May 7, 2011

Kata Pakar....

Assalamualaikum...

Bebaru ni kami bawak Myra pg jumpa doktor pakar kanak-kanak kat KLINIK TMC Kota Bharu. Berhubung pasal BAB dia lah masih macam tu jgk, rasa dah nak masuk sebulan dah ni walaupun dah tukar susu. Boleh refer untuk cerita lebih lanjut di  SINI.

Kata doktor dengan umur Myra yang dah hampir 2 tahun ni masalah dia bukan lagi  di sebabkan susu formula yang dia minum tapi disebabkan kurangnye FIBER dalam badan dia. Kekurangan fiber pula disebabkan dia kurang ambil makanan yang sepatutnya la. Betul la kot sebab si Myra ni makan ikut mood, ada time dia makan ada time dia xnak makan. Dan seorang yang MEMILIH makanan juga. Kalau dirumah bagi nasi bubuh kuah mesti dia makan sikit je, lebih suka makan nasi PUTIH yang kosong, dalam periuk nasi lagi kat rumah pengasuh x thu lah cenggini jgk ke tidak. Selalunye mak dia ckp mkn la jugak walaupun sikit mungkin sebab ada budak2 lain...

Bila bagi buah-buahan selalunya dia makan sikit je...buah epal atau sungkist misalnya, dia hanya gigit-gigit pastu ludah balik...pisang atau betik dia mkn la sikit pastu buang dalam tong sampah, hangin tul hakuuu...buah anggur dan tembikai je yang okey ngan dia...nasib baik dia x addicted sgt ngan snack dan cekedis bagai ni...tp yg bukan coklat la....opps panjang lak cerita pasal makanan ni hehhe..

Faktor utama tadi disebabkab kurang FIBER, kerana dia kurang makan. Kenapa dia kurang makan??? Ini kerana BOTOL SUSU..diulangi BOTOL SUSU bukan susu...Doktor tu cakap lagi sebab terlalu kerap dia menyusu dengan sendiri dia rasa kenyang sebab leka dok nyut..nyut..nyut tu sampai selera makan dia hilang...boleh percaya ke nih.. so doktor tu bilang lagi harus latih anak2  minum susu guna gelas @ straw. Susu yang dicadangkan lak hanya 8oz, 2 kali je sehari.

Cara pemakanan juga harus dititik beratkan. Misalnya tuk  bekfes sajikan makanan tuk anak2..then kalau dalam masa SETENGAH jam dia xhabiskan jgk makanan tu simpan dan xperlu dah paksa2. Makan tgh hari dan mkn malam pun kna wat mcm tu jgk. JANGAN selalu bagi dia makan, makanan kegemaran dia, makan makanan sampingan lain dalam masa selang waktu makan 2. snack dan cekedis la tu.... nampak mudah tapi susah sebenarnya untuk di amalkan...mungkin mudah kalau ai ni dirumah je sepanjang harikan...

So sekarang terpaksa kurangkan susu tuk Myra, Alhamdulillah selera makan dia pun dah makin bertambah mungkin sebab dah start makan vitamin jgk kot...disamping tu masih lg bagi ubat melembutkan najis 2kali sehari tuk Myra. Harap2 lepas ni okey lah malas dah nk bg dia mkn ubat walaupun doktor cakap ubat tu xkn tinggal kesan dalam badan dia juz berfungsi melembutkan najis je mama xkuasa nak bertekak pagi2 ngan si Myra ni semata2 nak bg makan ubat. Budak kecik ni ANTI ubat.

No comments: