Dec 11, 2012

Yihhuuuu Adik dah Start Meniarap =)

Assalamualaikum..
Setelah lama x berceloteh hari ni try update pakai phone....
huhuhu jadi la plok..
 harus x lepaskan peluang kongsi kegembiraan sekalian kenangan kat sini.
semalam 10/12/12 for the first time waida berjaya meniarap.
Kali pertama dia meniarap sempat ambik gambar je.
kali kedua sempat rakam lg..hihihi

Cayalah anak mama ni tak padan ngan tubuh yang debab tuh..hihi
orang kata awak lambat tanggal pusat so sume2 prkembangan akan lambat jugak.
tp awak buat mama terkejut la dengan berat hampir 7 kg tu dah blh meniarap di usia
 genap 3 bulan 2 minggu.
good job waida.



 

Nov 8, 2012

Majlis Bufday For Kakak

Assalamualaikum.

Gambar2 yang dah berkulat dalam draf ... =)

  ( besday cake is boboiboy seperti yang direkues oleh bufday girl )
 
08/10/2012 hari tu Kakak Myra dah turn to 3. Alhamdulillah kakak myra membesar dengan sihat dan sempurna x banyak buat masalah kat mama dan abah. Cuma bab2 makan je sampai sekarang kakak myra sangat2 lah cerewet dan susah makan yang amattt. Apapun mama sangat bersyukur dengan kehadiran kakak dalam hidup mama abah. Kami doakan yang baik-baik saja untuk kakak semoga jadi anak yang solehah dan beroleh kesejahteraan sentiasa didunia dan diakhirat.

Masa hari bufday dia tu memang xde buat apa-apa pun untuk celebrate bufday kakak sementelaah mama masih lagi berpantang dan abahnye kat kolumpo, kek pon x beli just wish2 n kiss dan bagitau dia dah umur 3 tahun sekarang. Tapi bila difikir tahun2 sudah ada gak kek padahal masa tu dia x paham apa2 pon. Sekarang bila dia dah tahu apa tu besday xde pulak kek tuk dia, rasa cam xadil la kan. Makanya sebagai ibu yang nak jugak happykan anak okey kite buat je lah makan2 dan potong kek ajak budak-budak join sesama.
 
peace yang dah kelaut...

So next weeknya berlangsunglah just a small suka-suka party untuk kakak dan kengkawan walaupon tanpa kehadiran abah :(...Oh masa ni kat kampung so ramai la kawan aka jiran seangkatannya. Kawan acu tapi otometik jadi kawan kakak myra jugak la. Mama masak menu simple je soto ayam dan mihun sup, Nek ma lak goreng mee, pastu snack like nugget, chicken ball, biskut dan sumi jelly. Air pon beli yang siap je malas nak bancuh :p

Mama dan Kakak Myra :)
Dah jadi kakak ye awok...
tetamu-tetamu kecik
kengkawan acu...
budak happy dapat boboiboy



bertiga tanpa abah =(
adik yang sangat behave

uncle2 myra.
asal nampak je gambar kek ni mesti kakak myra mintak nak kek ^_^
yeaa dapat present...
Syukur selesai jugak majlis suka-suka tuk kakak..next year dah xde majlis2 ni yea potong kek je pun dah cukup sebenarnya. Budak-budak dah happy sangat kalau dapat kek je pun..macam myra asal beli kek je siap nyanyi happy bufday untuk diri sendiri lagik. Tiga kali beli kek sebulan tiga kali la duk nyanyi bufday dia.












Oct 6, 2012

Cukur Jambul, Tahnik dan Botak

Assalamualaikum...

Lama sungguh blog ni xberupdate.. mood sudah kelaut daa kembali membusy jadi mama kepada baby kecil =)
Tok Ayah dan Waida yg ditahnikkan oleh TGNA
Isnin 1 hb 10 aritu baru berkesempatan bawak Waida cukur jambul, umur dah sebulan lebih dah masa tu, lewat sikit sebab kekangan masa tunggu time abahnya ada.
Sama macam kakak myra dulu, bawak waida ke Masjid Tok Guru jugak di Pulau Melaka tuk cukur jambul, kali ni dah xbuat selawat dah kat rumah kira yang tu je lagipon insyaallah raya haji akan buat majlis akikah dia lak. Ambik yang sunat jelah. 
 Yelah nak tunggu masa ngam2 ngan abahnya balik ngan orang2 dalam rumah ni free xtahulah bila xkan nak buat tanpa kehadiran en somi plak xbest la disitu. Dua minggu sebelum tu dah plan nak pegi segala persiapan pon dah siap tapi TGNA ada kat KL la pulak.
Bertolak dari rumah kul 5.15 pagi lagi 4.30 dah bangun semangat gile sebab selalunya lepas subuh camtu baru TGNA ada masa terluang sikit. Mama tunggu dalam kete je ngan waida sementara yang lelaki semayang subuh jemaah kat sana terus. Lepas subuh dan tazkirah pendek barulah beliau luangkan masa untuk acara-acara macam ni, sebab kul 8 pagi beliau dah nak kna masuk opis jugak kan.  Ingatkan xramai rupanya ada lagi 6 baby yang tunggu untuk di cukur dan ditahnikkan beliau pada hari tu.
Alhamdulillah lega settle dah bab ni. Nak cepat2 kan botak rambut dia biar cepat tumbuh balik :p

si booolatt mama =)
Taraaa Waida lepas dah di botakkan, terus macam baby boy dan nampak makin booolat. Hari khamis baru kitorang cukur licin rambut dia. Cukur sendiri xde suruh sape2. Mama, Nek Ma dan Ayah Chik je tukang botakkan rambut waida. Bolehla janji licin dan x mendatangkan luka...






Sep 4, 2012

Introduce....

Our 2nd bundle of joys
Hari ni umur saya genap seminggu :)
NUR HUWAIDA QALESYA
BINTI 
MOHD NAZLI

Syukur Alhamdulillah selamat melahirkan anak kedua, 
baby girl pada 29 Ogos 2012 
bersamaan 11 Syawal 1433 Hijrah
Jam 3.59 PM, 3.45 Kg
Alhamdulillah mama dan baby sihat.




Aug 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam 10 Syawal 1433 H....

 Andai jemari xsempat berjabat
Andai raga xsempat bertatap
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang
Ku utuskan salam idulfitri
Jika ada kata serta khilafku yang membekas lara
Ampun dan maaf dipinta.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
 with  
♥♥♥
last raya sebagai anak tunggal...next raya insyaallah dah bertitle kakak...


 

Aug 16, 2012

Masak-Masak Sepanjang Ramadhan 2012

Hewhew...Tajuk macam la saya memasak beria sangat kan sepanjang ramadhan ni. Idok la saya serajin tahun lepas untuk memasak ye. Kebanyakan beli kat PARAM je. Dalam keadaan macam ni manalah larat nak masak sangat cuma hari cuti je sempatla buat kuih sikit2. Kalau masak pon satu dua lauk je, tu pon sekali terus ngan lauk sahur. Tapi kalau xmasak untuk berbuka lauk sahur tetap kena masak. Lainla kalau ada rezeki jiran2 bagi lauk suka xpayah susah nak masak dah..:p

So ni saje je nak tempek gambar apa yang saya masak sepanjang Ramadhan tahun ni..sebagai kenangan tahun depan leh belek lagi. Kebanyakannya kuih muih je, sebab bab-bab ni saya rajin dan suka buat. Lauk pauk saya xsuka sangat nak masak maklumlah jenis xpemakan dan xpandai masak.

Kuih Seri Muka
Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Dua-dua kuih ni peberet sebab ada pulut. Tapi Kuih Pulut Sekaya tu x berapa nak menjadi terlembik sikit. Mungkin kurang telur atau santan terlalu cair.

Egg Tart

Tart Telur aka Egg Tart....buat sebab nak habiskan crust.. Crust lebihan buat Blueberry cheese tart sebelum puasa hari tu. Argggg teringinnya nak makan mini cheese tart lagi..

Sagupal
Orang kelate panggil sagupal or sanggupal pon ada jugak orang panggil. Sedap makan panas-panas ni lebih2 lagi kalau sagu dia x berapa besar. Buat biji kecik-kecik baru senang nak makan. Ada jugak orang buat taruk kacang tanah dalam sagu dan gumpal bulat2 baru masak. Saya suka yang kosong je.

Popia inti udang dan ayam.
Popia Inti Crab Stick
Dua kali buat popia goreng ni. First buat inti udang campur ayam. Kali kedua buat inti crabstick lak. Buat banyak2 sebab nak habiskan kulit popia. Alhamdulillah dapat gak bagi jiran-jiran balas pinggan diaorang. Nanti lain kali buat nak try buat sos dia jugak..

Mee Kari
Teringat kat mee kari buatan ma. Nak tunggu raya lambat sangat terpaksa la buat sendiri. Menjadi lah untuk memenuhi hasrat anak tekak walaupon xsesedap yang ma buat. Sampai sahur pon saya makan mee kari lagi.

Puding Gula Hangus.
Yang menjadi peberet ever en somi. Buat sampai 3 kali bulan puasa ni. Suka buat puding ni sebab mudah dan laku sangat dalam rumah ni. Lagipon selalunya lebihan telur putih or telur kuning dari buat biskut memang akan simpan untuk buat puding ni.

Kuih onde2 pon sempat buat dua kali. Tak sempat nak snap pon sebab selalu buat time orang datang berbuka kat rumah. Kuih yang paling mudah dan senang nak buat selalunya buat warna-warni. konon nak bagi myra berminat sikit nak makan, tapi hampeh budak ni makan sebiji dua je.

Tu jelah kuih2 yang sempat masak sepanjang Ramadhan tahun ni. Hasrat nak buat apam beras dan apam polka dot x tercapai gak. Cian Myra suka sangat makan apam polka dot tapi mama xsempat nak buat. Beli kat bazar xcomel pon dah la buat saiz2 besar tapi kalau xbeli ngamuk2 lak dia buat drama air mata duk ulang cakap adik lapar2. Ohh ada lagi teringin sangat nak makan pengat pisang ngan sira pisang tapi susah sangat nak jumpa pisang yang sesuai. Pernah sekali hubby buat sira pisang guna pisang berangan leka sikit je habis lembik xlalu saya nak makan. Kali kedua dia buat guna pisang berangan gak baru menjadi. Tapi kalau dapat pisang batu lagi best kot.

Hari ni langsung tutup dapur..jap lagi dah nak bertolak balik kg...berbuka  ngan apa dan kat mana lah agaknya nanti...K selamat balik kampung buat semua yang balik kampung..hati-hati di jalan raya. Doakan kami sekeluarga selamatdalam perjalanan jugak.






Aug 15, 2012

Berdebar dan Takut Sangat.

Assalamualaikum...

Lama x berupdate..hehehe...hari ni dah masuk 26 Ramadhan dan kandungan saya pon dah masuk 37 minggu. Isnin bebaru ni adalah last check up perut kat PPAT nanti akan sambung check up kat kampung pulak. 

Pagi2 isnin tu saya adalah rasa xsedap perut 2,3 kali jugak ke tandas. Teringat time sampai masa nak bersalin kat Myra dulu begitulah awal-awalnya. Cuak dah rasa macam tu. Masa check up tu saya tanye bidan baby dah "turun" dan "masuk" ke dalamkah sarangnya. Bidan cakap sudah turun tapi belum masuk lagi lega sikit. Hari sabtu sebelum tu sebenarnya saya ada pergi scan, saya pon tanye jugak kat doktor soalan sama dan sempat ke nak balik beraya kat kampung. Doktor cakap sempat, lambat lagi baby nak kuar....tapi walaupon doktor cakap macam tu masih xtenteram sebab itu kerja Allah kan.

Tapi sebabkan rasa lain macam je hari isnin tu saya jadi xkeruan takut baby yang xsabar nak keluar, huhu x mau la beranak dan terpaksa beraya kat sini. SMS hubby cakap kat dia, perut rasa keras sangat, baby pon dah xaktif sangat bergerak walaupon memang perut saya keras je time peknen kali ni, doktor cakap padat. Apa yang padat saya pon xtahulah. So hubby cancel dia punya iftar bersama kompeni dia sebab risau takut saya betul2 nak bersalin. Kesian dia...dan malam tu selamba je saya buat biskut raya. hehehe.
Tapi alhamdulillah sampai hari ni baby xkar lagi. Sabar ye baby sayang jangan kuar lagi kite balik kampung dulu ek... 

Tapi tanda-tanda bersalin tu saya masih rasa sampai ke hari ni. Sakit bahagian pinggul rasa macam senggugut, sakit bahagian kelangkang jugak, pastu baby kurang aktif dah bergerak, malam je galak sikit. Perut manjang je keras dan menegang tapi time2 dia kendur jugak. Tapi tang sakit perut dan sakit belakang tu xde terasa sangat. Mungkin ni yang dikatakan braxton hicks or false labor. Bila cakap kat jiran dia pon cakap time dia pon masa 36 minggu ke atas memang akan rasa sakit2 macam nak bersalin jugak. Kira seminggu dua sebelum bersalin tu memang dah ada tanda-tanda la. Baru lega hati ni. Harap2nya macam tu la bab kata orang tua-tua dia ajar-ajar sakit dulu. 

Ok lah baby sila jangan kuar lagi tau kite balik kampung dulu, kalau boleh lepas raya baru kuar ek. Esok kita dah nak balik kampung semoga jalan tak jem dan kamu pon behave n gud-gud je kat dalam tau.
walaupon mama dan abah dah xsabar dah sebenarnya nak tengok kamu..
Ya Allah lindungilah perjalanan kami esok semoga baik-baik sahaja dan selamat sampai.

Jul 31, 2012

Minggu Depan Dah 36 Week..^,^


Hewhew...cepatnya masa berjalan next week kandungan dah masuk 36 minggu. So far Alhamdulillah sekarang dah xde dah masalah yang timbul,sebelum ni macam-macam sakit dapat dugaan sungguh...hehehe...cuma yang membimbangkan doktor je yang bimbang i tak bimbang pon HB sejak 3 kali checkup terakhir ni adalah rendah. Sudahlah rendah makin menurun pulak  :(

Berat badan lak sejak 3 kali checkup terakhir xberubah-ubah di takuk yang lama  jugak tetap 58 Kg, yippi saya suka je selagi x memberi apa-apa effect kepada baby, yelah nanti xperlu lah kerja keras sangat nak dapatkan berat asal. Tapi itulah macam xpercaya jugak sebelum peknen berat saya adalah 53 Kg sekarang 58 Kg, xkan naik 5 Kg je kan, masa peknen kan myra naik hampir 10 Kg ...Tapi sebab nurse xde cakap apa-apa ok lah tu kot mudahan-mudahan.

Xseperti masa mengandungkan Myra dulu kami dah siap beli keperluan baby dah masa ni. Tapi sekarang satu hapa pon saya xprepare lagi. Bukan x excited menyambut kehadiran orang baru tapi masa macam x mengizinkan je, tambah pulak sekarang bulan puasa x larat hoi nak berjalan bawak perut nih. Harap2 nanti hujung minggu ni hubby leh half day hari sabtu untuk kitaorang shopping barang baby dan sekalian baju raya Myra..cian Myra mama x belikan baju raya pon lagi mentang2 la mama xleh nak beraya sakankan, anak pon jadi mangsa.

Minggu lepas saya sempatlah cuci kain lampin dan beberapa barangan masa myra baby yang mana masih baru dan belum dipakai, baju je belum pilih-pilih lagi mana yang elok, maka sibukalah ank dara sorang tu bertanye, "sape punye ni ma... mama pon cakap lah "adik baby punya" terus dia melenting marah2 then cakap "ni adik punya lah..." ( perasan masih membiasakan diri dia adik) ayokkk macamne ni nampaknya kalau shopping barang tuk adiknya nanti dialah yang rasmikan dulu kot.. Sekarang pun bila kita panggil anak dalam perut ni baby, dia nak suruh panggil dia baby gak..pastu cakap yang dalam perut ni plak adik.. tapi kalau bercakap still membahasakan diri dia adik. Ajar panggil kakak xmahu pulak dia ikut...c(=


Ouchhh sekarang dah mula rasa sakit2 kat ari-ari..Risau gak takut bersalin awal, buat kerja sikit pon dah mengah2. Tidur pon makin xlena dan xselesa. paling merungsingkan dah ada tanda-tanda strech mark...uwaaaaaaa....







p/s : Alhamdulilah masih mampu berpuasa sehingga ke hari ini...11 Ramadhan...

Jul 25, 2012

Salam Ramadhan Karem.

Assalamualaikum.
Selamat Menjalani Ibadat Puasa buat semua kengkawan dan sedara mara yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah sudah masuk hari ke 5 semoga sentiasa dipermudahkan untuk ibu yang mengandung ni :)
Sedikit terkilan hari ni pagi-pagi dapat panggilan dari ma memaklumkan salah seorang saudara (sepupu ma) telah kembali ke rahmatullah lewat malam tadi. Tak sangka dan semacam tidak percaya tapi itulah ketentuan yang kite semua bakal hadapi cuma lambat dan cepat je. 
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dikalangan orang-orang mukmin..

Jul 16, 2012

Stress aka Sakit Otak.

Sejak akhir-akhir ni...ermmm
kerja opis bertimbun xtahu bilanye nak selesai...
rasa nak cepat2 cuti bersalin je dapat rehat kat kampung tapi nak biar sempat raya jugak.:)
kalau nak diikutkan masalah memang xhabis2 yang mana dari rumah, 
pesen dari rumah la..
ada yang dari opis xkuasa nak layan, 
ada gak sebab masalah dalaman dalam diri sendiri..:p
~konflik perasaan lettew~
oh nonono...pergi jauh2 masalah...its not gud for my baby inside...
Cuma saya agak stresss bila mana kite sedaya upaya meletakkan diri kite ditempat orang lain walhal mereka-mereka yang sepatutnya sesuka hati je ikut kepala sendiri....
hanya perlukan pengertian dan sedikit rasa hormat...
so sekarang perasaan sering bercampur-campur..xsuka perasaan ini dan keadaan sekarang ni..
 
" semoga kedua-dua kesayangan saya ni terus disisi, menceriakan hari-hari saya"
dan kamu juga "baby" buat mama kuat dan tabah
 
 
 

Anak Oh Anak Kenapa Ngan Mata Kamu Sayang..

Sikalang mama abah manyak runsing woo...
Kamu anak kicik bikin mama abah gundah gulana...sob sob..
Tapi bukan salah kamu ye sayang, salah mama dan abah sebab selama ni pandang ringan je benda ni...

Huhuhu ekceli dah agak lama gak mata budak ni ketimbit...tapi awal-awal dia naik xde la sampai timbul macam tu, tapi kalau dia pejam tu nampak la kelopak mata ada bengkak sikit (macam mata belah kiri). Mata kanan lah banyak sikit. Pernah bawak g klinik sekali..klinik biasa je, doktor bagi ubat titik je.. mama titik lah untuk 2,3 hari tapi still macam tu jugak. So terus xtitik dengan harapan mungkin dia akan hilang ngan sendirinya. Sebab mama dia pon pesen mata jenis naik ketimbit gak tapi dua tiga hari nanti hilang sendiri...

Tapi minggu lepas tetiba nampak ketimbit ni dah kuar duk birai mata dia, atas bawah lak tu..2,3 hari lepas tu pon xhilang2 lagi..so semalam pegi kajang nampak klinik pakar mata buka terus singgah. Huhu doktor tu terus cakap kena buang, maksud dia melalui operate lah..hai dengar je bunyi operate nak luruh jantung mama, nasib baik air mata xmenitik depan doktor tu gigih cover..
Lagi bertambah sedih doktor cakap susah nak buat kerja kalau budak kecik ni, so kena bius seluruh badan dan nanti akan dipakaikan oksigen...ohhh pelisss doktor kamu dah menakutkan dan mendownkan saya..makin xsanggup...

So doktor bagi ubat dan surat untuk tetapkan temujanji tarikh operate kat Kajang Prima Medical Center. Kami dah ondeway sekerat jalan ke KPMC tu tapi pusing balik rumah sebab macam x sanggup je nk bg Myra operate dah la tang mata lak tu..so decided makan ubat yang doktor bagi dulu kalau xjalan jugak baru ikhtiarkan operate.. Ya Allah berikanlah jalan yang terbaik buat kami...

Dapat ubat sebanyak 6 jenis. 3 untuk di minum, 2 untuk di titik dan 1 untuk disapu. Terkejut tengok ubat banyak sangat, sudahlah budak kecik ni liat sungguh nak minum ubat, sahkan nak minum kite nak sapu ubat pon kan main susah..
So malam tadi x berapa nak berjaya bagi sume ubat kat dia, yang minum tu Alhamdulillah dia minum la sebab masuk dalam susu, 2 kali buat susu dalam amaun sikit je semata-mata nak campur ubat. Yang titik tu kan main payah padahal dia tido tu, baru je letak tangan nak bukak kelopak mata dia dah gerak2. Kalau masuk pon mungin sikit je sebab lepas titik ubat je mesti dia genyeh2 je mata dia tu. Yang kena sapu dalam kelopak mata tu langsung xleh nak sapu, makanya sapu di tepi2 je amik syarat. Haishhh sangat-sangat mencabar kesabaranku kalau nak bagi budak kecik ni ubat tau..Ok sekarang nak tepon nek ma ngan tok ayah tanye petua nak hilang kan ketimbit tanpa perlu bedah2 bagai ni. Dengar pon dah gerun  hokkey...


P/s : Semoga dengan izin dari Nya kami sekeluarga xperlu lalui  semua (operate)
       ni...:(
       Rasa-rasanya time mama kecik sokmo je naik ketimbit ni xperlu pon
       operate bagai...



Jun 28, 2012

Sudah Masuk 30 Week...

Oit dah lama rupanya diriku tidak membebel kat sini..:p
lately sangat2 busy like bee..hewhew...dengan banyaknye kerja kat opis yang x juga settle2, bila balik rumah dengan letih melayan kerenah budak tecit Myra *bukanmerungutokey* dengan kerja rumah yang xpernah habis sampaikan nak ketuk keybord punnn macam xsempat ...
T____T

Minggu ni usia kandungan dah masuk 30 minggu, dah masuk last trimester pon..huhuhu 10 weeks to go. Sekarang  cepat sangat rasa letih dan sakit2 badan, makan pun dah xleh banyak-banyak nanti nak bernapas pon macam xcukup, adehhh seram pulak rasa nak bersalin ni, harap2 sempat raya lah ye. Huhuhu gender baby pon dah tahu masa scan 28 week bebaru ni, boboiboy ke gegirl ke xkisah janji sihat. Start minggu ni dah kena start kira pergerakan baby, aku pakai tick2 je sampai cukup10 kali, xikut betul2 pon sebab baby aktif sangat memang gerak sokmo, bikin mama selalu nak chi chi je :p

Semalam juga ada temujanji ngan doktor, kena inject kancing gigi. Sakitnya sampai hari ni duk rasa denyut-denyut lagi dan bahu tempat kena inject tu rasa keras semacam je. Alhamdulillah baby sihat je cuma HB ku makin lama makin turun, masalah sama masa peknenkan myra. Hari tu masalah platlet darah kuning terlebih sekarang HB rendah pulok. Aku festime dengar ada gak sel darah kuning ye. So Doktor saran makan obimin double lak, pastu suruh makan buah2 dan sayur2 hijau hati dan kerang-kerangan. Masalahnya sekarang aku dah naik boring makan buah dan sayur, buah tembikai je aku layan, kerang-kerangan pulok alahai susahnya nak telan.

Minggu depan kena pegi klinik lagi tuk check perut, minggu satu lagi untuk minum air gula dan minggu satu lagi jumpa doktor balik. Hishhh tiap2 minggu muka aku je kat klinik tu, segan pulak rasanya. Gaya macam dah masuk 9 bulan je tiap2 minggu kena g  klinik.

Si budak tecit ni pulak, makin mama dia memboyot makin banyak lak dia buat kerenah. Kadang2 xlarat sangat nak layan, mama biarkan je dia nak mengamuk ke nak apa kalau ikutkan hati yang nak marah, tapi lebih baik buat xreti je kan dilayan sangat boleh buat mama bertukar jadi monster lagi ada lah. Perangai menjeles dia pon nampak sangat, bila kitorang cakap ngan baby dalam perut guna panggilan baby tetiba dia pon nak suruh panggil dia baby.... x bagi panggil dia kakak or kak long katanya dia adiklah..alahai anak...walaupon macam2 peel kamu, kamu tetap buah hati pengarang jantung mama dan abah..

Harap2 baby keluar on time lah ye mama nak raya dulu...:)

May 31, 2012

Bukan Mengidam, Teringin Jerrr..

