Erm pertama kali selepas berusia enam bulan Waida demam. Syukurlah demam lite-lite je suhu takat 37C je.
Itupun siang hari macam x demam pon yang berat sikit belah malam je lah sebab dia demam pakej sekali ngan batuk dan selsema.
Cian sangat anak mama ni xleh nak tido hidung sumbat, mama pon xleh nak tido sekali.
Biasalah anak-anak yang menyusu badan time demam nak mengempang melekat nga mama je lah, ngan bapak pon xlayan. Katanya hubby time nak jenjalan baru cari bapak :p
Mama yang xsihat jugak ni pun kena jadi sihat demi anak-anak. Macam semalam lah kepala ni punyalah sakit, perut pon sakit siap muntah-muntah, mintak balik awal dari opis, call bapak diorang suruh balik awal amik anak2 kat baby sitter xlarat sangat. Alih2 anak-anak dah kat rumah mama jugak yang kena buat itu ini.
Alhamdulillah waida walaupun demam xdelah meragam sangat, berbeza kot dengan kakak dia, mungkin juga sebab waida fully bf 6 bulan pertama ni. So antibodi dia kuatlah sikit banding ngan kakak, masa dia baby almost tiap2 bulan demam. Asal nak bertukar bulan je mesti xberapa sihat.
Hehe tapi yang kelakar ngan adik ni walaupon xsihat mulut dia makin banyak lak bebel mungkin nak bagitau dia xselesa kot. Nak lap hingus pun x bagi, nampak je kite amik kain napkin nak lap hidung dia terus paling kot lain, bila dah kena lap terus menjerit marah. Mama x bagi sangat ubat sebab ikut nasihat doktor bagi bila perlu je xbaik kot banyak sangat ubat tuk baby2 ni. Ubat batuk time sejuk je mama bagi sebab xdelah kuat sangat dia batuk, ubat selsema je bagi 2 kali sehari sebab selsema dia teruk sikit.
Harap-harap demam kali ni xlama lah risau sangat, kan berat pun turun jugak. Masa pergi klinik ambik ubat
berat dia 8.1 kg, naik 0.1g masa timbang 6 bulan hari tu. Tak banyak sangat naik mungkin sebab dia tengah nak melasak. Semoga anak-anak mama cepat sihat ye.
Hihihi ini gambar kakak myra snap, mama pun xsedar hingus dia dah meleleh sampai macam tu, dia pun diam je xnak kita sapu lettew. Muka pasrah je kakak nak buat pape pon kat dia, agah pon macam tu jugak xkuasa nak layan hehehhe. Nasib baik awak kecil lagi waida, gambar macam ni pon still kiut cer awak dah besar gerenti orang cakap x senonoh..
No comments:
Post a Comment