Aug 16, 2011

Puasa Ke 15 : Semua Made in PARAM Termasuk Lauk Sahur Sekali

Assalamualaikum..

Day 15 semua berbuka ngan juadah dari PAsar RAMadhan jer. Pertama kali berbelanja lebih dari RM5 di pasar ramadhan, sebabnya semua lauk mentah dah xde stok kat peti. Balik dari kerja xboleh nak masuk dalam rumah lak, kunci lupa nak amik ngan Hubby... kunci kepunyaan saya xtahu hilang ke mana, lupa letak ke atau dibuat main Myra tak pasti lah..dah cari merata-rata xjugak jumpa. So hari minggu ni aktiviti geladah rumah la jawabnye..misi mencari kunci kena buat time Hubby ada gak senang nak suruh alih-alih sofa...hehhehe

Balik kerja semalam xleh nak masuk rumah nasib baik ada netbook penghilang boring. Berkampung la kami anak beranak kat luar dah la hujan, kilat lagi. Tunggu punya tunggu 6.00 lebih baru hubby balik, zassss terus ke kedai beli lauk pauk mentah, tapi dah 6 lebih mana sempat nak masak kan...singgah bazar terus, dah xbanyak choice masa tu agak lewat sampai. Beli sekali lauk pauk untuk sahur, maknanye malam tu saya dah xperlu masak, tanak nasi jer senang kerjakan..

Juadah utama Nasi Ayam yang kureng...
terpaksa gak beli sebab nasi kegemaran lain dah habis..

Mutrabak yang beshhhh...
yeaaa dah jumpa murtabak yang boleh masuk tekak kat sini, xde rasa kari...
Selalu beli xmenepati citarasa~banyak kentang n rasa kari je lebih...

Jagung Cameron rebus yang manis
jiran sebelah bagi..saya makan dua..hihihi

Lauk sahur juga di beli kat PARAM, Gulai daging dan Hati Lembu + Ayam Madu Bakar...Dua2 sangat sedap. Hari ni saya bertekad nak masak lak...dah lama xmemasak, cian en Hubby sakit perut makan lauk Bazar..


No comments: