Lama sungguh x menceceh kat sini, dah xde modal agaknya hehe. Last week hari khamis keluarga kecik kami balik kampung, adik ipar sorang nak bertunang, sorang lagi nak menikah. Mama
is semangat berkobar tul kalau bab balik kampung. Masuk opis half day je aritu pastu balik packing baju bajan. En Hubby cakap tgh hari nak bertolak tapi alih2 kul 5.00 petang jugak baru gerak. Erm selalu macam tu, kerana orang lain terpaksalah isteri dia menunggu... xsuka betul aku tapi nak buat macamne simpan dalam hati jelah pekara yang xbest tuh.
Kesejukan masa turun kat hentian GM
cian waida selsema sampai..
OOTD : Tema Merah untuk keluarga kecik kami
Adik pakai baju kurung kakak...comel hehehe
kakak xde, coz sibuk berlari-lari
Malam lak majlis akad nikah adik ipar yang sorang lagi adik kepada adik ipar yang bertunang. Berkovoi lagi sekali kami sedara mara lebih kurang 30 orang kot ke Masjid Keputeraan Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Besar jugak masjidnya, myra punya la suka hati duk main lari-lari ngan sepupu sepapat dia. xkuasa dah nak melarang. Lepas selesai majlis akad nikah, ke rumah pengantin perempuan pulak tuk jamu selera. Lepas tu terus balik xkuasa nak tunggu lama2 ngan anak-anak kecik. Waida dah stress nak tido. hehehe.
kakak yang ayu berkebaya dan bertudung litup
tapi main sampai berpeluh-peluh mengalahkan budak laki
Esoknya hari sabtu majlis resepsi kat rumah pengantin perempuan, huhu hujan pulak so xde la nak berarak sangat sebab masing2 terus masuk khemah berteduh dan makan. Kesian kat pengantin lelaki lari segala perancangan awal tapi nak buat macamne kita hanya merancang Dia juga yang menentukan. Hujan itu kan rahmat, janji majlis lancar dan yang penting sudah sah menjadi suami isteri gitu =).
OOTD ; Tema purple untuk keluarga kecik kami :)
bergedik dalam kereta
Huhu petangnya baru berkesempatan balik rumah ayah bondaku. Sempatlah pergi pasar malam sekejap. Keesokkannya hari ahad dah nak balik KL. Gerak awal sikit dari kebiasan sebab ayah su Myra nak kena masuk kolej sebelum kul 10.00 malam tapi sampai lewat gak lebih kurang kul 11.00 malam nasib xkena denda ke apa. See sangat pack kan schedule balik kampung kali ni. Argghhhh memang xpuas je balik macam ni. So far syukur sebab semua majlis berjalan lancar. Alhamdulillah.
Hihihih x sabar tunggu tarikh mengundi lak sebab nak balik kampung lagi ^,^.
p/s : Tahun ni in shaa Allah mentua terima dua menantu perempuan baru makin meriahlah keluarga.
No comments:
Post a Comment