Feb 9, 2011

16 mONtHs sUdA...

AsSAlaMuAlaiKUm...

Alhamdulillah hari ni genap sudah 16 bulan si comel kesayangan mama abah melihat dunia indah yang penuh pancaroba ni. Cepat masa berlalu kan, serasa baru semalam je mama berhempas pulas menahan pedih dan sakit saat melahirkan, dengan abah yang sanggup berjaga menunggu awak keluar tau, myra lahir kul 4.45 AM walaupun penat memandu dr KL ke KB xhilang lagi dan hampir nak xciden juga. Tok Ayah ngan Nek Ma yang sedia menanti kat luar spital tuh, tapi melihatnya membesar didepan mata dengan keletah berbagai ragam semua itu berbaloi, pengikat kasih sayang mama dan abah.


selepas sebulan melihat dunia....

Syukur ujian yang datang xpernah melemahkan semangat mama dan abah dalam membesarkanmu malah lebih mematangkan kami, walaupun terkadang TENSION juga nak melayan pe'el yang makin mengade-ngade dan noty tu, lebih-lebih lagi time DEMAM atau MENGAMUK kat supermarket... argghhh dugaan sungguh.

Dan sejak dah pandai berjalan sepenuhnya ni, myra lambat sikit blh berjalan, masa umur 15 month baru pandai bertatih tapi mulutnye ringan sikit, asyik pot pet pot pet je makin ligatlah dia mengemas rumah, melipat kain baju yang dah siap dilipat, menjenguk bilik air, memanjat sana sini bertambah penat mama, lebih-lebih lagi masa berdua dengan dia je..semua kerja mama xberjalan lancarlah kalau myra tak tidur....dah tu kalau petang asyik nak kuar rumah je slagi xpuas main xmau naik..

Cenggitu la yang mak ayah kita alami dulukan..hah sekarang baru tahu bukan senang nak jadi parentskan, bila kita sendiri sudah menjadi ibu bapa dan merasai susah senangnya kita akan lebih menghargai ibu bapa kitakan...huhuhu

Perjalanan dalam membesarkan anak, hehe mungkin anak-anak kot2 bertambah masih panjang, dan masih banyak yang perlu di tempuhi dan dipelajari. Hari-hari anak2 akan belajar perkara baru begitu jugalah ngan kita...saling belajar dan mempelajari...

 Thank You Allah for the GIFT....

No comments: