Alhamdulillah usia pernikahan kami dah menjangkau 3 tahun tanggal 03.10.2011 hari ini...terkenang 3 tahun yang sudah tarikh ini merupakan hari yang paling dinanti-nanti setelah 3 tahun bercintan cintun....tapi macam2 hal la plak yang berlaku sebelum upacara akad nikah tu...huhu. Masih segar di ingatan gitu, hehehe..Apapun syukur semuanya selesai jua dengan izinNya..
Xde celeberate kat mana-mana juz makan-makan kat rumah je, kebetulan ibu dan bapa mertua mau datang bersama BIL sefamily malam ni, harusla tuan rumah yang memasak..xpe mak ok jer..hihihi. Balik dari kerja tadi terpaksa la membanting tulang sikit, masak n mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Kain baju yang bertimbun membukit xberlipat, adoiiila..mengharapkan En Hubby balik kerja awal tapi nan hadoooo...malam jugak sampai rumah..
Sempena ulang tahun yang ketiga ni sangat berharap semoga kasih sayang makin bertambah-tambah, namo gaduh2 dah, gaduh manja2 xpe, semoga kebahagian sentiasa mengiringi kite, dikurniakan
anak rezeki dan kesihatan yang baik, n thanks suami untuk segala-galanya, jadi suami dan ayah terbaik buat kami, sayang sangat sama kamu... K meh nak sharekan doa untuk suami isteri. Semoga memberi manfaat buat semua...
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhkan kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan kami teladan yang baik bagi manusia dan zuriat2 kami.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkanlah hati kami,
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin
p/s : dear hubby...thanks tuk si merah...harap sangat semoga ayang x mengecewakan abang...doakan isterimu...