Aug 22, 2011

3 Hari Yang Membusy/Semput

Peringatan : Ini adalah karangan x bergambar...mungkin sangat boring untuk di baca

Yeahhh hari ni dah masuk minggu last berpuasa disini, 4 days to go balik kg... Lepas habis kerja Jumaat ni zasss terus balik Kelate...insyaallah sempat berpuasa 3 hari di Kg... hari jumaat tu mungkin berbuka di tepi jalan lah seperti tahun2 sebelum ni.

Persiapan raya Alhamdulillah hampir siap, langsir baru yang di hantar jahit sejak tahun lepas pun dah siap, tunggu nak gantung2 je :) persiapan baju raya pun hampir settle, cuma tang biskut raya je x mencapai matlamat.. sepatutnya minggu ni harus complete 5 jenis biskut tapi xsempat siap pun..walaupun dah lari dari perancangan untuk rehat saje pada waktu malam tapi terpaksa gak mengukis tapi masih xmencapai sasaran, buat untuk 3 keluarga haruslah banyak...erm xpelah bawak balik sume bahan2 yang dah beli tu ke Kg...akan diproses bersama pembantu2 yang setia nanti..hehhehe

Sepanjang 3 hari ni saya betul2 sibuk, mata perlukan tidow badan perlukan rehat tapi terpaksa gagahkan diri..bermula ngan kedatangan my SIL dan hubbynye pada petang khamis tu sebab ada urusan kat KL ni. Petang khamis tu masak ala kadar je sebab dapat lauk free dari pengasuh. Malam kuar lak ke pantai dalam suami SIL nak jumpa kawan dia, hampir kul 1 pagi baru kitaorang balik rumah, saya sambung masak tuk sahur lak.

Hari juamat lak lepas habis kerja hubby datang amik kat ofis terus ke Shah Alam, berbuka dirumah mak sedara abang, xcadang pun nak tido sana sebab hubby kerja esoknya tapi dipaksa gak tido sana memandangkan lepas ni xkan berpeluang nak kesana lagi. Mak sedara hubby tu akan pindah balik kemaman. kul 7.30 pagi baru bertolak balik rumah. Dah sampai rumah xbuang masa sambung mengukis dihujung minggu tapi xdapat nak buat sangat coz ada pengacau...hukhuk..

Petang sabtu lak sibuk lagi memasak coz ada acara berbuka pose ramai2 kat rumah kitaorang, memandangkan kak ipar dah nak balik dan xsempat nak mengunjungi rumah adik badik lain so diorang2 je datang rumah kite. Walaupun yang masak adalah kak ipar, saya juz buat kuih onde2 dan tolong2 sikit je..huhu... menu hari tu bermacam2 ada tom yam putih, kerabu kaki ayam, ikan kerapu 3 rasa, daging goreng, onde2, kuih sanggupal dan kuih Akok from Kelate xamik gambar pon malulah ngan diorang..hihi lagi pon saya sibuk melayan tetamu ai kan tuan rumah. Meriah rumah sekejap lagi meriah sebab budak 3 orang tu menyelerakkan rumah dan bergaduh sesama dia. :p

Malam tu kak ipar dah balik klate, adik badik Hubby yang lain sume bermalam kat rumah kami. Kebetulan adik saya pun datang jugak dari Perak penuh satu rumah. So waktu sahur adalah sangat mencabar sebab kena masak sensorang untuk kuantiti yang banyak risau takut xcukup je. Alhamdulillah cukup2 je. Pagi ahad lepas subuh saya sambung dengan mengukis lagi..terpaksa buat sebelum budak2 bangun nanti bertambah haru..sempat la buat dua adunan biskut mazola.

Petang lak kuar shopping lagi tapi yang ingin dibeli xjugak jumpa...selalu macamtu kan..kali ni turn kiteorang lak berbuka di rumah abang hubby di Kajang, sume juadah beli kat bazar je sebab dah xsempat nk masak. Lega para isteri sebab xperlu masak. hehehe. Sebelum balik rumah sempat lagi kiteorang g uptown jalan Reko, ramai gile manusia berpeluh2 ketiak dibuatnye. Tapi x shopping sangat pon kat sana rembat anak tudung nga cadar murahan je... sebabnya sejak dua menjak ni Myra selalu batuk2 sampai muntah. Habis tilam dan cadar. Minggu ni dah 3 kali tukar cadar...

K itu saja babai, dah nak buat kerja ni. Tapi mood nak berkerja xmai2 lagi ni, apa kes...


No comments: