Feb 27, 2012

Ketupat Sotong..Nyumm2

Hari tu terbuat ketupat sotong bila tertengok ada 3 ekor sotong tergolek lam peti ais dah macam nak kuar bau yang x best. Angkara si isteri yang malas masak asyik nak makan kat luar je. Makanya saya pun mencari la daun-daun lidi dan daun pisang di sekitar opis. ater opis dah macam dusun kan.

Daun pisang tuk bungkus lebihan beras pulut sebab saya suka makan pulut dia, nak makan sotong takut mabuk. Lidi pulak untuk mengunci pulut yang dimasukkan dalam badan sotong. Boleh juga untuk sambungkan kepala dan badan sotong tu balik :p

Balik dari opis selepas amik si kecik tu terus mama mulakan operasi. Dan terhasil la ketupat sotong, jadi santapan minum petang kami anak beranak hari tu.

Sekor untuk mama, dua ekor untuk abah :p si anak sume tanak makan. Hishhh apapun tak boleh. Ni lah salah satu punca mama malas masak ni.

Alhamdulillah alah terhadap sotong dah berkurang sikit. Time makan ni xde rasa pening2 dan loya pun. Bukan alah time peknen ye tapi saya alah sotong ni since time belajar dulu. Asal makan sotong je mesti pening loya then muntah2. Masa kecik2 ma masak okey je makannya, sangat 'berehi' siap berebut2 ngan adik beradik lagi.

Next time leh la wat banyak sikit...;p

No comments: