Aug 15, 2011

Weekend : Gantung Kuali Lagi..

Salam Pagi Isnin...Say no to Mondays Blues..

Cuti hujung minggu ni saya kembali cuti masak gantung kuali terus, sebabnya dari pagi sampai tengah hari, (hari sabtu sampai petang) duk mengadap oven dan segala tepung. Semangat gile buat biskut sampai anak pon terabai, habis rumah tangga bersepah2 berkecah2, tumpah air, tepung sana-sini dikerjakan Myra. Tunjuk perasaan kot mama dia xlayan dia...suruh tidur xjugak dia pejam mata.

Hari sabtu tu malas sangat nak masak sebab dah sehari suntuk kat dapur, ingat nak beli kat bazar je lah lagipun teringin nak makan laksa. Tunggu punya tunggu dekat 6.30 lebih Hubby xbalik lagi...rupa-rupanya terpaksa balik lambat may be lepas berbuka..sedih disitu xtercapai hasrat anak tekak nak mkn laksa....berbuka ngan apa yang ada je, hubby balik baru g dinner..

Hari ahad lak Hubby bawak Myra g opis dia...Mama leh buat kerja tanpa gangguan dengan senang hati. Petang kami keluar lagi nak g sopping kat The Mall..alang2 dah sampai situ singgah kat Matta Fair...ramai gile manusia2 kat situ..Opps terjumpa Johan Raja Lawak ngan bini dia Ozlynnwati. Diaorang pon holiday beli kat Matta Fair jugak ke..hihihi

Selesai kat Matta Fair dan the Mall terus ke Sogo, nak berbuka kat sana. En Hubby turutkan permintaan hati isteri dia nak merealisasikan hasrat anak tekak..sampai sana terserempak ngan geng2 opismate abang..so same2 la berbuka kiteorang. Sekali lagi terpaksa menghadapi suasana orang ramai gile..Food court Sogo penuh xde meja kosng, terpaksa naik ke tingkat atas berkongsi meja ngan orang lain...xkisah la asal boleh berbuka je kan. Nak beratur beli makanan punya lah panjang, so standby sandwich ngan air je la dulu...lepas azan baru Mama turun...

dan inilah yang diidam2kan assam laksa...dapat gak makan..
rasa macam nak g makan pulak lah...

Oh ya semalam juga saya dah beli baju raya...malas dah nak pilih2 tengok muka Hubby pun muka tensen je meneman bini dia cari baju raya, xjumpa2 yang berkenan dihati..Myra pulak buat perangai bukan main lasak lagi. Nak dukung la, nak naik eskalator sendiri la, main sorok2 celah baju, meniarap merangkak...penat sangat melayan dia kat tempat2 macam ni...haishhh tu baru sorang kan...





No comments: