Mar 26, 2013

DEMAM Pertama Kali Selepas Enam Bulan.

Erm pertama kali selepas berusia enam bulan Waida demam. Syukurlah demam lite-lite je suhu takat 37C je.
Itupun siang hari macam x demam pon yang berat sikit belah malam je lah sebab dia demam pakej sekali ngan batuk dan selsema.
Cian sangat anak mama ni xleh nak tido hidung sumbat, mama pon xleh nak tido sekali.
Biasalah anak-anak yang menyusu badan time demam nak mengempang melekat nga mama je lah, ngan bapak pon xlayan. Katanya hubby time nak jenjalan baru cari bapak :p
Mama yang xsihat jugak ni pun kena jadi sihat demi anak-anak. Macam semalam lah kepala ni punyalah sakit, perut pon sakit siap muntah-muntah, mintak balik awal dari opis, call bapak diorang suruh balik awal amik anak2 kat baby sitter xlarat sangat. Alih2 anak-anak dah kat rumah mama jugak yang kena buat itu ini.
Alhamdulillah waida walaupun demam xdelah meragam sangat, berbeza kot dengan kakak dia, mungkin juga sebab waida fully bf 6 bulan pertama ni. So antibodi dia kuatlah sikit banding ngan kakak, masa dia baby almost tiap2 bulan demam. Asal nak bertukar bulan je mesti  xberapa sihat.
Hehe tapi yang kelakar ngan adik ni walaupon xsihat mulut dia makin banyak lak bebel mungkin nak bagitau dia xselesa kot. Nak lap hingus pun x bagi, nampak je kite amik kain napkin nak lap hidung dia terus paling kot lain, bila dah kena lap terus menjerit marah. Mama x bagi sangat ubat sebab ikut nasihat doktor bagi bila perlu je xbaik kot banyak sangat ubat tuk baby2 ni. Ubat batuk time sejuk je mama bagi sebab xdelah kuat sangat dia batuk, ubat selsema je bagi 2 kali sehari sebab selsema dia teruk sikit.
Harap-harap demam kali ni xlama lah risau sangat, kan berat pun turun jugak. Masa pergi klinik ambik ubat 
berat dia 8.1 kg, naik 0.1g masa timbang 6 bulan hari tu. Tak banyak sangat naik mungkin sebab dia tengah nak melasak. Semoga anak-anak mama cepat sihat ye.
Hihihi ini gambar kakak myra snap, mama pun xsedar hingus dia dah meleleh sampai macam tu, dia pun diam je xnak kita sapu lettew. Muka pasrah je kakak nak buat pape pon kat dia, agah pon macam tu jugak xkuasa nak layan hehehhe. Nasib baik awak kecil lagi waida, gambar macam ni pon still kiut cer awak dah besar gerenti orang cakap x senonoh..




Mar 21, 2013

Balik Kampung #Tunang#Kahwen#

Assalamualaikum.
Lama sungguh x menceceh kat sini, dah xde modal agaknya hehe. Last week hari khamis keluarga kecik kami balik kampung, adik ipar sorang nak bertunang, sorang lagi nak menikah. Mama
is semangat berkobar tul kalau bab balik kampung. Masuk opis half day je aritu pastu balik packing baju bajan. En Hubby cakap tgh hari nak bertolak tapi alih2 kul 5.00 petang jugak baru gerak. Erm selalu macam tu, kerana orang lain terpaksalah isteri dia menunggu... xsuka betul aku tapi nak buat macamne simpan dalam hati jelah pekara yang xbest tuh.

Kesejukan masa turun kat hentian GM
cian waida selsema sampai..

Kali kedua travel balik kampung untuk waida, Alhamdulillah ok je walaupon banyak gak hok hek2 dia, xselesa kot. Kakak lak sebab xtido siang baru je bertolak dah selamat tido, bagusss xde lah pengacau adik dia. Senang mama nak jaga adik kamu. Huhuhu senang tak senang sakit jugaklah belikat ni duk riba waida, sebab dia xnak tido kat orang lain. Lepas berhenti semayang dan makan di hentian GM tetiba mama rasa perut xselesa makan pon xhabis, ku syak sebab minum air teh tarik kat situ sb rasa lain macam je tehnye, lepas minum otak dah xleh nak fokus dah mkn nasi pun 3,4 suap je. So menjawab la muntah-muntah dalam kete, sampai lah kat Kuala Krai, tak pernah2 pon muntah masa travel gini. Tapi Alhamdulillah selamat sampai kat rumah mentua lebih kurang kul 3 pagi. Mak mertuaku masih belum tidur lagi rupanya semangat tul duk iron baju anak bujang dia nak pakai masa majlis nanti. "X pelah ma ni last kot ma gosok baju tuk diorang, tahun depan masing2 dah ada isteri ^-^"

OOTD : Tema Merah untuk keluarga kecik kami
Adik pakai baju kurung kakak...comel hehehe
kakak xde, coz sibuk berlari-lari

Hari Jumaat lebih kurang kul 9.00 pagi ramai-ramai konvoi ke Bukit Yong Pasir Puteh, majlis pertunangan adik ipar, hok ni adik selepas husband. Cuaca pon cantik je, majlis ringkas-ringkas siap pon cepat je maklumlah hari jumaat. Tunang jugak awak ye Pok phok..;)

selamat bertunang izan dan due :)
kami bersama pasangan yang bertunang..ngeee

Malam lak majlis akad nikah adik ipar yang sorang lagi adik kepada adik ipar yang bertunang. Berkovoi lagi sekali kami sedara mara lebih kurang 30 orang kot ke Masjid Keputeraan Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Besar jugak masjidnya, myra punya la suka hati duk main lari-lari ngan sepupu sepapat dia. xkuasa dah nak melarang. Lepas selesai majlis akad nikah, ke rumah pengantin perempuan pulak tuk jamu selera. Lepas tu terus balik xkuasa nak tunggu lama2 ngan anak-anak kecik. Waida dah stress nak tido. hehehe.
aku terima nikahnya..:)
Selamat pengantin baru aju & wani..=)
kakak yang ayu berkebaya dan bertudung litup
tapi main sampai berpeluh-peluh mengalahkan budak laki

Esoknya hari sabtu majlis resepsi kat rumah pengantin perempuan, huhu hujan pulak so xde la nak berarak sangat sebab masing2 terus masuk khemah berteduh dan makan. Kesian kat pengantin lelaki lari segala perancangan awal tapi nak buat macamne kita hanya merancang Dia juga yang menentukan. Hujan itu kan rahmat, janji majlis lancar dan yang penting sudah sah menjadi suami isteri gitu =).

our big family
OOTD ; Tema purple untuk keluarga kecik kami :)
bergedik dalam kereta

Huhu petangnya baru berkesempatan balik rumah ayah bondaku. Sempatlah pergi pasar malam sekejap. Keesokkannya hari ahad dah nak balik KL. Gerak awal sikit dari kebiasan sebab ayah su Myra nak kena masuk kolej sebelum kul 10.00 malam tapi sampai lewat gak lebih kurang kul 11.00 malam nasib xkena denda ke apa. See sangat pack kan schedule balik kampung kali ni. Argghhhh memang xpuas je balik macam ni. So far syukur sebab semua majlis berjalan lancar. Alhamdulillah.

Hihihih x sabar tunggu tarikh mengundi lak sebab nak balik kampung lagi ^,^.






p/s : Tahun ni in shaa Allah mentua terima dua menantu perempuan baru makin meriahlah keluarga.