Kali ni cerita pasal mengidam, bukan mengidam jugalah tapi juz macam teringin je. Eh mengidam ngan teringin bukan ke sama maksudnyakan. Apa2 lah tapi bagi pengertian aku mengidam ni benda yang kita nak2 sangat kalau xdapat sangatlah kecewa, dan sampai boleh berkecik hati gitu  ngan orang2 tertentu yang xleh tunaikan permintaan kita.

Dan sepanjang peknen anak kedua ni saya xdelah mengidam macam-macam atau yang pelik-pelik. Selera macam biasa je macam sebelum peknen gak, kalau dah lama xmakan sesatu kadang teringat atau nampak gambar baru rasa nak makan. Xceli bebaru ni saya adalah tersebut kat hubby terasa nak makan udang galah, bukanlah udang galah yang bapak2 besar tu, yang ni pesen anak2 udang galah je. Tapi disebabkan keluar dari mulut orang peknen ni maka dia pun sibuk la coling sana, coling sini tanye kenkawan dia ada x udang galah kat area masing2. Maklumlah kami ni jarang g pasar, rasanya baru sekali je kot g pasar kat area rumah ni tapi bila tengok ramai je tokey2 cina india kami xg dah lepas tu.

Padahal kalau xdapat pon makan udang galah tu saya rasa xkisah sangat sebab keinginan tu bukanlah melampau-lampau sampai teringat dalam tido. Tapi cuti hari buruh ari tu BIL datang rumah bawakkan udang galah, besar2 punya katanya khas tuk bakal anak sedara baru. Alhamdulillah ada rezeki dapatlah makan jugak. Buat masak gulai kuning makan ramai2 rasa xcukup lak, nak beli banyak2 alahai mahal la pulok..makanya berkongsi-kongsilah buat rasa sikit sorang yang penting orang peknen tetap dapat sekor..:p

yang ni beli kali pertama 1/2 kg dapat 4 ekor je..=(

Ingatkan dapat makan sekali tu je lah, tapi lepas 2 minggu BIL datang rumah lagi sekalian diorang adik beradik berjanjian nak tengok Final Piala FA kat rumah, sekali lagi dia bawak udang galah kali ni banyak sikit dari yang pertama, ada yang kecik ada yang besar jugak. Puas hati sikit makan. Ikutkan hati teringin nak makan yang masak sambal tapi ramai peminat masak lemak, so masak lemak lagi lah..

Kali kedua, lebih meriah ada bapak dan anak udang sekali, kotam berlado pon ado....:)
Puas hati dah dapat makan berekor2 sorang gak akhirnya. Budak kecik myra pon exited nampak udang besar-besar tu nak2 makan berebut rebut ngan sepupu2 dia.

Butter Prawn Saya

Ni lak lebihan anak udang galah ngan udang rimau, percubaan nak masak lain sikit buat butter prawn tapi x berapa menjadi lak nak wat telur kuning tu jadi berjurai-jurai. Kena prektis lagi ni..dan en hubby cakap sedap masak gulai lagi..asyik2 gulai kuning je dia tahu..

Oh bukan yang tu je mak yung ni teringin nak makan, masa awal-awal peknen hari tu memang dah teringin tapi macam xberani lagi nak makan, start kandungan nak masuk 5 bulan baru berani bagitau hubby teringin nak makan durian. Merata jugak la cari kat area sini tapi xde jumpa lak, ada pon isi xberapa elok, hubby kureng sikit kalau nak beli ngan orang melayu ni, sebab asyik kena tipu je dah la rugi duit buat sakit hati pulak.

buah yang dulunya geli nak makan sekarang dah jadi febret lak.

Kitoarang kalau nak durian elok selalunya g beli ngan cina yang jual buah ngan lori kat area tol Kajang kalau xsilap. Walaupon mahal tapi puas hati lah makan.Yang ni Rm 32 sebijik. Telan air liur je dengar tapi hubby beli gak la sebijik dah kata bini yang peknen ni nak makan. Tak sempat sampai rumah dalam kete saya dah bedal.

Sejak makan pertama kali ari tu rasa xde apa2 masalah pada kandungan so kalau nampak durian selalu je terliur. Dah xtakut2 dah nak makan, rasanya dalam bulan ni dah 3, 4 kali kami makan durian, malam kelmarin pon makan pulut durian gak sebab dah xtahu nak makan apa. Pelik jugak masa kecik2 dulu aku lah orang yang paling xmakan durian, sekarang dah jadi peberet lak.
Dak kecik Myra pon pantang nampak durian mesti suh abahnya beli..
Pulut durian kat atas ni makan masa BIL n family datang bawak udang galah hari tu, tengah hari makan nasi malam lak makan pulut durian je. Cara saya makan pulut durian ngan hubby xsama ye..Hubby makan pulut durian ngan santan je dah cukup, saya lak durian makan asing2 makan durian siap-siap baru makan pulut ngan santan, dan mesti buh gula dan nise sekali..diorang selalu ejek saya xperlu tunggu ada durian lah kalau makan macam tu. Hehehe tapi xboleh lak nak kena ada gak durian walaupon x digaul sekali, baru ada feel...

Ada satu lagi yang teringin sangat nak makan, lauk serati masak kerutuk, tapi xdapat2 sampai sekarang, balik kg hari tu bapa mertua dah belikan serati tapi hubby lak xsampai hati nak sembelih sebab serati tu macam nak bertelur je. Sudahnya makan gulai serati je lah..Dua hari berturut FIL beli gulai serati takut menantu xlepas mengidam kot..

Hari ni kami balik kg lagi, sepupu hubby kahwin..so harus amik kesempatan makan puas2 apa yang teringin nak makan, tapi masalah sekarang makan sikit dah se'eh. Pah nak wak gano...hehehhe 
Semoga perjalanan pergi dan balik kami selamat...




May 30, 2012

Ma Ayah Dan Adik-adik Mai Kolumpo..

Salam...

Baru-baru ni, xdelah baru sangat awal bulan ritu masa cuti Hari Wesak 04/05-07/05, My big family dari KB berkumpul kat rumah kecik kami, sume ada kecuali my bro dua beradik lagi yang xdatang. Diorang datang ngan flite yang di book setahun yang lalu , tket promosi 10sen/seat tu pon nak bagitau kerr dan xsangka jatuh hari wesak lak, so adik2 saya ponteng sekolah sehari je la..:p

Kelam kabut jugak masa diorang nak datang 2 memandangkan nak g ambik kat lcct adalah xdapat sebab kete hubby je yang ada sebijik dan diorang datang 7 beranak.  So perancangan awal nak g la jemput ngan bus with my sis sebab diaorang xbiasa lagi datang sini sendiri2 gitu. Tapi tup2 saya kena g kursus lak kat MARDI area UPM pulak tuh, walaupun hari diorang sampai tu sama waktu ngan saya tamat kursus tapi lari lah sikit perancangan, terpaksa la ma ayah dan adik-adik naik bus dari LCCT ke KL Sentral. Hubby pikup ma dan ayah ngan kete dari KL sentral dan my sis g amik adik2 balik rumah nek tren. Kesian pulak...

Alhamdulillah selamat sampai sume, saya pon selamat sampai gak walaupun terpaksa balik kursus sendiri, selalunya hubby jemput. Demi ma dan ayah rela memberanikan diri amik teksi ke stesen KTM Serdang dan balik ke rumah naik tren..first time naik teksi dan tren bersendirian. biar hubby g jemput ma dan ayah lak.

Empat hari diorang datang sini hari ahad baru berkesempatan bawak g jenjalan, sebab my bro yang kat Perak pun dah sampai so cukup la 2 buah kete tuk g mana-mana...Hari sabtu tu sempat la bawak ayah n ma g rumah sedara dia kat Selayang. Pergi kenal rumah je orang kata. Walaupun hujan renyai2 pagi ahad tu tetap teruskan niat g Zoo negara, harap2 sampai sana hujan dah berenti lah best sikit jalan2 dalam cuaca mendung gitu. Bawak bekal nasi lemak dan roti canai siap2 xmo beli makanan dalam sana yang harganya mak aiiiih...

Sampai2 hubby beli tiket tren takut xlarat nak tawaf jalan kaki dalam tuh, perihatin jugak ye awak dekat mak buyung nih. Orang yang paling seronok of cos la Myra walaupun malam sebelum tu demam panas sampai 39 darjah sampai muntah2 lagi. Rupanya demam nak berjalan-jalan kot, heheh ni la first time dia sampai zoo negara sama ngan pak dan mak sedara dia.. Sepanjang jalan2 tu dia xcara pon kat mama dan abah dia ni, nak buat camne ramai sangat orang rajin duk melayan dia, sekejap berdukung ngan ateh , pastu ngan ayah nik lak, boring ngan ayah nik ude lak...

Tempek gambar2 banyak2 terus malas nak upload satu2...
Lama gak la round dalam ni dekat kul 4 lebih baru kuar, nasib baik cuaca mendung je hari tuh xde lah terasa sangat keletihan tuh. tapi bila dah sampai rumah sume pakat tergolek baru terasa letih kot. Lega dapat gak bawak budak2 ni kesini sebab dah xde idea lak nak bawak g mana. Nak bawak g mandi manda kat desa waterpark sian lak kat ma nga ayah nanti, mesti diorang xmandi manda pun kat situ, cuaca ari tu  pun xsesuai je untuk nak g mandi manda.

Happy Moment
Malam lak teruskan aktiviti jalan-jalan ke I-city lak. Kira marathon lah jalan-jalan dalam sehari je ni.. Dah lama kami x g I-city macam-macam dah berubah, permainan pun makin banyak sekarang nih. Tunggu hulur duit je. Terkagum-kagum diaorang nengok lampu-lampu kat sini. Lama gak pusing2 sini hampir kul 1 kot baru balik, Ma ngan ayah pon cerdas lagi walaupun dah lewat malam sangat rasanya time tuh, senang hati kot sekali sekala berpoya-poya ngan anak-anak..hihihi. Katanya ayah semangat tul ma jenjalan malam ni... Budak tecik Myra pun luas lagi biji mata time ni sebab awal2 dah tido dalam kete.

I- City Shah Alam
Dua tempat ni je sempat bawak diorang jenjalan kali ni, Putrajaya dan dataran merdeka dah penah bawak dah. Datang lain kali kena bawak tempat lain lak. Tapi bila pulak xthu diorang ni akan sampai Kolumpo lagi. Semoga ada rezeki lagi ma ngan ayah datang KL. Konvo adik-adik bakal menjengah nanti harap ma ngan ayah sihat je masa tu leh datang rumah cucu-cucu lagi..

Isnin esoknya diorang dah nak balik KB, kul 3 lebih bertolak ke LCCT flite kul 5.30, huhu hampir tertinggal flite xsangka jalan jem lak hari tu, nak peluk2 cium semua pon xsempat lagi 3 minit gate nak tutup. Makanya kena bayar penalti Rm10/person masa check-in tu..cian ayah saye...Semoga ayah xserik datang sini lagi...hihihi

~My Big Family~
adik badik yang ke 3 dan Ke 5 je xde dalam ni..



p/s : Oh my..gemoknya saya sekarang. Buruknya nampak aku gtu..huhu

May 28, 2012

Rentetan Peristiwa Berair Itu...

Salam Isnin..

Hewhewhew tajuk x agak-agak rentetan peristiwa berair bagai konon...hehehe padahal nak cakap hensetku masuk air je...T__T

pemberian en suami tahun lepas...:(
Kejadian berlaku sabtu malam ahad lepas, bukan xsengaja TERmasuk dalam air ye, ini kerja anak dara sorang  tu.. Pandai pulak dia buat kerja ni time mama tengah tido dan abah kat dalam toilet, mama terlelep awal sb perut meragam malam tu sampai muntah2. Exceli dah beberapa kali dia amik henset mama dia ni bawak g bilik air, then sapu2 air kat henset tu, tapi sebelum ni selalunya berigak aka tertangkap, bila tanye kenapa buat camtu mesti dia jawab adik nak amik air semayang...agaknya malam tu pon macam tu lah...

Sedar henset ni masuk air bila saya bangun nak semayang isyak, pelik lak knapa tengok cover luar plastik dia macam ada wap air, (masa tu anak dara ni dah tido) tanye abahnya kenapa ngan henset tu ada tertumpah air ke.. husben cakap xde usik pon tetiba baru husben teringat masa dia kat toilet dengar la myra ni kat bilik air sebelah main air, tetiba lepas dia flush dengar myra dah kuar cepat2 siap buka baju n seluar ngadu ngan abah dia, baju dia basah...pastu tetiba dia cakap kat abah dia henset mama kat atas kusi. Husben masa tu xde la syak apa2 juz biarkan je la xg tengok pon... haish rupa-rupanya nak bagi clue henset mama dah tinggal nyawa2 ikan dah masa tu...

So amik bukak segala part yang boleh buka mama jemur je la bagi kering air nak tengok boleh pakai lagi ke tak, ada gak orang syorkan letak dalam beras bagi kering, tapi dah tertulis buat macamne pon xde rezeki walaupon henpon tu hidup balik tapi dia macam xleh nak kesan coverage, makanya pakai la henset cikai sekerat hari. Then husben2 duk hasut2 suh beli henpon baru, tapi isteri buat2 xreti sebab sayang nak pakai duit sendiri...Boleh????

Hahaha suami tengok isteri buat donno dia pun ajak g cari henpon baru sambil bebel2 isteri sebab isteri sayang sangat ngan duit sendiri dia offer la nak belikan, katanya dah lama dia duk perati walaupun henset nokiaku ni dah lama wat hal tapi xreti2 gak tukar nak gak dia tunggu belikan...hihihi sangat mengerti kamu wahai suami...

Tapi nasib baiklah isteri ni baik hati dengar husben cakap macam tu terus cakap "xpela bang ayang beli sendiri jelah..."  sebab aku tahu henpon dia pon dah tunggu masa je nak "pergi" gak tu, dah berapa kali jatuh, bertukar skrin entah seminggu dua lagi kuar cari henset dia lak..

Makanya malam tadi agenda jalan2 kompleks Pertama la..huhuhu menyusut lagi duit simpanan aku, asyik susut je ni bertambahnya tidak..Husben cakap nanti dia syer2 la bayar separuh tapi tunggu gaji dulu, harap2 betul lah ye.. Ok bulan ni xde dah shopping2....Huhuhu sedih dah la hujung minggu ni balik kg lak, xbestnya kalu balik kg xleh shopim2...

Finnaly i get my "note"...hihihi berterima kasihlah kat anak dara sorang ni rentetan peristiwa berair ni merasalah mama pakai henpon baru yang diidam2 kan selama ni...kat en hubby gak sebab dah bebel2 + perli2 mama sampai berjaya hasut mama beli yg baru ni... huhuhu

p/s : hubby cakap beli ngan duit sendiri mungkin aku akan lebih menghargai, xde la letak merata2 seperti sebelom ni..hope so lah :)

May 26, 2012

Pavlova First Trial..

Assalamualaikum..

Hewhew lama dah xmasuk sini agak kemalasan sekarang nak menulis sebab b.band kat opis slow gile, balik rumah langsung xde line, kena tunggu eb asben balik dulu kalau nak beronline pun. Ambik henset dia jadikan b.band. Tapi sekarang setiap hari sabtu dia tinggalkan henset suh bini main tenet takut bini bosan katanya. padahal xsempat nak bosan punnn keja berlambak lambak dan ralik duk layan cite korea sokmo2.

Hari ni dalam sibuk2 berjaya gak try buat pavlova. Ingatkan susah rupanya senang je, tapi xtahu kat mana silapnya pavlovaku kureng menjadi, mungkin terlebey gula kot.. hukhuk..nasib baik sedap je. Akan di try cuba lagi lain kali sampai puas hati...


Gara2 nak makan jugak pavlova ni my sis sampai sesat2 nak g beli buah-buahan dan whipping cream. Dari nak g giant batu caves, tapi sampai ke Tesco Selayang pulak, nak balik rumah sesat2 lagi. Nasib baik sampai gak ngan selamat.  Kira beranilah jugak tu g sensorang walaupun xtahu mana kawasan ni..hikhik..

Yang ni pulak saya panggil kuih siput buat isnin lepas, amik EL sebab penat malas sangat nak g keja, ngan kain baju dan pinggan mangkuk bertimbun2 x basuh  jadi xde mood nak siap2 g keja, maklumlah ramai tetamu berkumpul kat rumah sabtu ahad tu gara-gara nak tengok Piala FA aritu. Nasib baik Kelate menang berbaloi2 la walaupun penat sikit nak kena layan tetamu.

Best buat kuih siput ni sebab laku, sekali hadap susah nak berenti. Tapi bab nak menggotel tu yang sakit sikit, sibuk ngan myra dia pun sibuk nak gotel jugak. Tapi kelakarnya dia x panggil gotel tapi nak tepek jugak katanya, kadang tersasul sebut adik nak lipat jugak, dia ingat lipat kain ke apa..haish macam2 la dia sekarang nih...

ok sampai sini dulu buat hari ni..cehhh macam tulis surat lak..dadaaaa...







May 14, 2012

Hepi Besday To Me!!!

Salam..
tengs suami...susah2 je kamu ni..:p
Hari ni genaplah usia saya 29 tahun, dah tua rupanya...
Syukur padaMu ya Allah masih memberi ruang untuk hambaMu ini bernafas dibumi Mu 
dan melayari hari2 indah bersama-sama insan tersayang.. 
Semoga sentiasa diberi keberkatan dan kerahmatan dariNya..
Terima kasih juga buat Ma dan Ayah sebab melahirkan dan membesarkan saya selama ni..
Tanpa mereka tiadalah saya.. 

Ni pulak aksi dak kecik yang kempunan nak tiup lilin kek hari jadi, siap nyanyi sendiri lagi..
bila hubby nyanyikan lagu happy birthday to mama, dia boleh cakap salah la abah... 
then dia nyanyikan sendiri
"happy behdey to yu mere..."
hahaha....
apa-apa jelah myra weh..
budak xsabar nak hari jadi..


Apr 27, 2012

Kuih Kasturi, Kek Alunan Kasih dan Makanan Yang Tak Kutahui Nama...:p

Assalamualaikum...

Seriusly sepanjang minggu ni saya xmasak langsung, last masak adalah sabtu lepas, itupun masak nasi dan telur kicap je untuk kami dua beranak....huhuhu terasa diriku isteri yang paling malas didunia...kesian en suami. Tak tahulah kenapa mood nak memasak tu xdatang2 sampai sekarang tapi saya suka nak buat kuih muih pulak. Dalam kepala otak macam-macam nak buat, rindu nak buat apam polka dot, rindu nak buat apam snow white, teringin nak buat cheese tart, kek coklat, pulut pagi dan banyak lagi..

So untuk tidak menampakkan sangat kemalasan saya, hari tu saya ada buat Kuih Kasturi. Kebetulan ada banyak lagi  kacang hijau yang dah direbus lebihan masa buat bubur durian minggu lepas. Dari membazir eloklah buat sesuatu. Resepi macam biasalah gugel kat tenet, dapatlah 2 kali buat. Walaupun rupa tidaklah secantik mana tapi En suami cakap dah lulus, cuma termanis sikit. Haha xsangka saya buleh buat sendiri kuih kasturi ni..huhuhu dulu masa duk kg kalau nak makan xpayah susah2 nak buat beli je. Tapi inilah istimewa kalau duk perantauan kan cehhhh macamla duk luar negara yang xbiasa kita buat xmustahil kite boleh buatkan.
Kuih Kasturiku Yang Comot
Dan semalam pula berjaya buat kek alunan kasih.. Rasanya dah banyak kali kot buat kek ni sebab bahan bahannya senang, sedap dan mudah menjadi. Tapi ntah kenapa semalam agak basah sikit, mungkin sebab lambat sangat kot bakar, yelah lepas siap bancuh boleh pulak pegi pasar malam dulu sampai terlupa kek belum bakar lagi.

Kek Alunan Kasih Yang Xberapa nak beralun...
Oh hari tu xingat dah bila, kawan en Somi ada bagi makanan ala-ala makanan cina tu xtahulah pulak namanya apa. Tanye hubby pon dia xtahu gak nama apa lupa nak tanya katannye. Adalah 3 pax dia bagi lain2 jenis, sebab xthu macamne nak masak so saya agihkan kat jiran2 dan bagi juga kat my sil tinggalkan sedikit untuk kami sekeluarga. Saya agak je benda tu kena kukus so my sil kukus lah. Sedap pulak rasanya makan yang my sil kukus. Rasa ada sayur dan juga ayam dalam tuh, makan ngan pencicah. Tapi saya macam biasalah kalau makanan pelik2 ni xberani nak makan banyak..
X tahu nama dia tapi sedap..:p
Hari ni saya rajin sikit nak memasak sebabnya ada tamu nak datang ke rumah, jadi balik masa rehat tadi sempatla masak simple2, sayur lemak dan ayam masak merah je, ulam dan budu sebagai penambah selera.:) Huhu tetamu pon bukan orang lain pun my sista dan kawannya. Dan yang pasti esok saya akan sibuk memasak kembali, ada orang suruh masakkan nasi kerabu untuk 40 orang makan...hew...hew..hew...mencabar jugak nih. Mungkin saya hanya tolong sikit2 je monitor apa yang patut nanti budak dua orang tu lah yang akan buat sume kerja. Semoga esok semuanya berjalan lancar dan 'menjadi'..

Apr 26, 2012

Masuknye Minggu Ke 20+++

Salam..

Hari ni ada appointment ngan doktor, sebenarnya bukan appointment tapi tetiba di panggil pergi PPAT jumpa doktor. Tapi memang berhajat nak jumpa doktor jugak kalau xdipanggil pon sebab dah 3 hari saya batuk. Sakit sangat dada time batuk tu kadang2 boleh bawak terkucil jugak. Bila cakap kat doktor kite batuk terus dia check rupanya tonsilku juga membengkak. Patutlah rasa keras je kat tekak ni. Makanya dapat ubat sebeban. Berbelah bagi pulak nak makan ke tidak. Alhamdulillah hanya perjumpaan rutin biasa, juz dia nak ekplen pasal result test darah yang ambil 2 minggu sudah. Resultnya pun okey je.
Ubat batuk dan Antibiotik
Antibiotik yang kena dihabiskan semua..T_T
Sehingga hari ni my baby dah masuk 21 week..huhu19 week to go.. dan merupakan kali ketiga lah saya berkunjung ke PPAT untuk bulan ni saja. bos pon dah pelik apasal kerap benar saya g klinik nih. Memang peknen sekarang banyak kena jumpa doktor ekkkk, seingat masa peknen kan myra dulu sekali je jumpa doktor, masa baru-baru peknen, pastu bila dekat-dekat nak bersalin tu pon sebab nak amik MC :p

Tapi sekarang katanye nurse, kena banyak sesi berjumpa doktor.. yang xbestnya jumpa doktor ni punyalah lama menunggu, jumpa doktor xsampai pon 5minitnya...sebelum ni saya pegi kul 8.30 pagi kul 11 lebih baru siap, dan hari ni saya pegi kul 10 pagi dekal kul 12.30 baru siap. Ingatkan pergi lambat sikit xde la orang tapi sama je. hukhukhuk...dahla mak buyung ni xberapa sihat kena lak menungu lama.

2 minggu lapas dah 2 kali jugak saya ke klinik, hari isnin untuk minum air gula dan hari rabu untuk monthly checkup. Festime lah kena minum air gula aka glukose ni. Peknen yang dulu xkena minum pun sebab parents xde kencing manis. Tapi start tahun ni sesiapa yang peknen umur 25 ke atas memang wajib minum 3kali. Redha je lah.

Glukose aka air gula
macam air mirinda dah rupanya




huhu seram jugak bila dengar kena minum air gula ni, sebab dengar macam2 cite dah tentang ketidaksedapan dia tuh. Tapi nasib baik air gula sekarang dah ada perisa dan warna, lalu la skit nak menelannya. Tapi yang xtahannya malam tu kena start puasa, pastu kena amik darah sebelum dan selepas minum glukose tu. Dah la masa minum glukose tu  kena habiskan dalam masa 5-10 minit dan masih xleh makan or minum apa2 sampai ckup 2 jam untuk amik darah kali kedua...seksa jugak la nak tunggu 2 jam tu tekak rasa loya je, hehe saya curi gak minum seteguk dua air masak nak bagi rasa manis tu hilang. So dua kali lagi la saya kena hadap benda ni. Next kena minum air gula adalah 11 jun 2012, lebam lagi la dua2 belah lengan saya...



ps : PPAT means for Pusat Perubatan Angkatan Tentera.