Jan 27, 2011

Cukur Jambul & Ukir Inai

Assalamualaikum..

Juz nak share yang apa yang saya dapat dari email kawan lama aini..dia pun dapat dr orang lain jgk kot tapi yang pasti pernah keluar dalam majalah AL ISLAM 2008. Sebagai ingatan untuk diri sendiri sebab sekarang ramai yang terikut-ikut akan trend ini...

Tokoh ulama terkenal, Datuk Haji Abu Hassan Din Al Hafiz menegaskan, istiadat cukur jambul anak adalah biadaah dan khurafat. Sementara mengukir inai di tangan ala2 tatu adalah dikutuk dan dilaknat Allah s.w.t. 
Seluruh umat islam yang pernah terlanjur melakukan perbuatan itu perlu merenung pendapat beliau, sorang bekas  Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Dalam satu majlis ceramah perdananya di Masjid al Khairiah, Medan Keramat K.L, beliau menganggap amalan mencukur jambul adalah mengarut. Istilah amalan tersebut tidak terdapat dalam islam, ia adalah ikutan agama lain. Menurut beliau amalan tersebut adalah bidaah dan khurafat yang sepatutnya ditinggalkan. Mana-mana adat dan tradisi yang bercanggah dengan islam perlu ditinggalkan. Bayi yang dilahirkan adalah tercagar dengan akikahnya bermaksud sembelihkan seekor kambing untuk anaknya, dan jika nak cukur rambut anak yang baru lahir itu cukurlah sampai botak, bukan hanya cukur jambulnya sahaja atau gunting sikit-sikit.

Antara hadis yang melarang cukur sebahgian rambut adalah dari Kitab Terjemahan  Hadis Muslim, bilangan 1999, 
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullallah melarang melakukan qaza. Kemudian Abdullah bertanya kepada Nafi~ "apa itu qaza?"
Jawab Nafi ~ Mencukur sebahagian rambut kepala anak dan membiarkannya sebahagian. Maksudnya cukur sebahagian rambut adalah dilarangi.

Berhubung mengukir inai ditangan pula yang biasanya dilakukan olen para pengantin perempuan sekarang, beliaun menegaskan inai berukir ala tatu tidak dibolehkan dalam islam, ia dilaknat oleh Allah. Inai yang berukir bentuk awan larat atau berbentuk gambar dikategorikan sebagai tatu. Kalau nak pakai inai pakailah betul2 dihujung jari. 

Antara hadis yang di temui dalam Terjemahan Hadis Muslim, bilangan 2003 yang bermaksud
Dari Ibnu Umar r.a katanya "bahawasanya rasulullah s.a.w. mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan dan rasulullah s.a.w juga mengutuk pembuat tatu dan yang meminta tatu.

Antara hadis lain ialah dari Kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari, bilangan 1685 menyebut maksudnya
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda " Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan(alat pengukir). 

Untuk renungan dan ingatan bersama...
Sharing Is Caring =)






No comments: