May 30, 2012

Ma Ayah Dan Adik-adik Mai Kolumpo..

Salam...

Baru-baru ni, xdelah baru sangat awal bulan ritu masa cuti Hari Wesak 04/05-07/05, My big family dari KB berkumpul kat rumah kecik kami, sume ada kecuali my bro dua beradik lagi yang xdatang. Diorang datang ngan flite yang di book setahun yang lalu , tket promosi 10sen/seat tu pon nak bagitau kerr dan xsangka jatuh hari wesak lak, so adik2 saya ponteng sekolah sehari je la..:p

Kelam kabut jugak masa diorang nak datang 2 memandangkan nak g ambik kat lcct adalah xdapat sebab kete hubby je yang ada sebijik dan diorang datang 7 beranak.  So perancangan awal nak g la jemput ngan bus with my sis sebab diaorang xbiasa lagi datang sini sendiri2 gitu. Tapi tup2 saya kena g kursus lak kat MARDI area UPM pulak tuh, walaupun hari diorang sampai tu sama waktu ngan saya tamat kursus tapi lari lah sikit perancangan, terpaksa la ma ayah dan adik-adik naik bus dari LCCT ke KL Sentral. Hubby pikup ma dan ayah ngan kete dari KL sentral dan my sis g amik adik2 balik rumah nek tren. Kesian pulak...

Alhamdulillah selamat sampai sume, saya pon selamat sampai gak walaupun terpaksa balik kursus sendiri, selalunya hubby jemput. Demi ma dan ayah rela memberanikan diri amik teksi ke stesen KTM Serdang dan balik ke rumah naik tren..first time naik teksi dan tren bersendirian. biar hubby g jemput ma dan ayah lak.

Empat hari diorang datang sini hari ahad baru berkesempatan bawak g jenjalan, sebab my bro yang kat Perak pun dah sampai so cukup la 2 buah kete tuk g mana-mana...Hari sabtu tu sempat la bawak ayah n ma g rumah sedara dia kat Selayang. Pergi kenal rumah je orang kata. Walaupun hujan renyai2 pagi ahad tu tetap teruskan niat g Zoo negara, harap2 sampai sana hujan dah berenti lah best sikit jalan2 dalam cuaca mendung gitu. Bawak bekal nasi lemak dan roti canai siap2 xmo beli makanan dalam sana yang harganya mak aiiiih...

Sampai2 hubby beli tiket tren takut xlarat nak tawaf jalan kaki dalam tuh, perihatin jugak ye awak dekat mak buyung nih. Orang yang paling seronok of cos la Myra walaupun malam sebelum tu demam panas sampai 39 darjah sampai muntah2 lagi. Rupanya demam nak berjalan-jalan kot, heheh ni la first time dia sampai zoo negara sama ngan pak dan mak sedara dia.. Sepanjang jalan2 tu dia xcara pon kat mama dan abah dia ni, nak buat camne ramai sangat orang rajin duk melayan dia, sekejap berdukung ngan ateh , pastu ngan ayah nik lak, boring ngan ayah nik ude lak...

Tempek gambar2 banyak2 terus malas nak upload satu2...
Lama gak la round dalam ni dekat kul 4 lebih baru kuar, nasib baik cuaca mendung je hari tuh xde lah terasa sangat keletihan tuh. tapi bila dah sampai rumah sume pakat tergolek baru terasa letih kot. Lega dapat gak bawak budak2 ni kesini sebab dah xde idea lak nak bawak g mana. Nak bawak g mandi manda kat desa waterpark sian lak kat ma nga ayah nanti, mesti diorang xmandi manda pun kat situ, cuaca ari tu  pun xsesuai je untuk nak g mandi manda.

Happy Moment
Malam lak teruskan aktiviti jalan-jalan ke I-city lak. Kira marathon lah jalan-jalan dalam sehari je ni.. Dah lama kami x g I-city macam-macam dah berubah, permainan pun makin banyak sekarang nih. Tunggu hulur duit je. Terkagum-kagum diaorang nengok lampu-lampu kat sini. Lama gak pusing2 sini hampir kul 1 kot baru balik, Ma ngan ayah pon cerdas lagi walaupun dah lewat malam sangat rasanya time tuh, senang hati kot sekali sekala berpoya-poya ngan anak-anak..hihihi. Katanya ayah semangat tul ma jenjalan malam ni... Budak tecik Myra pun luas lagi biji mata time ni sebab awal2 dah tido dalam kete.

I- City Shah Alam
Dua tempat ni je sempat bawak diorang jenjalan kali ni, Putrajaya dan dataran merdeka dah penah bawak dah. Datang lain kali kena bawak tempat lain lak. Tapi bila pulak xthu diorang ni akan sampai Kolumpo lagi. Semoga ada rezeki lagi ma ngan ayah datang KL. Konvo adik-adik bakal menjengah nanti harap ma ngan ayah sihat je masa tu leh datang rumah cucu-cucu lagi..

Isnin esoknya diorang dah nak balik KB, kul 3 lebih bertolak ke LCCT flite kul 5.30, huhu hampir tertinggal flite xsangka jalan jem lak hari tu, nak peluk2 cium semua pon xsempat lagi 3 minit gate nak tutup. Makanya kena bayar penalti Rm10/person masa check-in tu..cian ayah saye...Semoga ayah xserik datang sini lagi...hihihi

~My Big Family~
adik badik yang ke 3 dan Ke 5 je xde dalam ni..



p/s : Oh my..gemoknya saya sekarang. Buruknya nampak aku gtu..huhu

No comments: