam ye.
Budak ni dah nak minum susu + nestum cerelac hari ni |