Mar 26, 2012

Jalan-Jalan Time - Aquaria KLCC

Salam..

Semalam adalah hari berjimba-jimba untuk keluarga kecik kami setelah hampir 2 bulan en hubby xleh cuti di hari minggu. Walaupun semalam (ahad) beliau kerja tapi diheret jugak kami ke opis beliau, katanya nak tunjuk projek dia yang dah siap, sekalian ajak berphotoshoot gitu hihihi. Tengah harinya balik rumah sekejap untuk sembahyang dan tukar baju terus shoot ke Stesen LRT Sentul, park kete dan naik LRT ke KLCC nak g Aquaria... Naik LRT je hubby cakap xpayahlah pening cari parking nanti sebab beliau adalah tidak tahu dan dah berjaman kot x pg sana. Mama pun pegi 12 tahun yang lalu naik bas rombongan sekolah je :p

Dari Sentul tukar aliran kat Stesen Masjid Jamek, sama-sama menjakun ater xpenah g KLCC kan, letih sebab jauh kena berjalan pon ye jugak. Sabau je la ater nak pegi sangatkan. Berpusing-pusing cari, pas tanye 2,3 orang baru jumpa. Kena bayar 60 hengget je kami suami isteri sebab ada kad promo, myra bawah 3 tahun FOC. Hehe gagahkan pegi jugak Aquaria ni sebab ada kad promo ni lah, last date sampai hujung bulan ni. Ada dua lagi kad promo untuk ke Zoo Negara nampaknye macam xsempat berkunjung je burn macam tu je lah.

Beberapa keping gambar untuk kenangan diri sendiri, walaupun kelabu asap baiklah ada daripada xde kan kan... Pakai henset cokia ngan ipong je ponggg... :( 
Bawak kamera pon x berani nak guna sebab xreti nak setting untuk offkan flash dia. Dilarang guna kamera berflash ye kat sana, derang takut ikan2 terkezut kot..

walaupun dah x semulajadi macam kat laut nun tatap la kamu cantik2..

selar kuning yang besar2 gabak..
Comel...pari senyum kat myra..:p
jerung yang x berapa nak besau..
arowana fish...xsangka boleh membesar sebesar ini..
mama pon xsangka mama leh jadi sebesar ini...:p

obor-obor yang cantik..
agak2 muat tak kami bertiga kalau yg kat belakang tu telan..
sesudah kenyang, sesudah puas berjalan...zzzz atas dukungang abah...
puas cuci mata kat KLCC marilah pulang ke pangkal jalan...
Puas hati dapat bawak Myra jalan-jalan since dah lama x jalan-jalan macam ni tengok macam-macam ikan, tapi binatang lain pun ada jugak, like memerang, ular sawa, kura-kura, berbagai jenis cicak pokke. Kira ni sesi qhada balik masa2 yang terlepas la. Tapi budak kecik ni punyalah penakut xnak jalan sendiri masa tengah2 tengok ikan tu terpaksa gilir2 ngan hubby dukung dia. Nak suruh letak tangan kat cermin akuarium tu pon dia xnak, yang paling tension mulut dia la paling riuh kat situ, menjerit2 nampak ikan lalu dekat ngan dia. Semua orang pakat dok kelih2 then senyum je nengok gelagat dia.

Tengoklah gambar dia satu pon xde yang jadi sebab dok kalut tengok kiri kanan, nak letak bawah sekejap pon xnak. Lenguh tangan abahnye dukung dia sampai kesudah, mama ganti kejap2 je sebab mama kan dah bawak sorang..hihihi. Kuar je dari aquaria terus makan kat food court situ, lapar dah xleh tahan. Elok je siap makan budak kecik ni tido la pulak. So masa cuci-cuci mata kat KLCC tu sambil berdukung la jawabnya. Harap2 next week boleh berjalan-jalan lagi...:p

p/s : bila tengok gambar2 ni sume macam x berbaloi lak pegi tempat camtu tapi gambar x cantik makanya mama telah request kat abah nak kamera baru....huhuhu
Dear en suami sila take note bulan 5 is coming....
ayang xnak pon DSLR..yang ni pun dah cukup...:p

tak ponnn yang ni pon okey...c( :







No comments: